Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Diyaa Dalam Hati Masih Ada Taman ( Part 7 )
written by Opie on Tuesday 20 December 2011
0 Comments

Assalamualaikum semue.. Ringn tangan jgk Sofhea harini nk smbung Fanfic.. Hehehe.. Jum kite start !



Suasana yang tadi cerah kini bertukar gelap. Dengan kuasa ALLAH , hujan pun turun dengan lebat setelah sekian lama hujan tidak turun." Nek ! Kenapa ini ? " tanya Haziq sambil menangis apabila melihat Nek Biah terbatuk - batuk berlumuran darah. Nek Biah cuma mendiamkan diri. Dia cuba bercakap tetapi tidak boleh. Seperti racun itu telah menyekat suara Nek Biah. Nek Biah memberi isyarat kepada Haziq supaya memanggil orang kampung. " Baik , Nek. Diyaa ! Diyaa ! Tolong jaga nek ini ! " jerit Haziq sambil mengesat air matanya. " Nek ! Nek ! Kenapa ini ? " Diyaa berpura - pura simpati kepada Nek Biah. " Ishh.. Ada darah. " Diyaa memegang darah itu. Nek Biah cuma melihat Diyaa dengan marah. " Sabar ya , Nek. " Diyaa memberi senyuman sinis kepada Nek Biah. Nek Biah cuma melihat Diyaa dengan hati yang marah , sedih dan sayu.

" Assalamualaikum ! Tok , Tok Wali ! Tok ! " jerit Haziq. " Waalaikummussalam. Eh , Haziq. Kenapa datang rumah Tok hujan - hujan ini ? Habis basah kuyup. " sahut seorang lelaki yang berumur 50 an berbaju melayu berwarna hitam. " Tok ! Tolong saya , Tok ! Nek Biah ! Nek Biah kena racun ! Dia batuk - batuk berdarah ! " Haziq berterus terang. Hujan kah , panas kah , ribut kah apa kah dia tetap akan menyelamatkan orang yang telah menjaga dia selama 12 tahun hidup di dunia yang fana ini. " Astagfirullahalzim ! Haziq , tunggu Tok. Tok mahu pakai songkok sekejap. " arah Tok Wali. Haziq menurut arahan itu.

Sebaik sampai di rumah Nek Biah , Tok Wali mengarahkan Haziq supaya menelefon ambulans. Haziq menurut arahan itu. Punat 991 sudah ditekan. " Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat petang. Hospital Putrajaya berkhidmat. Encik mahu apa - apa perkhidmatan dari kami ? " terdengar 1 suara jururawat perempuan yang bertugas di hospital itu. " Waalaikummussalam. Saya Haziq. Nenek saya sakit. Boleh hantar ambulans datang ke rumah saya tak ? " tanya Haziq. " Boleh. Boleh Haziq berikan alamat rumah ? " tanya wanita itu lagi. " Boleh...... " Sementara itu , Tok Wali memeriksa nadi Nek Biah kerana waktu itu Nek Biah pengsan. " Masih hidup. " bisik Tok Wali didalam hati. Diyaa cuma memerhatikan mereka berdua menyelamatkan Nek Biah. Hati Diyaa tergelak. " Tok ! Ambulans akan datang lagi beberapa minit. " Haziq memberi tahu Tok Wali. " Baiklah. Kamu bersihkan darah itu. Lepas ambulans sampai , kita bertolak. " kata Tok Wali. Mereka seperti melupakan Diyaa.

Kira - kira 15 minit , ambulans tiba. Atendan - atendan itu membawa Nek Biah masuk ke dalam ambulans itu. " Diyaa , pergi tutup tingkap dan pintu ! " arah Tok Wali tegas. " Baik , Tok. " Diyaa menurut arahan itu. Selepas kerja kerja Diyaa selesai , ambulans bergerak pantas. Haziq dari tadi asyik menangis di hadapn Nek Biah. Tok Wali pula termenung. Diyaa pula hanya memerhatikan mereka berdua dengan perasaan tidak bersalah. Kemudian , Diyaa mengalihkan pandangan ke arah Nek Biah. Nek Biah kini sayu terbaring pada troli yang digunakan atendan - atendan tadi. Hujan masih lebat. Kedengaran guruh melanda sana - sini. Di dalam kesunyian itu , Tok Wali memecahkan hening. " Siapa yang melakukan semua ini ? " Tok Wali separuh menjerit. Ambulans yang laju ini hampir - hampir terbabas akibat suara Tok Wali yang kuat. " Saya tidak tahu. Selepas saya keluar dari bilik , saya nampak Nek Biah terbatuk - batuk. Kahak dia berdarah. " jawab Haziq. Diyaa cuma mendiamkan diri. " Entah - entah Diyaa yang buat ! " dengan tiada bukti , Haziq menuduh Diyaa melakukan semua itu. " Eh ! Sedap mulut engkau sahaja ! Bukti mana ? " Diyaa menengking. Sekali lagi , jeritan Diyaa membuatkan ambulans ini hampir terbabas. " Buktinya engkau seorang sahaja masa itu ! Engkau yang buat kopi untuk Nek Biah ! " Haziq belum berpuas hati. " Ehhh engkau ! Bukti belum kukuh mahu tuduh aku ! Belah la wey ! " Diyaa juga belum berpuas hati. Masing - masing mempunyai hati yang panas. " Sudahlah ! Kamu ini asyik nak berdebat sahaja ! " celah Tok Wali. Suasana tiba - tiba sunyi sepi.

Di hospital..

" Doktor , macam mana keadaan kawan saya ? " tanya Tok Wali risau. " Sabar , Encik. Keadaan pesakit kritikil kerana terdapat 1 racun yang berada di dalam kerongkong pesakit. Racun itu saya tidak pasti kerana tidak pernah ada di dalam list racun - racun dunia. Pesakit disahkan koma dan  bisu ." Doktor yang digelar Dr. Ramli mengakhiri perbualan dengan ayat ' bisu '. Haziq terduduk. Kemudian menangis. Sedih kerana neneknya yang masih sihat walafiat sakit akibat meminum kopi buatan Diyaa. Mungkinkah Diyaa yang meracuni Nek Biah ? Muka Haziq dipenuhi seribu tanda tanya. " Tiada ubatkah yang boleh memulihkan racun itu ? " Tok Wali bertambah risau. " Maaf , kami tidak tahu ubatnya. " Dr. Ramli tetap profesional. Masing - masing menangis mengenangkan nasib Nek Biah. Menangis. Tetapi tidak pada Diyaa.

Bersambung..


p/s : pelik x part kli ni ? :P

Labels:

Post a Comment