Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 7 )
written by Opie on Tuesday 25 December 2012
0 Comments


Assalamualaikum. Eden nk smbung fanfic. 5 hari jerr lgi nk skola.. Hmmm.. Sadlife :p



Keesokkan harinya , semasa rehat..

Si misteri yang selalu menghantar sekeping memo kepada Aina berada di dalam kelas 4 Science 1 sekarang. Tujuannya seperti biasa ; menghantar sekeping memo kepada Aina. Dia mengeluarkan sekeping memo yang masih belum tertulis. Setelah mengeluarkan memo itu , dia mengeluarkan pen berdakwat hitam pula.

Hai , have a great day =)

Dia menulis dengan tulisan yang kemas. Tatkala dia mahu meletakkan memo itu di atas meja Aina , dia ternampak sekeping memo yang berwarna jingga terdapat di atas meja Aina. Dia mengambil memo itu lalu membaca tulisan yang terdapat di atas memo itu ;

Hei , awak ini siapa ? Kenapa awak selalu beri saya memo yang sama sahaja ? Saya tak minta pun awak beri saya memo ini. 

Dia terseyum. Dia sudah mengecam siapa yang beri memo ini kepadanya.

 'Ini mesti kerja tuan punya meja. ' bisik hatinya

 Memo yang ' Hai , have a great day =) ' tadi direnyukkan lalu dia mengeluarkan memo yang baru.

Dia menulis memo yang baru itu dengan tulisan yang kemas. Setelah siap , dia meletakkan memo baru itu diatas meja Aina. Memo yang Aina beri kepadanya tadi dimasukkan di dalam kocek lalu dia beredar dari kelas itu.
Selepas rehat..

Aina seperti tidak sabar mahu masuk kelasnya. Dia mahu lihat si misteri yang memberinya memo itu memberi respond ataupun tidak. Si misteri itu sudah masuk perangkapnya.

Setelah Aina masuk ke dalam kelasnya , dia terus meluru ke arah mejanya. Apabila dia sudah tiba di mejanya , dia gembira. Akhirnya , ada juga memo di atas mejanya. Tetapi , Aina tidak tahu isi memo itu.
Adakah si misteri itu bertanya khabar melalui memo itu ataupun si misteri itu memberi jawapan yang ditanya olehnya ? Semuanya akan terjawab sebentar lagi.

Aina membuka memo yang terlipat setengah itu. Ternyata memang ada ayat tertulis di atas memo itu.


Kalau awak mahu tahu siapa saya , jumpa saya di Bukit Layang - Layang petang esok , tepat pukul 5 : 00 petang. Jangan lewat walaupun seminit. Kalau hujan , datang juga. Jika awak sudah sampai di situ , jumpa saya di Gym Taman berdekatan dengan taman permainan kanak - kanak.


' Yes ! Aku mahu tahu siapa dia ! ' bisik hati Aina. Dia berasa gembira hari ini. Petang esok , soalan yang selalu bermain di mindanya akan terjawab.

11 : 55 pagi..

" Nadha ! Si misteri yang beri aku memo itu sudah balas memo aku ! " Aina berbisik ke telinga Nadha kerana dia tidak mahu kelasnya bising kerana suaranya.

" Betul ka ? Bagusla macam itu. Akhirnya , berjaya juga rancangan aku. " Nadha terseyum bangga.

" Yes ! Aku akan tahu siapa yang beri aku memo itu. Kalau aku tahu dia lelaki , aku akan tampar - tampar muka dia ! " bersemangat sungguh Aina berbicara.

" Eh , engkau ini. Sudah lebih itu. Engkau tanyalah dahulu , barulah engkau mahu tampar dia kah , sepak dia kah. " Nadha tidak berapa setuju dengan tindakan Aina yang mahu menampar si misteri itu.

" Hehehe. Aku gurau sahaja. " Aina ketawa kecil.

Baru pertama kali Nadha melihat Aina sebegitu riang seperti kanak - kanak Ribena. Bagusla. Dia senang melihat rakan karibnya gembira. Dia juga turut gembira.

Keesokkan harinya , 3 petang..

' Alamak , hujan pula. Lebat pula. Harap - harap hujan sudah berhenti pukul 5 petang nanti. ' bisik hati Aina sambil melihat luar rumahnya melalui tingkap.

" Aina.. " Puan Hazirah menengur Aina yang asyik termenung di tingkap.

" Ya , ma. Kenapa ? " Aina menjawab.

" Kenapa asyik termenung sahaja ? Tak nak makan ? " Puan Hazirah mengajak Aina makan.

" Tak nak la. Tak ada selera. " Aina menolak tawaran mamanya.

" Kenapa ini ? Muram sahaja. " Puan Hazirah mengusap rambut Aina.

" Hujan lebat. " Aina menjawab ringkas.

" Kenapa dengan hujan lebat ? " Puan Hazirah pelik.

" Petang ini ada temujanji dengan kawan di Bukit Layang - Layang. Tetapi , hujan. " Aina menjelaskan kenapa dia muram.

" Kawan ? Kawan mana satu ? " Puan Hazirah berkerut.

" Mama ingat tak yang Aina cerita ada orang bagi Aina memo ? " soalan berbalik soalan.

" Hah. Mama ingat. " Puan Hazirah mengangguk.

" Dia kata dia akan tunjukkan diri dia dekat Aina petang ini. Kalau hujan pun Aina kena datang. " Aina memandang mamanya.

"Oh.. Tetapi , mama risau apa - apa jadi dekat Aina kalau hujan nanti. " sekali lagi , Puan Hazirah mengusap belakang rambut Aina.

" Itulah yang Aina risau. Tak apalah. Aina harus datang untuk tahu siapa diri dia. " muka Aina nampak muram.

" Okey , sayang. Anything for you. Tetapi kamu jaga diri baik - baik nanti , ya. " Puan Hazirah memberi nasihat.

" Mama ini. Awal sangat beri nasihat. Sudahla. Aina mahu masuk bilik. Bye =) Assalamualaikum. " Aina menyalam tangan Puan Hazirah.

" Waalaikummussalam. " sejuk hati Puan Hazirah apabila Aina menyalam tangannya. Beruntung Puan Hazirah
dapat anak yang baik seperti Aina Melinda.

Pukul 4 : 55 petang..

Hujan renyai - renyai pada waktu itu. Alhamdulillah , Aina masih dapat berjumpa si misteri itu. Tetapi , dia harus membawa payung. Takut - takut , hujan lebat semula.

" Jaga diri ya sayang. " Puan Hazirah mencium pipi Aina.

" Ya. Berapa kali mama mahu beri nasihat sama ini ? " naik rimas Aina dibuatnya.

" Sebanyak - banyak yang boleh supaya kamu tak lupa. " ada sahaja alasan dari Puan Hazirah.

" Okey. Aina tak lupa. " Aina mengambil sekaki payung di tempat duduk belakang kereta.

Aina keluar dari kereta milik mamanya.

" Bye ! " Aina melambai.

" Bye ! " sahut mamanya.

Setelah tiba di Gym Taman.. Tepat pukul 5 petang..

" Aish budak ini. Kata pukul 5 petang. Tetapi batang hidung pun tak nampak. " Aina mengeluh sambil memandang jam tangan di tangan kirinya.

' Sementara tunggu dia datang , baik aku jalan - jalan dahulu. ' omel Aina di dalam hati. Dia melangkah menuju ke bahagian tasik.

Tatkala Aina tiba di tepi tasik itu , hujan pun lebat. Beberapa orang yang berjoging di situ lari bertempiaran. Salah seorang daripada orang disitu melanggarnya.

" Eh ! Lari itu tengok orangla ! " Aina memaki orang yang melanggarnya.

" Maaf ! " jerit orang itu dari jauh.

" Macam - macam la ! " Aina mengeluh.

Tiba - tiba , ada sebuah basikal melanggar Aina. Aina rebah lalu terhantuk di atas simen.


Maap kalau pnjang.. Naik demam la wat episod kali nih..

Labels:

Post a Comment