Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 4 )
written by Opie on Wednesday 19 December 2012
0 Comments


Assalamualaikum ! Yeyy ~! Harini nak smbung fanfic ! Alahhhhhh ! Tapi x blaja lagi ! =(



Apabila Aina menoleh ke belakang , alangkah terkejutnya Aina apabila mendapati Anysaa Farhana , Asmida Khairina dan Ayinn Nafisah berada di belakangnya.

" Apa khabar ? " Nysaa terseyum sinis.

" Hei , aku tak nampak engkau pun semalam ! Engkau ponteng sekolah , ya ? Itulah kerja engkau. Ponteng sahaja ! " Syafiqah menyampuk.

" Sha , jangan menyampuk , ya. " Aina memberi nasihat secara lembut.

" Aku menyampah la tengok perempaun gila ini di sini. " Syafiqah tetap berdegil.

" Sha , kan aku sudah kata. Jangan menyampuk. " Aina sedikit keras.

Akhirnya , Sha mendiamkan diri. Tetapi dia berasa marah kerana dia dan rakan - rakannya dipertemukan dengan Nysaa , Asmida dan Ayinn yang kononnya mereka ' diva ' di sekolah itu.

" Aku baik - baik sahaja. " Aina terseyum sinis.

" Berita yang baik. Aku sangat gembira. Tetapi engkau jangan menyesal engkau bersekolah di sini. " Nysaa turut terseyum sinis.

" Sudah bertahun - tahun aku bersekolah di sini. Sudah bertahun - tahun aku dibuli oleh kau orang bertiga. Aku tidak menyesal pun. Aku semakin tabah. " Aina menekan perkataan tabah.

" Hahaha ! Sangat melucukan. Tetapi ingat , Aina. Aku , Ayinn dan Mida akan kerjakan engkau cukup - cukup tahun ini. " itulah ayat terakhir dari Nysaa. Nysaa dan rakan - rakannya terus beredar dari situ.

" Aishh ! Kalau engkau tidak nasihatkan aku tadi , dari tadi lagi aku pukul dia. Tidak sedar diri ! " Syafiqah naik berang.

" Sha , janganlah marah sangat. " Nadha cuba menenangkan Syafiqah yang sedang marah.

" Pantang aku apabila dia lalu di hadapan aku. " rupa Syafiqah kini seperti Incredible Hulk. Sangat marah.

" Sha , janganlah over sangat. Tengok aku. Aku relaks sahaja tadi. Bukan macam engkau. Tahu marah sahaja. " mulut berbisa Dayah menambahkan lagi kemarahan Syafiqah.

" Dayah , jaga mulut engkau. Nanti kau pula yang aku pukul. " muka Syafiqah nampak menakutkan.

" Sudahla ! Jangan bergaduh ! Rimas la ! " Aina meninggikan suaranya.

Nadha , Syafiqah , Irdina dan Dayah terdiam. Mereka tidak mahu Aina pula yang naik angin.

" Hai , kau orang ! Sorry sebab tak jumpa semalam. " Wan yang datang dari belakang mengejutkan Aina , Nadha , Syafiqah , Irdina dan Dayah.

" Hai , Wan ! I rindu you la. Lama kita tak jumpa , kan ? " Dayah sebagai orang pertama yang menegur Wan berkata dalam nada yang gedik. Sementara yang lain masih terkejut.

Aina berselawat panjang. Dia memang terkejut.

" Wan , boleh tak kalau beri salam dahulu ? Terkejut Aina tau. " Aina berkata dalam nada yang lembut.

" Okey , tuan puteri. " Wan menabik.

" Terkejut Dina la ! " Irdina memarahi Wan.

" Maaf la. Wan nak bergurau pun tak boleh ke ? " Wan menggaru kepala yang tidak gatal.

" Boleh tuh memang la boleh. Tetapi jangan la terkejutkan kami macam itu. " Nadha mengurut - urut dada.

" Kau orang ini janganla marah Wan macam itu. " Dayah memarahi rakan - rakannya.

" Cik Dayah , kita orang nasihat sahaja. Bukannya marah. " Naik meluat Nadha dibuatnya apabila Dayah selalu menyebelahi Wan.

" Sudahla. Mari kita beratur. " Wan menyampuk.

Kringggg !! Tepat pada masanya. Aina , Nadha , Irdina , Syafiqah , Wan dan Dayah berjalan ke tapak perhimpunan bersama - sama.

Semasa rehat..

Aina berjalan - jalan di koridor kelas. Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah masih makan di kantin. Tanpa disedari Aina , Wan muncul dari belakang.

" Hai , Aina ! " perbuatan Wan itu membuat Aina marah.

" Wan ! Aina sudah cakap jangan buat macam itu lagi ! " Aina meninggikan suaranya.

" Sorry la. " Wan selamba.

Aina menjeling tajam.

" Aina , janganla marah. Wan gurau sahaja. " Wan meminta maaf.

" Ya lah. Lain kali jangan buat seperti itu. " Aina memaafkan Wan.

" Err.. Aina. Wan nak tanya boleh ? " Wan acuh tak acuh.

" Tanya apa ? " Aina inginkan kepastian.

" Aina ada suka sesiapa tak ? " Wan bertanya soalan yang Aina benci.

" Kenapa Wan mahu tahu ? " Aina nampak serius.

" Sahaja. " Wan memberi alasan yang tidak kukuh.

" Tiada. Kenapa ? " Aina menjawab ringkas.

Tatkala Wan mendengar perkataan ' tiada ' dari mulut Aina sendiri , riak muka Wan nampak gembira.

" Tiada apa - apa lah. " Wan menjawab ringkas.

" Okeyla Wan. Aina mahu beratur. Nanti kita borak , ya. Bye. " Aina beredar dari situ.

Wan bersorak keriangan.

' Yey  ! Aina tidak suka sesiapa ! Bolehla aku mengorat dia ! ' omel Wan di dalam hati.

Selepas rehat , di dalam kelas 4 Science 1..

" Dayah , kenapa engkau suka akan Wan ha ? Punyalah banyak lelaki dalam dunia ini. Kenapa engkau pilih Wan ? " selama beberapa tahun berkawan , Nadha bertanya soalan yang tidak pernah - pernah ditanya selama 4 tahun berkawan ini.

" Eh , biarlah. Aku kan cantik ! Sekarang , aku nak tanya engkau pula. Kenapa engkau suka Naufal Aiman ? Bukan Iman Akmal ? Ha ? Ha ? " Dayah tidak puas hati akan soalan yang ditujukan buatnya tadi.

" Sebab dia handsome. Eh , engkau berilah alasan yang munasabah sedikit. " Nadha tidak puas hati akan jawapan dari Dayah itu.

" Aku beri 5 sebab sahaja. Satu , sebab dia handsome. Dua , sebab dia baik hati. Tiga , sebab dia photographer sekolah. Empat , sebab dia alim. And the last reason is dia sesuai dengan aku ! " Dayah memberi 5 sebab kenapa dia menyukai Wan.

" Kenapa engkau suka photographer sekolah ? " Nadha inginkan kepastian.

" Sebab nanti dia boleh ambil gambar aku yang cantik ini ! " Dayah memuji diri sendiri.

" Eiyye ! Gelinya ! Nak termuntah aku dengar. " Nadha berpura - pura muntah.

" Eleh , sebenarnya engkau jealous kan. Aku kan cantik ! Ramai orang jealous ! " sekali lagi , Dayah memuji diri sendiri.

" Eleh , siapa jealous ? Geli adalah. " Nadha naik meluat apabila Dayah memuji diri sendiri.

" Eh ! Jangan bertekak boleh tak ? Bising ! " Aina rimas akn pergaduhan sementara antara Nadha dan Dayah.

" Dayah ini , puji diri sendiri ! Konon dia cantik ! Padahal tak pun ! " Nadha memberi kata - kata pedas.

" Eh ! Nanti aku cili mulut engkau baru tahu ! " Dayah memarahi Nadha.

" Sudahla ! " Aina memarahi mereka berdua.

Kini , Nadha dan Dayah mendiamkan diri , takut dimarahi oleh Aina.

Semasa Aina sedang mengemas buku yang bersepah di atas meja , sekali lagi , insiden semalam berlaku. Terdapat sekeping memo yang terselit di salah satu buku di atas meja itu.

Aina mengeluh.

' Haihh , ada lagi ! '


Labels:

Post a Comment