Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 10 )
written by Opie on Sunday 10 February 2013
0 Comments



Hai ! Tadi baru post episod 9.. But now , dah buat episod 10 ! Nmpak x ? Exited tol nk wat smbungn fanfic nih sbb x de mase nk smbung nnti lgi lgi bulan 9 nnti. Aishh.. Asl la kene ade UPSR dlm hidup nih ? Mengape mengape ?



" Terdapat 3 bentuk organisasi perniagaan di Malaysia iaitu milikan tunggal , perkongsian dan syarikat berhad. Milikan tunggal ialah perniagaan yang dimiliki dan diuruskan oleh seorang pemilik sahaja. Contoh kedai yang mempunyai bentuk organisasi milikan tunggal ialah kedai runcit dan kedai buku. "

Panjang lebar Puan Izza Marina menerangkan tentang bentuk organisasi perniagaan di Malaysia dalam subjek Perakaunan Tingkatan 4. Suaranya begitu lantang dan mungkin kelas sebelah boleh mendengar suaranya.

Nadha yang duduk di tepi tingkap termenung. Dia malas mahu mendengar bebelan Puan Izza Marina. Dia teringat kata - kata Naufal Aiman tadi.

Imbas kembali..

" Kenapa Aina dimasukkan ke dalam hospital ? " Nadha kerisauan. Sepatutnya dia gembira kerana dapat berborak dengan jejaka yang disukainya. Namun , perasaan gembira bertukar kepada risau.

" Dia kemalangan di Bukit Layang - Layang. Sekarang ini , dia koma. Saya merayu , tolonglah kau orang melawat Aina di hospital. Doktor kata , jika orang yang rapat dengan Aina melawatnya , kemungkinan dia akan sedar dalam masa terdekat. " Naufal Aiman menerangkan tentang keadaan Aina di hospital.

" Ya , Allah ! Kawan aku koma ! " Dayah terkejut beruk. Seperti tidak percaya dengan berita buruk yang disampaikan oleh Naufal Aiman.

Syafiqah dan Irdina terdiam. Gaya putus asa pun ada. Lagi - lagi si Nadha. Maklumlah , Aina ialah kawan rapat Nadha.

" Nanti datang ke Hospital Penawar , wad 2-04-1 ya. Pastikan yang kau orang melawat dia esok. Hari ini tidak boleh kerana doktor masih merawat dia. Esok sahaja ya. " Naufal Aiman mengakhiri perbualan mereka. Dia terus berlalu dari situ.

Syafiqah Irdina dan Nadha masih terdiam manakala Dayah pula seperti cacing kepanasan. Risau yang melampau.

" Apa kata kita melawat Aina esok selepas balik sekolah ? Kesian Aina. Pasti dia menunggu kita. " Dayah memberi cadangan.

" Boleh juga. Aku setuju. " Irdina menyetujui cadangan Dayah.


" Kalau Irdina setuju , aku pun setuju " Syafiqah terseyum simpul.

" Eish , kau orang ini. Macam lesbian. Semua benda nak sama sahaja ! " Dayah mengusik mereka.

" Cakap baik - baik sedikit , ya. Nanti aku cili mulut kau yang laser itu. " Irdina naik angin.

" Sudahla ! Tak perlu bergurau dalam situasi sedih macam ini. Aku setuju untuk melawat Aina balik sekolah esok. " suara Nadha seperti orang yang putus cinta. Kesian Nadha. Pasti dia keseorangan untuk tempoh masa 1 ke 3 bulan ini.

" Janganlah marah , Nadha. Kita orang pun sedih juga. " Dayah tidak senang dengan perangai Nadha yang terlalu risau tentang keadaan Aina.

Nadha terdiam. Entah mengapa , dia sedih sangat akan keadaan Aina. Ini baru koma , kalau mati , entah apa terjadi kepadanya nanti.

....

" Nadha Atiqah ! " Puan Izza Marina memanggil Nadha. Namun , Nadha tidak mendengarinya.

" Nadha Atiqah ! " sekali lagi , Puan Izza Marina memanggil Nadha. Namun , tiada reaksi daripada Nadha yang belum habis termenung.

" Nadha Atiqah ! " kini , suara Puan Izza Marina meninggi. Barulah Nadha sedar dari lamunannya.

" Ya , cikgu ! " Nadha memberi respon.

" Boleh beritahu saya , terdapat berapa bentuk organisasi perniagaan di Malaysia ? " Puan Izza Marina sengaja menguji Nadha.

" Err.. " Nadha tidak dapat menjawab soalan Puan Izza Marina.

" Itulah. Termenung lagi. Berdiri sehingga habis masa. " Puan Izza Marina mendenda Nadha. Namun , Nadha tidak kisah. Yang dikisahnya sekarang ialah keadaan Aina.

 Semasa waktu rehat..

" Aku risaulah pasal keadaan Aina. " Naufal Aiman meluahkan rasa yang terpendam di dalam hatinya kepada rakan karibnya , Iman Akmal.

" Sabarlah. Dia akan okey punya. Tidak perlu risau. " Iman menenangkan hati Naufal Aiman. Mereka berdua sedang berjalan menuju ke kantin.

" Kau ini , dari tadi asyik ayat yang sama sahaja. Tidak ada ayat lain kah ? " Naufal Aiman tidak selesa dengan ayat Iman yang sama sahaja dari tadi. Macam tidak ayat lain pula.

" Kang aku cakap dia akan mati kang kau marah ! " macam - macam lah si Naufal ini. Cakap benda yang positif pun salah. Kalau cakap benda yang negatif lagilah salah.

" Janganlah doakan dia macam tuh ! Nenek aku cakap , percakapan itu satu doa. Kalau dia mati , aku salahkan kau ! " pergaduhan kecil berlaku antara mereka berdua.

" Eh. Aku pula yang dipersalahkan. Padahal aku tiada apa - apa kaitan pun dengan si Aina itu. " Iman tidak puas hati.

" Habis itu engkau doakan dia macam itu. " Naufal Aiman tidak mahu mengalah.

" Aku gurau sahaja. Itu pun nak terasa kah ? " Iman juga tidak mahu mengalah.

" Terasalah ! " kali ini , Naufal Aiman menjawab sepatah. Nampaknya seperti dia sudah mengalah. Akhirnya , mereka berdua tiba di kantin sekolah. Tiba - tiba..

" Hai , Abang Naufal ! " Nysaa membuat Naufal Aiman dan Iman terkejut. Naufal Aiman mengurut - urut dadanya.

" Terkejut aku tau ! Kau nak apa ? " Naufal Aiman marah akan tindakan Nysaa tadi.

" Boleh tak kalau Nysaa nak makan dengan abang ? Rindu pula dengan abang. " Nysaa terseyum gedik.

" Err. Okey. Kau carilah tempat duduk dahulu. Kami nak beli makanan. " perangai Naufal Aiman seperti boss , mengarah orang sahaja.

" Anything for you , sweet heart ! " tanpa membantah , Nysaa terus mencari tempat duduk kosong.

Semasa mereka bertiga makan..

" Tadi Nysaa dengar abang berdua cerita pasal Aina. Kenapa dengan dia ? " Nysaa memandang Naufal Aiman dan Iman sekali gus.

" Eh , sejak bila kau spy kita orang ini ? " Iman kurang senang apabila ada orang yang memerhati mereka senyap - senyap.

" Tadilah Nysaa spy. Kenapa dengan dia , abang ? " soalan Nysaa masih tidak terbalas.

Naufal Aiman terdiam.

' Nak aku beritahu tentang Aina kepada Nysaa atau tidak ? Nysaa ini kan musuh ketat Aina. Kalau aku beritahu nanti dia hebohkan pula. ' omel Naufal Aiman di dalam hati.

" Cepatlah beritahu. " Nysaa seperti anak kecil yang meminta aiskrim. Tidak sabar betul !

' Nak beritahu ke tak nak ? Nak beritahu ke tak nak ? ' Naufal Aiman buntu. Fikirannya berserabut.



Labels:

Post a Comment