Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 21 )
written by Opie on Thursday 23 January 2014
0 Comments


Hai ! Mian korang sebab TERLALU LAMA SANGAT tak update fanfic. Terlalu bz. Sorry eh kak Amirah :'(



" Arghhhhh !! " Aina mengerang kesakitan. Dalam kesakitan tersebut , Aina teringatkan sesuatu. Sesuatu yang amat dirinduinya.

Imbas kembali..

" Aina , be a good girl , okay. Cari kawan baharu , jangan cari musuh , ya ? Pinky promise ? " Wanita berusia lewat 20 an itu menunjukkan jari kelingking tangan kanan di hadapan anak perempuannya.

" Okay , mama ! Pinky promise ! " Cepat - cepat Aina menunjukkan jari kelingkingnya , sama kelakuan seperti mamanya yang tersayang.

" Good girl ! " Puan Hazirah menggosok - gosok rambut Aina. Nyaris tidak berselerak teruk rambut anak gadisnya yang berumur 7 tahun.

" Aina , belajar rajin - rajin , ya. Gembirakan hati papa dan mama. Be a good , smart and clever girl , sayangku ! " Encik Haikal yang sedari tadi mendiamkan diri mula bersuara sambil menghulurkan tangan kanannya , minta disalam.

Aina menyalam tangan papanya yang amat disayangi. Encik Haikal tersentuh dengan kelakuan Aina. Bersopan santun walaupun baru berumur 7 tahun.

" Okay , papa ! Pinky promise ! " Aina membuat muka comel.

Encik Haikal tertawa kecil. Macam - macam kerenah anak gadisnya seorang ini.

" Aina masuk kelas dahulu , ya. Mama dan papa nak pergi kerja. Ingat pesan mama dan papa tadi.. Bye , sweetheart ! " Puan Hazirah melambai tangannya diikuti Encik Haikal.

Aina membalas lambaian mama dan papanya lalu melangkah masuk ke dalam kelas. Kelas 1 Bestari , SK Pasir Gudang 3.

......

Puan Hazirah berlari laju menaiki anak tangga. Dia masih menggenggam sudip di dalam tanggannya. Baru sahaja hendak memulakan sesi memasak , Puan Hazirah terdengar jeritan nyaring dari arah bilik Aina.

Apabila tiba di hadapan bilik tidur Aina , alangkah terkejutnya Puan Hazirah apabila mendapati Aina terbaring di atas lantai. Aina memegang kepalanya. Aina mengalami pening yang teramat.

" Ya , Allah ! Aina ! " Sudip yang berada di dalam genggamannya terjatuh. Lantas , Puan Hazirah membantu Aina bangun.

Aina masih mengerang kesakitan. Dia sendiri tidak pernah merasa pening sebegini selepas sedar daripada koma. Pening yang lebih menyakitkan berbanding migrain.

Puan Hazirah membaringkan Aina di atas tilam. Diselimutkan tubuh Aina yang menggigil - gigil menahan kesejukan. Lantas , dia mencapai alat kawalan jauh pengahawa dingin yang terletak di meja bersebelahan dengan katil. Puan Hazirah mengurangkan suhu kepada 26 darjah celcius. Kemudian , dia memicit - micit kepala Aina. Aina hanya membiarkan sahaja Puan Hazirah memicit kepalanya.

Apabila kepalanya dipicit oleh ibu kandungnya sendiri , Aina terasa kurang sedikit rasa pening. Lama - kelamaan , Aina berdengkur halus. Puan Hazirah hanya tersenyum melihat gelagat anaknya. Dicapainya minyak angin yang berada di atas meja solek. Lalu , Puan Hazirah mencalit beberapa titis minyak angin di kepala Aina.

Selesai sahaja menjadi jururawat tidak berbayar , Puan Hazirah melangkah meninggalkan bilik tidur Aina. Sebelum melangkah keluar , Puan Hazirah sempat memandang belakang. Aina sudah lena dibuai mimpi. Tanpa disedari , air mata Puan Hazirah mengalir. Teringat waktu Aina koma dahulu. Aina tidur panjang sehingga berbulan - bulan lamanya.

' Aina , jangan tidur lama - lama , ya. '


Kantin , SMK Pasir Gudang 3..

" Agaknya , bila Aina boleh bersekolah semula ? " Dayah bersuara juga setelah 4 sahabat itu hanya membatu tidak bercakap.

" Manalah aku tahu. Engkau ingat aku Nujum Mak Belalang ? " Seperti biasa , mulut Irdina yang paling laser meluncur laju memberi jawapan.

Dayah menjeling tajam. Malas pula mahu bertekak dengan Irdina. Dia tahu , sekiranya dia dan Irdina bertengkar mulut , pasti Irdina yang menang. Jadi , dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

" Mulut itu boleh jaga sedikit boleh tak ? " Nadha , antara gadis yang paling emosi dalam kumpulan tersebut bersuara tidak puas hati.

" Entah , engkau ini. Cakap main lepas sahaja ! Hormatlah sedikit terhadap Aina. Macam engkau tidak tahu , dia sedang sakit sekarang. Doakan lah yang baik - baik. " Syafiqah jelas tidak menyukai ayat Irdina yang berbunyi ' Engkau ingat aku Nujum Mak Belalang ' itu.

" Okey , fine. " Buat pertama kali dalam sejarah , Irdina mengalah dalam perbalahan yang diciptanya sendiri.

Nasi lemak yang berbaki separuh itu tidak membangkitkan selera empat sahabat itu.  Mereka asyik memikirkan keadaan Aina di rumah. Walaupun mereka dikhabarkan bahawa Aina sudah pulang ke rumah , namun mereka masih risaukan tentang penerimaan mereka terhadap Aina. Sekarang ini , Aina menganggap mereka berempat sebagai orang asing. Bukan lagi lima sahabat baik yang sudah dibina sejak 4 tahun yang lalu.

Setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri , akhirnya Dayah bersuara.

" Apa kata selepas waktu sekolah , kita pergi rumah Aina ? Kita melawat dia. Amacam ? " Dayah memberi cadangan.

" Hmmmmm , aku bukannya tak nak melawat dia , tetapi , engkau ingat tak yang mula - mula kita semua melawat Aina selepas dia baru sedar dari koma ? Dia baling bantal dekat kita ! Ishhh , silap - silap , nanti dia baling pasu bunga pula dekat kita. " Irdina memberi salah satu sebab mengapa dia tidak berani melawat Aina.

" Ha'ah. Betul cakap Dina. Kita balas - balas mesej sahajalah ! " Syafiqah memberi cadangan yang kurang bernas.

" Amboi ! Banyaknya duit engkau mahu beli kredit ! " Dayah sudah bercekak pinggang.

" Sha , Dina , tidak baik kita buat Aina macam itu. Kita melawat sahajalah. Kalau dia baling bantal atau pasu bunga dekat kita , kita balik rumah sajalah. Asalkan kita melawat. " Nadha menyokong cadangan Dayah.

" Entah , kau orang ini. Aina itu kawan kita. Tidak baik kita buat dia terkontang - kanting di rumah tanpa kawan. " Dayah mengukuhkan lagi sebab mengapa mereka perlu melawat Aina di rumahnya.

Mereka kembali mendiamkan diri. Irdina dan Syafiqah kelihatan seperti sedang berfikir manakala Nadha dan Dayah membuat mata seperti Puss In Boot.

" Okaylah , okeylah. Kita melawat Aina. Lagipun , aku rindu juga dekat Aina. Walaupun dia baling bantal , tetapi aku tak kisah. Aku anggap Aina bergurau kasar dengan aku. " Irdina tersenyum apabila teringatkan tragedi baling bantal yang dilakukan oleh Aina.

" Yaay ! Macam inilah rakan baik ! " Mereka berempat berpelukan. Mata - mata yang memerhati gelagat mereka memandang penuh kehairanan.


11 : 30 pagi..

Aina tersedar dari tidurnya. Kepalanya masih berbaki rasa sakit. Dia memicit - micit temple pada bahagian kepalanya. Setelah kesakitannya hilang , Aina menolak selimutnya ke tepi. Dia mencapai alat kawalan jauh penghawa dingin lalu ditekannya butang off. Kemudian , Aina bangun dari katil bujangnya lalu menuruni anak tangga menuju ke dapur. Dari tingkat atas lagi , aroma masakan Puan Hazirah sudah menusuk - nusuk hidungnya.

Apabila kakinya menjejak ke bahagian dapur yang terletak di bahagian belakang rumah , Aina terlihat susuk tubuh seorang wanita sedang berdiri di hadapan singki. Lalu , dengan serta merta , Aina memeluknya dari arah belakang !


Temple - Bahagian tepi kepala yang biasanya orang urut - urut bila pening

Labels: