Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Sinopsis )
written by Opie on Tuesday 27 November 2012
0 Comments


Assalamualaikum , bloggi world ! Oiii ! Lame gile x hupdate kt sini.. X de susu ideal nk write something.. Cehh.. Pdahal nk wat fanfic baru.. Mklumlah , boring gile cuti skola nih.. ( X seda diri tu nk UPSR taon dpan :p )



Sinopsis Cerita Ini :

Aina Melinda , nama yang tidak asing lagi dengan personaliti ' alergi lelaki '. Dengan personaliti yang pendiam , tidak suka bergaul dan baik hati , Naufal Aiman , jejaka tingkatan 5 yang ramai peminat telah terpikat dengan Aina Melinda. Dia telah menghantar sekeping memo kepada Aina Melinda setiap hari semasa waktu rehat di sekolahnya. Pada mulanya , Aina Melinda masih tidak mahu membalas memo itu kerana pada sangkaannya , memo itu daripada rakan karibnya , Nadha Atiqah. Namun , semakin kerap memo itu berada di atas mejanya. Dia telah bertekad untuk membalas memo itu. Apakah yang akan terjadi nanti ? Segalanya akan terjawab di dalam fanfic ' Memo ' akhir November ini.
Aina Melinda :


Seorang yang alergi lelaki , pendiam , tidak suka bergaul dan baik hati. Suka menolong dan hanya bergaul dengan rakan - rakannya sahaja. Apa sahaja yang terpendam di hati , mesti diluahkan bersama rakan - rakannya dan blog kesayangannya. 
Naufal Aiman :


Jejaki yang ramai peminat di sekolahnya. Namun , dia telah jatuh cinta dengan Aina Melinda kerana personaliti yang amat lain berbanding pelajar wanita yang berada di sekolahnya. Seorang yang sempoi , tidak mudah jatuh cinta dengan perempuan , kacak dan pandai.

Nadha Atiqah :


Rakan karib Aina Melinda yang paling rapat. Menyukai Naufal Aiman sejak tingkatan 1 lagi. Seorang yang periang dan emosional. 

Anysaa Farhana :

Anysaa Farhana lebih gemar dipanggil Nysaa. Seorang yang gedik , perasan diri cantik , perasan diri bagus dan tidak berapa cerdik. Anak kepada usahawan yang kaya. Sebab itu dia menjadi sombong dan bongkak. Menyukai Naufal Aiman dan mengaku bahawa dia kekasih Naufal Aiman. Padahal , dia hanya perasan.

Wan Afiq :


Photographer sekolah. Dia ialah rakan karib Aina Melinda yang kedua. Kacak dan alim orangnya. Menyukai Aina Melinda namun dia hanya menyimpan rasa itu di dalam hati.


Irdina Kaisara :

Rakan karib Aina Melinda yang ketiga. Dia agak kasar kerana dia berkemahiran taekwando. Walaupun kasar , hati dia memang lembut. Kerana itu dia disenangi oleh semua orang.

Nurul Syafiqah : 

Gadis yang lemah lembut , cantik dan baik hati. Namun , dia cukup sensitif dengan Anysa Farhana. Apabila Anysa Farhana lalu di hadapannya , dia bertukat menjadi ' singa '. Ini kerana Nysa dan rakan - rakannya suka menyakat dia , Irdina Kaisara dan Aina Melinda.

Hidayah Afrina :


Rakan Aina Melinda yang paling kecoh dan kepochi. Sukakan gossip dan menyukai Wan Afiq. Kadang - kala , dia menjadi gedik apabila dia berjumpa dengan Wan Afiq.

Iman Akmal :

Rakan Naufal Aiman. Dia menyukai Nadha Atiqah sejak tingkatan 2 lagi. Dia seorang yang skema tetapi sempoi.

Ayinn Nafisah :

Gadis kampung yang berpindah ke bandar. Dahulu , dia sering dibuli oleh Anysa Farhana dan rakan - rakannya. Namun , setelah Ayinn Nafisah telah menjadi cantik , Anysa Farhana terus menawar Ayinn Nafisah untuk masuk ke dalam kumpulannya.

Asmida Khairina :

Rakan Anysa Farhana. Dia benci akan gadis kampung kecuali Ayinn Nafisah. Tetapi , dia tidak perasan yang dia juga gadis kampung yang berhijrah ke bandar. 

Puan Izza Marina :

Guru kelas 4 Science 1 iaitu kelas Aina Melinda. Guru kelas yang baik hati , ramah , penyayang dan disenangi ramai pelajar.

Puan Dinie Imani : 

Guru besar di sekolah Aina Melinda. Guru besar yang penyayang , tegas dan tidak garang. Sering menasihati Aina Melinda dan mengaggap Aina Melinda sebagai anak sendiri. 

p/s : Malas :p

Labels:

Post a Comment