Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 16 )
written by Opie on Thursday 23 May 2013
0 Comments


Hai ! =D Oh , skwang aq SANGAT LAH SANGAT LAH BORING ! Padahal ade homework kene wat.. Hew hew -_________-



Keesokkan harinya , di bilik Guru Besar..

" Kenapa dengan kamu semua ini ? Sudah tiada kerja lainkah ? Seronok sangat kah buat aktiviti seperti itu ?  " Puan Dinie memarahi Nadha , Irdina  Syafiqah dan Dayah.

Mereka berempat hanya mendiamkan diri. Masing - masing takut mendengar leteran Puan Dinie. Walaupun mereka berempat tidak bersalah , namun mereka tidak berani menentang kata - kata Puan Dinie.

" Kamu semua tahu tak yang merokok itu adalah salah satu aktiviti yang boleh memudaratkan kamu semua ? Kamu semua sudah matang ! Boleh berfikir dengan baik ! Kamu semua bukan bayi lagi ! " ketika ini , Puan Dinie mula meninggikan suaranya , marah dengan sikap mereka berempat walaupun mereka tidak bersalah.

Masing - masing diam. Tidak berani untuk bersuara walaupun masing - masing dalam keadaan yang marah teramat !

" Nasib baik hari ini saya baik hati. Kalau tidak , kamu semua sudah dibuang sekolah. Kamu semua digantung sekolah seminggu. Faham ? " Puan Dinie memberi denda yang agak setimpal pada mereka.

" Fa.. fa.. faham , puan. " tergagap - gagap mereka menjawab.

Mereka berempat terus keluar dari pejabat Puan Dinie dengan perasaan yang  amat marah bercampur sedih. Kebetulan , Naufal Aiman lalu di situ. Namun , Nadha kelihatan tidak excited dengan kehadirannya.

" Kenapa muka kau orang semua masam ? " Naufal berkerut.

Mereka mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian , Syafiqah bersuara.

" Kami berempat didenda gantung sekolah seminggu. " Syafiqah tunduk memandang lantai.

" Apa kesalahan yang kau orang buat ? " makin banyak pula soalan dikeluarkan dari mulut Naufal.

" Panjang ceritanya. " Dayah bersuara.

" Pendekkan. " sempat pula Naufal bergurau semasa mereka sedang bersedih.

" Semalam , kami sedang membersihkan kawasan padang sekolah. Tiba - tiba , kami ternampak beberapa orang budak perempuan merokok di bawah pokok. Apabila kami ternampak mereka , mereka pun lari. Tetapi akhirnya , Amirul tangkap kami , bukan budak - budak perempuan itu. "  Dayah menjelaskan panjang lebar.

" Oh , I see. " Naufal mengangguk - anggukkan kepalanya.

" Engkau pula. Kenapa engkau ke sini ? " Irdina sedikit keras.

" Oh , aku mahu hantar buku kedatangan ini. " Naufal menunjukkan buku yang nipis dan berwarna coklat muda itu sambil tersenyum.

" Ok , kami balik kelas dahulu. Assalamualaikum. " Nadha ingin meminta diri. Dia masih bengang dengan kejadian tadi walaupun prince charming idaman hatinya berada di situ.

" Waalaikummussalam. " Naufal menjawab sepatah.

Di dalam kelas 5 Science 1..

" Eh , Naufal. Kenapa engkau asyik termenung sahaja ? Macam perempuan lah engkau ini ! " Iman menegur Naufal yang duduk di sebelahnya.

" Kurang ajar engkau panggil aku perempuan ! " lamunan Naufal terhenti seketika akibat kata - kata pedas Iman tadi.

" Eh , betul apa aku kata tadi. Aku tengok dalam drama - drama di televisyen , semua heroin mesti termenung. Tidak sah jika heroin itu tidak termenung. " Iman berpegang dengan kata - katanya tadi.

" Pengaruh televisyen betul engkau ini ! " Naufal sedikit marah. Pantang dirinya apabila orang mengejeknya ' perempuan ' lagi - lagi rakannya sendiri.

" Relaks lah , Fal. Aku gurau sahaja tadi. Aku tahu , kalau engkau termenung , mesti ada masalah. Aku , Iman Akmal Bin Shahrizal sedia mendengar masalah engkau , wahai Naufal Aiman Bin Abdullah. " Iman tersenyum bangga.

" Amboi ! Jiwang betul ayat ! " Naufal kembali ceria setelah asyik termenung memikirkan masalahnya.

" Eh , mestilah ! Aku ini kawan sehidup semati engkau. " Iman sengaja menekankan bunyi sehidup semati itu menandakan Iman setia untuk berkawan dengan Naufal.

" Macam ini ceritanya. Kawan - kawan Aina didenda oleh Puan Dinie. Mereka digantung sekolah seminggu. " Naufal bercerita dengan penuh semangat.

" Lah. Itu sahaja ? Aku ingat Aina sudah mati." Iman menjawab selamba.

" Eh , engkau ini. Mulut itu boleh jaga tidak ? Aku tumbuk nanti baru tahu. " Naufal menunjukkan buku limanya.

" Hehehehe. Sorry , sorry. " Iman ketawa kecil.

" Walaupun masalah ini kecil , namun bagi aku , masalah ini ialah masalah yang paling besar selama aku hidup ini. Aku rasa , Nysaa dan rakan - rakan seperjuangannya telah membuli mereka sejak Aina koma. Mesti Aina sedih semasa dia terlantar di hospital. " Naufal merintih.

" Aku rasa , lebih baik jika engkau cuba bercakap dengan Aina. Tempoh hari , engkau beritahu aku bahawa orang koma masih boleh mendengar apa yang kita kata. Mungkin dengan cara ini , Aina boleh cepat sedar ? Siapa tahu ? " Iman memberi cadangan bernas.

" Bagus juga idea engkau , Man. Pandai engkau. " Naufal memuji Iman.

" Hehehe.. Terima kasih ! " Iman bangga seketika.

Perbualan antara mereka terhenti tatkala Puan Maryam , guru Matematik kelas 5 Science 1 tiba di kelas itu.

Pukul 2 petang..

Naufal datang melawat Aina selepas waktu persekolahan tamat. Nasibnya baik pada hari itu kerana Puan Hazirah tiada di dalam wad Aina. Naufal masuk secara senyap.

Naufal melihat tubuh Aina yang terlantar lemah di atas katil bersaiz single. Sayu melihat keadaan Aina pada waktu itu. Lantas , Naufal berkata dengan perlahan.

" Aina , sebenarnya niat saya datang ke sini kerana mahu beritahu awak dua perkara yang wajib awak tahu ketika ini. Pertama , kawan - kawan awak telah dibuli oleh Nysaa , Mida dan Ayinn. Kasihan mereka. Bermacam - macam jenis denda yang telah mereka kena seperti kena baling tepung , harus membersihkan kawasan padang sekolah dan yang paling teruk ialah mereka telah digantung sekolah pada minggu ini kerana mereka dituduh merokok. Mereka berharap sangat supaya awak ada pada waktu ini untuk menyelamatkan mereka. Mereka terlalu merindui awak. Aina , kasihanilah mereka. Mereka dalam kesusahan sekarang. Semoga awak cepat sembuh untuk menyelamatkan mereka daripada dibuli oleh Nysaa. "

" Kedua , saya rasa bersalah sangat kerana saya menyuruh awak datang ke Bukit Layang - Layang pada waktu hujan. Kalau tidak kerana saya , mungkin awak tidak akan seperti ini. Ya , Aina. Sayalah pelajar yang selalu beri memo pada awak setiap hari. Saya melakukan itu semua kerana saya sudah mula jatuh hati pada awak. Awak lain , Aina. Sikap awak lain berbanding pelajar perempuan yang lain. Saya harap , dengan 2 perkara ini , awak dapat sembuh dan sedar semula daripada koma. Saya pergi dahulu , Aina. Kalau ada masa lapang , saya akan melawat awak. "

Naufal meluahkan 2 perkara yang wajib Aina ketahui tadi. Sedar tak sedar , air matanya mula menghujani pipinya. Lalu , dia bergegas keluar dari wad itu.

Tatkala Naufal keluar dari wad Aina , Puan Hazirah menyapanya.

" Eh , Naufal. Bila kamu sampai ? " Puan Hazirah tidak menyedari akan kehadiran Naufal.

" Baru sahaja tadi. " Naufal memberi respon pendek.

" Jomlah masuk ke dalam wad Aina. " Puan Hazirah mempelawa Naufal.

" Tidak mengapalah , makcik. Saya sudah melawatnya pun. Sekarang , saya mahu pulang ke rumah. Jumpa lagi ya , makcik. Assalamualaikum. " Naufal terus berlalu pergi.

" Waalaikummussalam. " Puan Hazirah menjawab salam Naufal lalu terus menuju ke wad Aina.

Tatkala Puan Hazirah tiba di wad Aina , alangkah terkejutnya dia apabila mendapati jari Aina bergerak - gerak.

" Nurse ! "


Labels:

Post a Comment