Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 20 )
written by Opie on Wednesday 6 November 2013
0 Comments


Hai ! Kite semakin hari semakin rajin nak buat fanfic. LOL.



Keesokkan harinya , pukul 9 pagi..

Tok ! Tok ! Tok !

" Assalamualaikum , Aina. " Puan Hazirah menjinjing sedulang sarapan pagi buat Aina.

Pada mulanya , jururawat yang seharusnya menghantar makanan tersebut ke wad Aina. Namun secara kebetulan , Puan Hazirah yang baru sahaja pulang dari tandas terserempak dengan jururawat tersebut.

Tiada jawapan daripada mulut Aina bahkan dia hanya memalingkan mukanya daripada terpandang wajah ibunya. Puan Hazirah hampir menangis melihat reaksi anak tunggalnya itu. Namun , dia hanya menahan air matanya daripada terjatuh.

" Mama ada bawa sarapan untuk Aina. Mari makan. Aina sudah lama tidak makan makanan yang sedap ini. " Puan Hazirah meletakkan dulang tersebut di atas sebuah meja ubat sederhana besar yang beroda. Meja tersebut terletak betul - betul di hadapan Aina.

Setelah meletakkan dulang tersebut di atas meja , Puan Hazirah bersuara.

" Aina , makan ya. Aina sudah kurus. Mama nak sangat tengok Aina gemuk semula. " Puan Hazirah tertawa kecil.

Aina memandang muka Puan Hazirah dengan penuh kehairanan.

" Dahulu , saya gemuk sangat kah ? " Aina ingin tahu akan identiti sebenar dirinya.

" Dahulu Aina sederhana sahaja. Bak kata orang , badan ' plum ' " sebelum memberi jawapan , Puan Hazirah tertawa kecil.

Aina bangkit daripada katilnya dengun penuh rasa lenguh. Puan Hazirah menolong Aina untuk bangkit memandangkan dia sudah lama tidak bangun daripada katil. Namun , tatkala Puan Hazirah memegang bahu Aina , Aina segera menejingkitkan bahunya , tanda tidak mahu Puan Hazirah menolongnya.

Puan Hazirah sedikit ralat apabila diperlakukan sebegitu oleh anaknya sendiri. Namun , apakan daya , Aina masih dalam proses mengingati identitinya semula.

Aina menghidu - hidu roti bakar bersama telur hancur yang telah terhidang. Dia mula memakan roti tersebut tanpa bacaan doa.

" Mama keluar sebentar , mahu berjumpa dengan Dr. Faizah. Aina makan dahulu , ya ? " Puan Hazirah tersenyum melihat anaknya meratah roti bakar yang telah disapu mentega.

Aina tidak menjawab bahkan dia memakan roti bakar tersebut dengan sungguh berselera. Puan Hazirah berlalu meninggalkan Aina seorang diri di dalam wad.

Di pejabat Dr. Faizah..

" Doktor , bila agaknya Aina boleh keluar dari wad ? " Puan Hazirah menyatakan hasratnya untuk membawa Aina pulang.

" Buat masa ini , fikirannya masih belum stabil sepenuhnya. Jadi , saya benarkan dia pulang ke rumah dalam masa 2 minggu ini. " Dr. Faizah memberi keterangan.

Puan Hazirah mengangguk faham. Namun , rasa tidak puas hati masih lagi tersisa akibat doktor tersebut tidak tahu bila Aina akan pulih.

" Dok , doktor tidak tahukah bila Aina akan sedar ? " Puan Hazirah kerisauan. Dahinya berkerut.

" Maafkan saya , Puan. Saya benar - benar tidak tahu. Tetapi , Insyallah , jika Puan dan rakan - rakan terdekatnya membantu dia untuk mengingati semula memori - memori manis Aina , Insyallah dia akan pulih dalam masa terdekat ini. " Dr. Faizah menerangkan panjang lebar. Balik - balik penerangan yang sama. Haihhh.

" Kalau macam itu , saya minta diri dahulu. Terima kasih , dok. " Puan Hazirah bangun dari tempat duduk lalu menyalam tangan Dr. Faizah.

2 minggu selepas itu..

Puan Hazirah menarik hand break kereta berjenama Proton Suprima miliknya. Dia melihat reaksi Aina yang duduk di sebelahnya. Terhengguk - hengguk melihat rumah teres 2 tingkat di hadapannya.

" Kita sudah tiba ! " Puan Hazirah memandang Aina dengun penuh rasa kegirangan.

" Ini rumah siapa ? " Aina menyoal dengan penuh kehairanan.

" Ini rumah kitalah. Cantik bukan ? " Puan Hazirah menyedapkan hati Aina.

Aina masih terpinga - pinga. Dia memang langsung tidak mengingati rumah tersebut bahkan pernah mendiami di situ dahulu. Puan Hazirah membuka pintu tempat penumpang hadapan lalu menghulurkan tangannya ke arah anaknya. Aina menyahut tangan Puan Hazirah sambil terhengguk - hengguk melihat rumah teres 2 tingkat tersebut.

" Aina , mari masuk. Tidak elok anak dara duduk di luar rumah seorang diri. " Puan Hazirah mengajak Aina masuk ke dalam.

Tanpa banyak membantah , Aina mentaati perintah Puan Hazirah.

Tatkala menjejak masuk ke dalam rumah tersebut , alangkah terpegunnya Aina apabila melihat dekorasi ruang tamu rumah itu yang bertemakan English Style. Mata Aina tertancap pada sebuah meja yang terdapat beberapa bingkai gambar yang menarik perhatiannya.

Dia terus meluru ke arah meja tersebut yang hanya terletak 2 meter di sebelah kirinya. Aina melihat seorang lelaki dalam linkungan 30 an bersamanya pada salah satu bingkai gambar yang terdapat di situ.

" Itu papa Aina , namanya Haikal. "  Puan Hazirah menyergahnya dari belakang.

" Papa ? Mana dia sekarang ? " Aina ingin tahu akan identiti bapa kandungnya.

" Papa sudah meninggal dunia , 2 tahun lalu akibat barah hati. " Puan Hazirah bercerita dengan rasa berat hati.

" Aina , Aina tontonlah TV dahulu. Mama mahu siapkan bilik Aina sebentar. " Puan Hazirah membawa Aina duduk di hadapan televisyen LED berjenama Sony.

Puan Hazirah menekan sebuah punat yang terletak di sebelah kanan televisyen tersebut lalu menekan punat yang terdapat pada alat kawalan jauh.

" Dahulu , Aina suka tonton Astro Citra. " Puan Hazirah berkata sambil menekan punat 131.

" Astro Citra itu apa ? " Aina menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal. Puan Hazirah tersenyum simpul.

" Aina tonton sahaja. Lagi beberapa minit , mesti Aina suka punya ! " Puan Hazirah meyakinkan Aina. Aina hanya memandang kaca televisyen tersebut dengan seribu satu tanda tanya.

Puan Hazirah memandang anaknya dengan senyuman perit. Bila agaknya Aina akan sembuh semula ?

Puan Hazirah mendaki anak - anak tangga lalu menuju ke bilik Aina yang terletak di sebelah kanan. Tatkala membuka pintu bilik tersebut , Puan Hazirah terbersin. Ternyata telah lama bilik ini tidak digunakan oleh anaknya. Puan Hazirah mengambil bulu ayam yang terletak di dalam laci kecil di sebelah katil lalu membersihkan habuk yang hampir 3 bulan bermastautin di dalam bilik Aina.

45 minit kemudian..

Aina menonton siaran Astro Citra dengan penuh minat. Memang betul kata mamanya. Tidak sampai 1 jam , Aina sudah meminati siaran ini.

" Aina , bilik Aina sudah siap. Mari naik atas. " sergahan Puan Hazirah membuatkan Aina terkejut.

Puan Hazirah memegang bahu Aina dari belakang lalu membawa Aina ke bilik tidurnya di tingkat atas.

Tatkala menjejak bilik tidurnya , Aina terpegun dengan kecantikan bilik tersebut. Kesemuanya berwarna merah jambu.

" Aina , ini bilik tidur Aina. Bilik tidur mama di sebelah sahaja. Kalau mahu apa - apa , panggil mama di bawah , ya. Mama mahu masak lauk kegemaran kamu , ayam masak merah. " Puan Hazirah menghidupkan penghawa dingin dengan hanya menekan punat berwarna putih pada alat kawalan jauh.

" Oh , ya. Mama lupa pula. " Puan Hazirah menggeledah laci pada meja solek di sebelah almari baju. Aina hanya memandang bilik tidurnya itu dengan penuh rasa kagum.

" Nah , ini laptop Aina. Namanya Pinky. Semua masalah Aina , Aina akan luahkan pada blog Aina. " Puan Hazirah menunjukkan sebuah komputer riba berwarna merah jambu kepada Aina.

" Blog ? Saya ada blog ? " Aina memandang Puan Hazirah dengan raut wajah yang pelik.

" Ya , Aina. Kamu ada blog. Kalau kamu mahu tahu email dan password blog kamu , Aina tengok pada diary Aina. Mungkin , Aina pernah tulis email dan password Aina di situ. " sekali lagi , Puan Hazirah menggeledah laci meja solek tersebut lalu mengeluarkan buku nota sederhana besar kepada Aina.

" Mama turun dahulu , ya. " Puan Hazirah mula menjejak keluar dari bilik tidur Aina. Aina membalas dengan anggukan serta senyuman.

Aina melabuhkan punggungnya ke atas tilam bersaiz bujang yang empuk. Dia membelai cadar katil yang turut berwarna merah jambu. Aina memandang ke arah meja belajarnya. Buku tingkatan 4 disusun rapi. Dia bangun lalu menuju ke arah meja belajarnya itu.

Dia membelek buku teks Perakaunan Tingkatan 4. Dia masih ingat asas - asas matapelajaran tersebut. Namun , dia terlupa siapa yang mengajarnya subjek tersebut.

Aina meletakkan buku teks tersebut di tempatnya semula. Tiba - tiba , mata Aina tertancap pada sebuah kotak berbentuk kiub sederhana besar. Lalu , dia menggapai kotak tersebut yang bercorak kotaraya Paris. Dia membuka kotak tersebut dengan perlahan. Tatkala penutup kotak tersebut separuh terbuka , Aina ternampak sekeping memo yang berwarna jingga.

Hai , have a good day. =) 

Tiba - tiba , kepala Aina terasa pening yang teramat. Aina mengerang kesakitan.

" Arghhhh !! "


Labels:

Post a Comment