Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 3 )
written by Opie on Tuesday 18 December 2012
0 Comments


Assalamualaikum ! Nak sambung Memo. Boring la.. Tpi x blaja lagi ! Ahhh ! Tapi sebelum tu..

Nama kelas dan nama guru kelas sudah ditukar. Dari 4 IT 1 ke 4 Science 1. Dari Puan Maznah ke Puan Izza Marina. Maaf atas kesulitan ye. =)


Tatkala Aina membuka kertas kecil berwarna itu , alangkah terkejutnya Aina apabila terdapat tulisan berdakwat hitam tertulis di atas kertas kecil itu. Tanpa berlengah , Aina membaca tulisan yang tertulis itu ;

Hai , have a good day =)

" Aina , apa tu ? " Nadha yang sedang berbual dengan Syafiqah ternampak Aina memegang kertas kecil berwarna.

" Err.. Tiada apa - apa lah. Cuma sekeping memo. Mungkin budak tahun lepas selitkan pada buku ini. Maklumlah , buku teks ini buku pinjaman. " Aina tidak mahu menceritakan tentang memo itu. Dia tidak bersedia.

" Boleh aku tengok ? " Nadha inginkan kepastian.

" Err.. Tak perlu lah. Lagipun aku nak buang memo ini. " Sebenarnya , Aina berbohong. Dia mahu menyimpan memo itu sebagai bukti untuk mencari siapa yang memberi memo itu kepadanya.

" Okey. " Nadha hanya menjawab sepatah.

 Pukul 3 : 00 petang..

Aina mengambil laptop merah jambunya yang dipanggil Pinky. Dia terus membawa Pinky ke bilik tidurnya. Seperti biasa , dia akan membuka blognya.

Hai , Pinky ! Hai , Blog !

Lama Aina tak update blog. Biasalah , baru naik sekolah. Penat ! Tapi , yang bestnya , Puan Izza yang baik hati itu tak beri Aina dan budak kelas homework ! Yey ! Aina suka sangat ! Bolehlah Aina layan blog dan Pinky the Laptop ! Tapi , mama Aina ingatkan supaya belajar. Maklumlah , tahun depan , Aina SPM. Huh ! 


Aina nak cerita masa sekolah tadi. Ada cerita yang tak best bagi Aina. Tadi , masa mahu beratur , Naufal Aiman lalu di hadapan Aina , Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah. Yang peliknya , Naufal Aiman pandang Aina sambil senyum ! Eiyye ! Geliiiiiii ! Si Iman , kawan Naufal Aiman pula pandang Nadha macam dia suka dekat Nadha. Arhh ! Gelii ! Geli ! Geli !


Masa lepas rehat tadi , Aina terkejut sebab ada sekeping memo dekat atas meja Aina ! Yang menambahkan pelik , memo itu tertulis ' Hai , have a good day ' Rasa - rasanya , siapa yang beri memo itu , ya ? Aina shak Nadha yang beri. Ah ! Biarlah. Jangan dilayan. Ok , lah. Aina nak makan masakan mama Aina. Bye !

" Aina ! Aina ! Mari makan ! " kedengaran suara lantang Puan Hazirah dari dapur.

" Ok , sabar ! Aina nak tutup laptop Aina. " terkial - kial Aina menutup komputer ribanya.

Apabila dia sudah menutup komputer ribanya , dia terus ke dapur untuk mejamu selera.

" Wow ! Ayam masak merah ! My favourite ! " apabila Aina tiba di dapur , ayam masak merah sudah terhidang di atas meja.

" Ha ! Tercegat lagi di situ. Jomlah makan ! " Puan Hazirah mengajak Aina makan.

" Hehehe. Okey ! " Aina membuat tanda ' O ' di matanya.

Semasa makan..

" Macam mana sekolah tadi ? Seronok ? " Puan Hazirah menuis - nguis nasi yang berada di atas pinggannya.

" Boleh la. Dapat cikgu yang lovely. Tapi ada 2 insiden yang tersangat pelik berlaku pagi tadi ! " Aina membesarkan matanya.

" Insiden pelik ? Cuba cerita. Mama mahu dengar. " Puan Hazirah memang ibu yang baik. Dia sentiasa mendengar keluhan hati Aina.

" Tadi , Naufal Aiman dan Iman lalu di hadapan Aina , Nadha , Syafiqah , Irdina dan Dayah. Macam mama tahu , Nadha kan admire si Naufal itu. Jadi , Nadha pun tergedik - gedik di hadapan Naufal Aiman. Tapi , mata Naufal Aiman tu pandang Aina semacam. Macam dia suka dekat Aina pula. " Aina menceritakan insiden pagi tadi.

Saat Puan Hazirah mendengar ayat ' macam dia suka dekat Aina ' itu , Puan Hazirah tersedak. Puan Hazirah terbatuk - batuk.

" Mama , mama okey atau tidak ? Nah , ambil air sirap ini. " Aina menghulur segelas air sirap kepada Puan Hazirah. Tanpa berlengah , Puan Hazirah meneguk air sirap itu.

Setelah keadaan bertambah baik , Aina bersuara.

" Kenapa mama tersedak ? " Aina prihatin akan keadaan mamanya.

" Mama terkejut. Si Naufal itu suka Aina ? Biar betul ! " Puan Hazirah tidak percaya.

" Ala. Aina agak - agak sahaja. Mama pun tahu , Aina benci lelaki. " Aina menunduk sambil menuis - nguis nasi yang berada di atas pinggan.

" Bila kamu cakap macam itu , mama teringatkan arwah papa kamu. Dahulu , mama seorang yang alergi lelaki macam kamu. Tetapi , papa kamu sahaja yang boleh membuat mama terpikat. Haih.. " Puan Hazirah teringat akan arwah suaminya , Encik Haikal.

" Mama , benda yang lepas jangan dikenang. Sudah la. Aina mahu cerita insiden pelik yang kedua pula. " Aina menukar topik.

" Hah. Ceritalah. " mulut Puan Hazirah penuh dengan nasi.

" Masa lepas rehat tadi , Aina kemas buku teks yang bersepah di atas meja. Semasa kemas itu , Aina ternampak sekeping memo ! Aina pun bukalah memo itu. Bila buka sahaja memo itu , tertulis ' Hai ! Have a good day ! =) ' Pelik teramat sangat ! " Aina bercerita dengan penuh semangat.

" Hah. Mama tahu ini kerja siapa. " Puan Hazirah membuat muka ' macam tahu '.

" Siapa , ma ? Siapa ? Sebab Aina syak Nadha yang buat. " Aina ingin mengetahui siapa yang beri dia memo itu.

" Ini mesti kerja Naufal Aiman. " Puan Hazirah tersenyum nakal.

Kini , giliran Aina pula tersedak. Aina terbatuk - batuk dua kali ganda lebih teruk daripada Puan Hazirah.

" Itulah. Makan tidak berhati - hati. Nah , ambil air sirap ini. " Puan Hazirah menghulur segelas air sirap kepada Aina. Aina terus meneguk air sirap itu.

Puan Hazirah menepuk - nepuk belakang badan Aina.

Setelah Aina sudah tidak tersedak lagi , dia bersuara.

" Apalah mama ini. Tak logik lah ! " Aina tidak setuju akan kenyataan mamanya itu.

" Tadi Aina juga yang kata , mungkin Naufal Aiman itu suka akan Aina. Tak mustahil Naufal Aiman yang beri memo itu kepada Aina. " Puan Hazirah memberi alasan.

" Tetapi kalau Naufal Aiman itu jadi menantu mama , mesti best kan ! " sambung Puan Hazirah.

" Mama ! Aina baru sahaja 16 tahun. Kenapa mama mention pasal kahwin ini ? " Aina memprotes keras.

" Mama cakap sahaja. " Puan Hazirah selamba.

Riak muka Aina nampak masam. Dia memang sensitif apabila mamanya sering berkata tentang kahwin.

Di dalam bilik Aina , selepas makan..

Aina memegang memo yang dijumpai di dalam buku teks sekolah tadi. Dia masih buntu. Persoalannya sekarang , siapakah yang memberinya memo ini ?

' Kalau betul apa yang dikata mama tadi , apa yang harus aku buat ? ' omel Aina di dalam hati. Dian merenung memo itu.

' Hai , have a good day =) ' Aina membaca tulisan yang tertulis di atas memo itu lagi.

' Sudahla. Tidak perlu fikir lagi tentang memo ini. Kalau fikir lama - lama , aku boleh jadi gila ! ' Aina membuat keputusan untuk tidak memikirkan lagi hal memo itu lagi. Dia sudah malas mahu memikirkan benda yang mengarut itu.

Keesokkan harinya , di SMK Pasir Gudang 3...

Aina , Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah berjalan menuju ke tapak perhimpunan bersama - sama. Sambil berjalan , mereka berbual - bual kosong.

" Hai , Aina. "

Tiba - tiba , satu suara menyapa Aina dan rakan - rakannya dari belakang.

Tanpa membuang masa , Aina menoleh ke belakang. Dia terkejut.



Siapakah orang yang menyapa Aina dan rakan - rakannya ? Nantikan dalam episod 4.

Labels:

Post a Comment