Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Diyaa Dalam Hati Masih Ada Taman ( Part 2 )
written by Opie on Monday 5 December 2011
0 Comments

Assalamualaikum.. Okay nak sambung Fanfic.



Haziq berlari. Berlari dengan laju. Seperti ribut taufan mahu memusnahkan 1 tempat. Di dalam hati nya berkata ' Aku tak mahu dia pergi.. ' Keadaan sekarang ini memang seperti cerita Hindustand yang mahu menyelamatkan kekasihnya dari bahaya yang menimpa.

Ketika sampai..

" Diyaa ! " Haziq terkejut apabila melihat buku lali Diyaa berdarah. Diyaa agak terkejut. Selama ini dia tidak pernah melihat kelakuan Haziq sepelik hari ini. " Awak tak ada apa - apa ? " kata Haziq kepada Diyaa. Tipah hanya mendiamkan diri. Dalam hati Tipah berkata ' Alangkah bahagianya aku berada di tempat Diyaa sekarang '. " Errmm.. Saya ok. Darah pun keluar sedikit jerr " kata Diyaa. " Ehh.. Ape yang sedikit ? Banyak lah ini. Marilah. Saya tolong awak pergi bilik kesihatan " kata Haziq menghulurkan tangannya kepada Diyaa. " Ermm.. Ok.. " kata Diyaa tergagap - gagap. " Diyaa , biar saya hantar buku ini dekat library. Awak rehat dulu yer. " kata Tipah yang dari tadi mendiamkan diri. " Okay. Terima kasih Tipah " kata Diyaa. " Sama - sama " kata Tipah lalu pergi dari situ. Haziq menolong Diyaa berjalan. Diyaa berkata dalam hati ' Ya Allah '

Ketika di bilik kesihatan..

" Diyaa , kenapa boleh jadi macam ini ? " kata Pn. Azlina , jururawat sekolah. Tanpa membuang masa , Diyaa pun menceritakan kepada Pn. Azlina. " Tadi , saya dan Tipah mahu ke perpustakaan sekolah untuk memulangkan buku yang saya pinjam. Tiba - tiba , saya tidak perasan bahawa ada seketul batu berada di hadapan saya. Saya terlanggar batu itu , dan saya tersungkur. Saya berjaya mengawal diri dari terhentak dekat lantai. Tapi , buku lali saya terasa pedih dan darah mengalir. " kata Diyaa panjang lebar. " Oh. Luka awak agak dalam. Saya akan sapukan ubat dekat buku lali awak. Awak boleh belajar dalam kelas kerana luka ini di kaki , bukan di seluruh tubuh. " kata Pn. Azlina sambil senyum. " Baiklah , Pn. " kata Diyaa menahan sakit apabila Pn. Azlina meletakkan ubat di buku lalinya.

Beberapa minit kemudian..

" Baiklah , Diyaa. Saya dah letak ubat di buku lali awak. Tapi ingat , jangan banyakkan pergerakan buku lali kaki kiri awak sebab luka buku lali awak itu agak dalam. " kata Pn. Azlina. " Baiklah , Pn. " kata Diyaa. " Baik awak pergi makan dahulu sebab rehat lagi 10 minit. " kata Pn. Azlina. " Jangan risau , Pn. " kata Diyaa. " Assalamualaikum dan terima kasih , Pn. " kata Diyaa sopan. " Waalaikumussalam dan sama - sama " kata Pn. Azlina tersenyum.

Di kantin..

" Ishhh kau ini Haziq ! Tengok sudah tak sempat ! " jerit Remy. Khisyairi , Epul , Jefri , Aiman dan Akim hanya mendiamkan diri. Mereka tahu bahawa boss mereka akan marah jika boss mereka tengah mengamuk. " Sorry lah Remy. Diyaa itu aku anggap macam adik aku. Kalau aku abaikan dia , Nek Biah akan marah aku. Tak akan kau sudah lupa ? " kata Haziq menyembunyikan maksud ' adik '.
" Tapi , bukan sekarang ! Kan sudah kantoi ! " kata Remy. " Sorry lah Remy. Aku janji aku tidak akan buat lagi benda yang sama " kata Haziq. " Okay. Kali ini sahaja. Ingat , kalau kau buat lagi , aku akan buang kau dari geng ini ! " kata Remy agak kasar. Tiba - tiba , loceng berbunyi. Kringggggggggg !!!!! " Okay.. Kita akan mula esok " kata Remy hampa.

Pukul 8 : 00 malam..

" Diyaa ,  kenapa boleh jadi macam ini ? " kata Nek Biah sambil menyapukan ubat gamat di buku lali kaki kiri Diyaa. " Tadi Diyaa terjatuh. Itu lah yang jadi macam ini. " kata Diyaa memberikan senyuman manis. Haziq yang sedang khusyuk menyiapkan kerja rumah di sebelah mereka hanya curi - curi dengar. Dia tidak mampu menceritakan ke Nek Biah bahawa dia sukakan Diyaa. " Nasib baik Haziq ada. " kata Diyaa memandang Haziq sambil tersenyum. Haziq turut tersenyum. " Terima kasih " kata Diyaa lupa untuk menyebut perkataan itu pagi tadi. " Sama - sama " kata Haziq membalas.

Keesokkan harinya di sekolah..

" Kau orang ! Aku tak jadi nak kacau budak 6B ! " kata Remy kepada gengnya. " Abis , apa rancangan kau ? " kata Khusyairi. " Aku nak kacau budak perempuan yang ada kena mengena dalam geng ini. " kata Remy. Haziq terkejut. Dia tidak mahu melibatkan Diyaa dalam hal ini. " Macam mana ? Setuju ? " kata Remy mula menyindir Haziq. " Siapa dia itu ? " kata Jefri yang ketinggalan. Dialah orang paling akhir masuk geng ini. " Kau ini ! Slow ! " kata Remy menolak Jefri kedepan. Geng mereka ketawa kan Jefri tapi tidak Haziq. Haziq gelisah. " Aku tak mahu join kau orang lah ! Kalau kau orang nak kacau pergi lah. Aku lupa Cikgu Azizah nak aku tolong dia kemas makmal komputer. Dikira hari ini aku busy. Have fun ! " kata Haziq beralasan lalu berlalu pergi. " Kawan ! Aishhhh !! Dia ini ! " kata Remy. " Tak apa lah Remy. Dia nak jadi murid mithali. Dia suruh kita buat kita buat sahaja. " pujuk Khusyairi. Remy tunduk. Dia sebagai ketua memang geram dengan tindakan Haziq.

Bersambung..



Labels:

Post a Comment