Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 19 )
written by Opie on Monday 4 November 2013
0 Comments



Hai ! Nak sambung fanfic. Boring rasanya.


SMK Aminuddin Baki , Kuala Lumpur..

Sekolah baharu. Sekolah yang amat asing buat Naufal. SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Kenapa lah ayahnya harus dipindahkan sekarang ? Kenapa ? Kenapa ? Naufal terlalu berat hati untuk meninggalkan Pasir Gudang. Di situlah dia dilahirkan. Di situlah juga tempat dia dan keluarganya bermastautin.

Naufal berdiri di tengah - tengah tapak perhimpunan sekolah tersebut sambil kedua - dua belah tangannya menyeluk kocek seluarnya.

" Besarnya sekolah ini. " Itu sahaja ungkapan yang mampu dikeluarkan daripada mulut Naufal. Besar dan luas.

" Assalamualaikum , hai , budak baharu kah ? " Tiba - tiba , seorang hamba Allah menyapanya dari belakang. Hampir gugur jantung Naufal dibuatnya.

" Ha'ah. " Naufal adalah seperti yang dahulu. Orang menyapa penuh mesra , dia menjawab penuh sombong.

" Hai , aku Azim dari kelas aliran Sains tingkatan 5. " Azim menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

" Oh , ya ? Kita sama kelas ! " Naufal sedikit teruja. Azim merupakan rakan pertamanya di sekolah baharunya.

" Asal mana ? " Azim ingin mengetahu asal usul Naufal. Maklumlah , rakan baharu.

" Pasir Gudang , JB. " Mereka mula berjalan menuju ke arah kantin.

" Sekolah mana ? " Azim kelihatan teruja ingin mengenali rakan baharunya.

" SMK Pasir Gudang 3. " Nada dan air muka Naufal berubah sedikit sugul. Dia tertunduk.

" Biar betul ? Aku ada seorang sepupu di sekolah itu. " Keterangan Azim membuatkan Naufal berpaling ke arah mukanya.

" Siapa ? Tingkatan berapa ? " Naufal ingin tahu.

" Nama dia Aina Melinda. Tingkatan 4. Malangnya , sekarang dia dalam keadaan koma. Menurut doktor , dia terkena hentakan yang kuat di Bukit Layang - Layang. " Informasi tersebut membuatkan Naufal terkejut.

Apabila Azim menyebut nama Aina , Naufal termenung. Dia teringatkan sesuatu. Sesuatu yang mungkin menjadi hadiah terakhir buat Aina.

Imbas kembali..

Naufal melangkah masuk ke dalam wad 2 - 04 - 1. Dia berpakaian seperti lelaki yang amat mencurigakan. Jacket hijau pekat yang dilengkapi hood. Pakaiannya tidak ubah seperti ahli perisik.

Nasibnya baik ketika itu kerana Puan Hazirah tiada di dalam wad Aina. Jadi , dia akan meneruskan rancangan yang telah dirancangkan.

Dia segera mengeluarkan sekeping memo berwarna oren daripada kocek kecil yang terletak di sebelah kiri jacket tersebut. Dia turut mengeluarkan sebatang pen berdakwat hitam lalu menulis beberapa ayat di atas memo tersebut. Setelah kerja ' jahat ' nya selesai , dia meletakkan memo tersebut di atas laci bersebelahan dengan katil , dimana tempat Aina terbaring kaku.

" Semoga sembuh dengan cepat , ya , Aina. " Naufal terus melangkah ke arah pintu keluar. Tanpa disedari , air mata jantannya gugur jua.

....
" Err , Naufal ? Naufal ? " Azim melambaikan kedua - dua belah tangannya di hadapan muka Naufal. Entah waras atau tidak rakan baharunya itu.

" Ya , saya ? " Naufal berhenti daripada lamunannya.

" Jom lah beli makanan , kita sudah tiba di kantin ini. " Azim berkerut.

' La , aku mengelamun sampai tak perasan sudah sampai di kantin. ' Naufal mengomel sambil mengetuk - ngetuk kepalanya. Azim melihat dengan penuh kehairanan.

Di Hospital Penawar , Pasir Gudang..

Puan Hazirah duduk di hadapan wad Aina dengan penuh rasa kegirangan bercampur risau. Gembira satu hal , jika gembira sangat , nanti tidak berlaku apa - apa , membazir sahaja senyuman kegembiraannya.

Akhirnya , Dr. Faizah serta jururawat - jururawat yang bertugas keluar dari wad Aina. Air muka doktor wanita yang berusia 30 - an itu nampaknya membawa berita baik.

" Doktor , macam mana keadaan anak saya ? " riak muka Puan Hazirah kerisauan.

Sebelum berkata apa - apa , Dr. Faizah tersenyum. " Alhamdulillah , anak puan sudah sedar daripada komanya. "

" Terima kasih , doktor ! Terima kasih banyak - banyak. Alhamdulillah ! " Puan Hazirah menggoncang - goncang tangan Dr. Faizah.

Tepat pada masanya , Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah tiba dengan riak muka yang risau.

" Makcik , kenapa ini ? " Nadha menyalam tangan Puan Hazirah diikuti Irdina , Syafiqah dan Dayah.

" Alhamdulillah , Aina sudah sedar ! " Puan Hazirah membawa berita gembira.

Mereka berempat menarik nafas lega. Alhamdulillah.

" Doktor , bila agaknya kami boleh melawat Aina ? " Syafiqah bertanya kepada Dr. Faizah yang kebetulan belu lagi beredar dari situ.

" Sekarang pun boleh. " Dr. Faizah tersenyum simpul.

" Terima kasih , dok. " Nadha mengucapkan terima kasih.

" Jangan berterima kasih pada saya , berterima kasihlah dengan Allah , kerana Dialah , rakan awak masih panjang umur. " Dr. Faizah tidak senang diagung - agungkan sebegitu.

Puan Hazirah , Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah melemparkan senyuman yang manis buat Dr. Faizah. Setelah itu , mereka berlima beredar menuju ke wad tempat dimana Aina sedang dirawat.

Tok ! Tok ! Tok !

" Aina ! Akhirnya , kau sedar juga. " Dayah terus memeluk rakannya yang sudah lama tidak bersua.

Malangnya , Aina sepert tidak selesa. Dia terus menolak pelukan Dayah.

" Aina , kenapa ini ? Aku peluk kau dahulu , kau okay sahaja. " Dayah kehairanan.

" Awak semua ini siapa ? Siapa saya ? " Aina tidak mengingati identiti dirinya.

" Aina , ini mama , nak. Ini mama. Aina anak mama. " Puan Hazirah yang tadi gembira kini bertukar cemas. Tidak mungkin anaknya tidak ingat dirinya sendiri ?

" Awak siapa ? " riak muka Aina kebingungan.

" Aina , ini kita orang , yang itu mak kau. Tidak mungkin kau tidak ingat kami semua ? " Irdina semakin risau. Elok - elok Aina sudah sedar , ada sahaja bala yang akan menimpa mereka.

" Saya tidak kenal awak semua ! Pergi ! Jangan kacau saya ! Pergi ! " Aina mula meracau.

 Puan Hazirah mula menangis lalu berjalan keluar dari wad anak tunggalnya itu. Nadha bingkas berlari ke arah butang berwarna merah yang terletak di belakang kepala Aina lalu ditekannya butang tersebut. Tidak sampai seminit , Dr. Faizah serta jururawat yang bertugas tiba di wad Aina.

" Awak semua keluar dahulu. Saya harus menguruskan Aina sebentar. " Dr. Faizah mengarahkan Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah dalam nada professional. Tanpa membantah , mereka berempat keluar dari wad Aina.

" Bersabarlah , makcik. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. " Syafiqah memujuk Puah Hazirah yang menangis teresak - esak bak kanak - kanak yang kehilangan ibunya.

Tiada apa - apa yang kedengaran dari mulut Puan Hazirah melainkan tangisannya yang semakin deras. Aduh , susah juga mahu pujuk makcik kita seorang ini.

Beberapa minit kemudian..

" Doktor , kenapa anak saya meracau sampai begitu sekali ? Kenapa dia tidak ingat saya dan rakan - rakannya ? " kelopak mata Puan Hazirah mulai lebam akibat menangis tidak henti - henti.

Dr. Faizah mengeluh panjang. Dia seperti tidak mahu memberitahu berita buruk ini kepada Puan Hazirah. Namun , sebagai doktor yang professional , dia terpaksa memberitahu berita buruk tersebut.

" Puan , saya sudah jangka perkara ini akan berlaku. " Dr. Faizah memberhentikan kata - katanya membuatkan Puan Hazirah , Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah tertunggu - tunggu.

" Jangkakan apa , dok ? Apa ? " Puan Hazirah mula meninggikan suara. Dayah yang berdiri di belakang Puan Hazirah menyuruh dia bersabar.

" Seperti yang saya beritahu 3 bulan yang lepas , kemungkinan besar Aina akan hilang ingatan setelah sedar daripada komanya. Dan perkara itu benar - benar berlaku. Maafkan saya , tetapi saya tidak boleh buat apa - apa. Berdoa kepada Yang Maha Esa , semoga Dia boleh mengembalikan ingatan Aina. " Dr. Faizah menerangkan tentang keadaan Aina panjang lebar.

Teka - teki sudah terjawab. Berita buruk itu sekali lagi membuatkan Puan Hazirah menangis.

" Bila agaknya ingatan Aina boleh pulih ? " Syafiqah , wanita yang paling steady antara lima - lima wanita di situ bertanya.

" Hal yang itu , saya tidak boleh jangka. Cuma saya nasihatkan kepada anda semua , berdoalah untuk Aina. Saya minta diri dahulu , assalamualaikum. " Dr. Faizah meminta diri lalu keluar dari pejabatnya itu. Dia membiarkan sahaja Puan Hazirah , Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah berada di dalam pejabatnya , melayan air mata mereka.

" Makcik , bersabar ya. " Irdina mengurut - urut belakang Puan Hazirah. Namun , nasihat Irdina bak mencurahkan air ke daun keladi. Namun , apa yang perlu dibuat. Hanya Puan Hazirah sahaja yang memahami naluri hati seorang ibu antara lima - lima wanita di situ.


p/s : Sorry sebab lambat sambung , ni pun sebab kak Amira Sahidi. Dye nak sangat bace fanfic kite tpi kite yng malas , hohoho. Sorry kalau ade tersilap , terkasar bahasa n typo. Kalau typo tuh paham2 je la k. =D

Labels:

Post a Comment