Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Diyaa Dalam Hati Masih Ada Taman ( Part 11 and Last )
written by Opie on Friday 30 December 2011
0 Comments


Assalamualaikum ! Dh.. X mau byak ckap.. Nk smbung.. Dh AKHIR dah ! =D



" Ehh , aku di mana ini ? Ehh ? Ustaz ? Saya di mana ini ? " tanya Diyaa sebaik sahaja sedar. Kepalanya pening. " Cuba kamu lihat di persekitaran. Pasti di luar rumah , kan ? " jawab Ustaz Ahmad. Dia sempat berjenaka. " Kamu ingat apa - apa atau tidak ? " tanya Ustaz Ahmad semula. " Saya tidak ingat apa - apa. Yang saya ingat saya keluar rumah sebab mahu belajar silat bersama Tok Wali. Itu sahaja. Kenapa , Ustaz ? " jawab Diyaa. " Kamu di rasuk. " jawab Ustaz Ahmad rigkas. " Astagfirullahalazim... " keluh Diyaa. Di dalam hati , dia berkata , ' Aku cucu Nek Biah yang degil.. '

Sementara itu..
" Aduh , sakitnya kepala aku. " keluh Haziq. Tiba - tiba , Haziq terdengar suara wanita yang amat dikenali. " Haziq... " " Nek ! " jerit Haziq. " Alhamdullilah.. Nek sudah ada suara.. " kata Haziq. Tanpa disedari , air matanya sudah mengalir. " Sudah ada ? Apa yang berlaku ini Haziq ? " tanya Nek Biah terpinga - pinga. " Diyaa racun Nek. Nek tidak ingat ? " tanya Haziq. " Racun ? Diyaa racun Nek ? " tanya Nek Biah lagi. Dia tidak ingat apa - apa. " Nek tunggu di sini. Haziq mahu jumpa Tok Wali. " kata Haziq. " Baiklah. Jalan baik - baik , cu ! " jerit Nek Biah.

Ketika sampai..
" Ustaz ! " jerit Haziq. Semua orang beralih pandangan ke arah Haziq. " Kenapa ini Haziq ? " tanya Ustaz Ahmad. " Saya mahu cakap sesuatu. " Haziq meminta izin. " Ok. Cakaplah. " kata Ustaz Ahmad. " Uztaz tahu atau tidak , Nek Biah bisu ? " tanya Haziq. " Tahu. " sepatah sahaja jawapan. " Diyaa yang meracuni Nek Biah. ! " jerit Haziq. Diyaa tergamam. Sejak bila dia melakukan semua itu ?

Imbas kembali..
Sedang Diyaa khusyuk membaca manteranya , Haziq masuk ke dapur tanpa disedari. Haziq mengendap. " Apa yang sedang dilakukan oleh Diyaa itu ? " kata Haziq di dalam hati. " Jangan jangan , Diyaa........ mahu meracuni Nek Biah ? " Haziq mengecam. Sebaik sahaja Diyaa habis baca , Haziq berlari laju masuk ke dalam biliknya. Dia risau.

.....
" Haziq ! Sejak bila aku buat Nek Biah begitu ?! " tengking Diyaa. " Engkau sudah sedar sekarang. " jawab Haziq tenang." Maksud engkau ? " tanya Diyaa terpinga - pinga. " Engkau melakukan perbuatan itu semasa engkau di rasuk. Engkau tidak ingat semua itu ! " suara Haziq mula meninggi. Diyaa diam. Dia menundukkan mukanya. Tiba - tiba , dia mengangkat mukanya lalu berlari menuju rumah Nek Biah. " Diyaa ! Nek Biah di rumah Tok Wali ! " jerit Haziq. Diyaa tidak berpaling. Cuma mendengar sahaja arahan Haziq.

Di rumah Tok Wali..
" Nek Biah ! Nek ! " jerit Diyaa. Sebaik sahaja berjumpa Nek Biah , dia memeluk Nek Biah. " Maafkan Diyaa , Nek.. " kata Diyaa sambil menangis di dalam pelukan itu. " Tidak apa Diyaa. Nek selamat. " Nek Biah juga menangis di dalam pelukan itu. " Maafkan Diyaa , ya ? " tanya Diyaa lagi. " Kamu tidak bersalah.. " jawab Nek Biah. Situasi kali ini memang menyedihkan. Seperti anak dan ibu yang baru mendapat kasih sayang.

Keesokkan harinya..
" Puan , boleh kah Puan terima Diyaa sebagai pelajar di sekolah ini ? " tanya Nek Biah kepada Pn. Husnah. " Pihak sekolah tidak boleh meneriam pelajar segangster itu. " Pn. Husnah menolak permintaan Nek Biah. " Puan , ianya berlaku semasa Diyaa di rasuk. Diyaa tidak tahu apa - apa pada masa itu. Pelajar yang Diyaa tumbuk itu pun sudah sembuh. " Nek Biah tidak putus asa. Dia yakin bahawa jawapannya boleh menukat fikiran Pn. Husnah. Pn. Husnah diam seketika. Dia sedang memikirkan sesuatu. " Baiklah. Saya terima Diyaa sebagai pelajar sekolah ini. " kata Pn. Husnah tegas. Nek Biah bersyukur.
3 bulan berlalu..
September 2011. Pelajar - pelajar Tahun 6 kini menghadapi ujian terbesar di sekolah rendah. Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ). Pelajar Tahun 6 juga terpaksa mengharungi 3 hari untuk menjawab soalan yang diberi. Seperti biasa , pelajar yang tidak menghadapi UPSR akan senyap. Suasana di sekolah itu akan sepi. Haziq senang dengan soalan yang keluar. Dia yakin 100 % yang dia akan mendapat 5A. Diyaa pun yakin bahawa dia boleh mendapat 5A.

17 November..
Hari yang ditunggu - tunggu pelajar Tahun 6 SK Bandar Sri Putra dan sekolah - sekolah yang lain. Keputusan UPSR sudah berada di tangan guru. Haziq , Diyaa dan Nek Biah hanya mampu berdoa. " Baiklah. Saya akan mengumumkan pelajar yang mendapat 5A di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun ini. " kata Pn. Husnah menggunakan mikrofon. Pelajar - pelajar di situ berdebar menunggu jawapan. " Muhammad Aiddin Bin Abdullah. " nama pertama si sebut dari mulut Pn. Husnah. " Rahimi Shuib Bin Khairul " Haziq mengangkat muka. Nama itu ialah nama sebenar Remy. Dia mengangguk. ' Mungkin rezeki dia. ' kata Haziq di dalam hati. " Muhammad Khusyairi Bin Sulaiman. " " Jefri Bin Azhar. " " Saifullah Bin Ishak. " " Muhammad Aiman Bin Putra " " Muhammad Hakimi Bin Putra " Haziq terkejut. Nama - nama itu ialah ' Geng Kongsi Gelap ' sekolah. Tidak sangka , mereka yang suka bermain pun berjaya mendapat 5A. " Ahmad Haziq Fitri Bin Azman. " Tiba - tiba , Haziq menjerit. Dia memeluk Nek Biah. Nek Biah menangis gembira. ' Alhamdullilah.. ' seru Haziq di dalam hati. Diyaa pula yang berdebar - debar. " Johari Bin Abdul Ghazali. " " Fahrin Bin. Muttalib " " Muhammad Badrul Irfan Bin. Johan " " Suresh A/L Pathipan. " " Ahmad Firdaus Bin. Anuar " " Hamzah Azhar Bin. Ilham " " Mujahid Bin. Farid Zamri. " " Itu sahaja pelajar lelaki yang mendapat 5A. Saya akan sebutkan nama pelajar yang mendapat 5A " Diyaa berdebar - debar. Air matanya hampir mengalir. "
Juliana Anisa Binti Ahmad. " " Khalisah Umaira Binti. Munawi " "Siti Noraisyah Binti Saiful. " " Maizatul Habsah Binti Jumadi. " " Mariam Manisah Binti Ahmed " " Junaidah Binti Ahmad " " Tengku Linda Binti. Tengku Abdullah. " " Huslina Binti Mursyid dan yang terakhir... " Diyaa berdebar - debar....

Menunggu keputusan...
" Nurul Nadia Amina Binti Jaafar ! " kata Pn. Husnah mengakhiri nama pelajar - pelajar yang mendapat 5A. Diyaa memeluk Nek Biah. Haziq cuma tersenyum. Jauh di sudut hati Nek Biah , dia bersyukur mendapat cucu yang secerdik Diyaa dan Haziq. " Alhamdullilah , Nek. Diyaa dapat. " kata Diyaa sambil menangis di dalam pelukan itu. Tipah pula hanya merenung Diyaa dengan tajam. Dia cemburu. Sudahla dia tidak dapat Haziq , ini pula tidak dapat menewaskan budak perempuan yang gedik itu. Hati Tipah panas. ' Hai. Kenapa lah aku tidak jadi Diyaa sekarang ini... ' keluh Tipah di dalam hati.


Beberapa hari kemudian...
" Tipah ! Tipah ! " jerit Diyaa. " Tipah memalingkan muka. Apabila dia mendapat tahu bahawa suara perempuan itu suara Diyaa , dia terus melangkah. Dia tidak sanggup melihat muka perempuan yang membuat dia hampir separuh gila. " Tipah , kenapa engkau selalu tidak mahu lihat muka aku ? " tanya Diyaa sebaik sahaja sampai ke arah Tipah. " Tidak ada apa - apa. Aku demam. " Tipah masih mahu berselindung. " Kasihan engkau. Kenapa tidak mahu berehat di rumah ? Engkau anak orang kaya. Semua barang lengkap. " Diyaa merendahkan dirinya. " Aku.. Aku.. Tidak ada apa - apa lah ! " tengking Tipah. " Tipah ! Aku mahu cakap sesuatu ! " Diyaa menjerit. Tipah tidak berpaling , cuma meneruskan langkahnya. " Aku mahu pindah ke Sweeden ! " Diyaa menjerit. Tipah memberhentikan langkahnya. Tergamam.


Imbas kembali..

1 kereta mewah berhenti betul - betul di hadapan rumah Nek Biah. Nek Biah melihat kereta itu dengan penuh misteri. ' Macam aku kenal kereta ini. ' kata Nek Biah di dalam hati. " Nek , siapa itu ? " tanya Diyaa. " Nek tidak cam. Tapi macam Nek kenal. " jawab Nek Biah. Sebaik sahaja pemandu kereta mewah itu membuka pintu belakang kereta , Nek Biah terkejut. " Assalamualaikum , kakak. " sahut isteri pemilik kereta itu. " Pn. Salmah ? " tanya Nek Biah. Diyaa terpinga - pinga.

" Kakak , hajat kami berdua mahu menunaikan janji dahulu. " kata Pn. Salmah. " Oh.. Kakak faham. " Nek Biah mengerti soalan itu. " Kami mahu ambil Diyaa. " celah Encik Jaafar , suami Pn. Salmah. Diyaa terkejut. " Nek , siapa ini ? " tanya Diyaa. " Diyaa , maafkan Nek bila Nek cakap ini. Pn. Salmah dan Encik Jaafar ini ibu bapa Diyaa. " kata Nek Biah. Diyaa bertambah terkejut. Tiba - tiba , Diyaa pengsan.

" Diyaa.. Bangun Diyaa... " seru Nek Biah. Diyaa lekas bangun. Dia mendapati ada seorang lelaki dan seorang perempuan yang Nek Biah kata mereka adalah orang tua Diyaa. " Ibu.. Ayah.. " Diyaa terus memeluk mereka. " Alhamdullilah.. Anak ayah sudah besar. " keluh Encik Jaafar. Pn. Salmah juga begitu. " Alhamdullilah.. Akhirnya , Diyaa dapat berjumpa ibu bapa kandung Diyaa. " kata Diyaa melepaskan pelukan itu. " Tetapi , kenapa ibu dengan ayah tidak menjaga Diyaa semasa Diyaa masih kecil ? " tanya Diyaa hampa.
" Maafkan kami , Diyaa. Kami terpaksa menguruskan kerja - kerja di luar negara. Kami tidak sempat mahu menjenguk Diyaa. " jawab Pn. Salmah. " Tidak mengapa. Diyaa tetap gembira kerana berjumpa ibu bapa Diyaa. " Diyaa memeluk ibu bapanya sekali lagi. Tiba - tiba , Nek Biah mengalirkan air matanya. Dia teringat semasa dia kanak - kanak. " Diyaa , kami ada berita gembira. Kami mahu membawa Diyaa ke Sweeden untuk sambung belajar ke sana sempena Diyaa mendapat 5A. Mahu ? " tanya Pn. Salmah. Diyaa tergamam. Perlawaan yang sangat lumayan. " Semestinya Diyaa mahu ! " lompat Diyaa gembira.

.....

" Aku cuma mahu memberi surat ini. " Diyaa menghulur sepucuk surat kepada Tipah. Tipah menerima surat itu dengan rasa bersalah. Kini , dia kesal. Seorang kawan baiknya kini mahu pergi meninggalkan dirinya. " Hari ini hari terakhir aku di sekolah ini. Harap surat ini boleh menjadi suara terakhir. " keluh Diyaa panjang. " Oh ya. Surat yang ini pula untuk Haziq. Engkau bagi dia ya ? " kata Diyaa. " Tapi , kenapa engkau tidak mahu beri dia sendiri ? " tanya Tipah. " Selepas pulang sekolah , ibu bapa aku akan ambil aku dan bawa ke rumah mereka. Esok , aku bertolak ke Sweeden. " jawab Diyaa. " Oh. Nanti , aku mahu berkawan dengan siapa ? Engkau sudah tiada. " Tipah mengeluh berat. " Tidak mengapa. Engkau call aku. Engkau masih simpan nombor telefon aku ? " tanya Diyaa. " Masih. " sepatah sahaja jawapan dari Tipah. " Aku masuk kelas dahulu. Balik rumah , engkau baca ya surat itu ? Dan jagan lupa beri Haziq. " kata Diyaa mengakhiri perbualan mereka. " Assalamualaikum. " " Waalaikummussalam. "

Ketika di rumah Tipah..

Tipah mengambil surat yang diberi oleh Diyaa di sekolah tadi. Dia membuka surat itu dengan perlahan. Dia mula membaca ;

Assalamualaikum , Tipah. 


Pertama sekali aku mahu minta maaf sangat - sangat. Pelawaan ibu bapa aku untuk pergi ke Sweeden memang lumayan. Engkau pun tahu bahawa aku teringin sangat mahu pergi ke Sweeden. Dan , aku tahu , engkau suka Haziq kan ? Aku boleh cam muka engkau waktu aku beritahu engkau bahawa aku suka Haziq. Aku tidak mahu kawan aku , Tipah sedih selalu. Kini , engkau bebas. Boleh pilih dia. Dia bukan milik aku lagi. Dia milik engkau. Aku doakan engkau bahagia bersama family engkau , BF engkau dan orang yang membuat engkau bahagia.               




                                                                                                                                       Yang benar ,


                                                                                                                                          Diyaa




Tipah menamatkan bacaannya. Kekesalan menyelubungi dirinya. Tiba - tiba , dia teringat sesuatu. " Ehh. Surat Haziq aku tidak beri lagi. Kenapa lah aku lupa ini ? " Tipah membebel seorang diri.

Di rumah Nek Biah..
" Nek , mana Diyaa ? " tanya Haziq. " Errmm. Diyaa , pergi , rumah Tok Wali sebentar. " Nek Biah berbohong. Tidak sanggup melihat cucunya itu sedih kerana kehilangan rakan karibnya. " Oh.. Tidak mengapa lah Nek. " Haziq mengundur diri. " Ok. " Nek Biah risau tetapi buat - buat tenang.

Keesokkan harinya di sekolah..
" Ehh , Tipah , Diyaa mana ? " tanya Haziq sebaik sahaja terserempak dengan Tipah. " Engkau tidak tahu kah ? " tanya Tipah sedih. " Tahu apa ? " Haziq terpinga - pinga. " Diyaa sudah berpindah ke Sweeden. Itulah engkau ! Information penting pun tidak tahu ! Mahu jadi taiko sangat ! " Tipah marah. Haziq tergamam. Kenapa Nek Biah berbohong ? " Anyway , Diyaa ada beri surat untuk engkau. Bacalah. " kata Tipah sambil menghulurkan surat itu. " Terima kasih , Tipah. " jwab Haziq.

Di kelas..
Haziq membaca surat yang diberi oleh Diyaa dengan perasaan sedih ;

Assalamualaikum , Haziq. Pertama sekali , maaf sebab saya tidak beritahu awak bahawa saya berpindah ke Sweeden. Saya terpaksa. Dan , saya mahu berkata sesuatu kepada awak. Selama ini , saya tidak pernah mendapat kawan yang baik. Awak ialah tempat pertama di list kan sebagai kawan baik saya mengatasi Tipah. Tetapi , sekarang sudah berubah. Awak di tahap kedua. Cinta. Selama ini , saya berselindung daripada awak. Tidak mahu awak tahu semua ini. Dan hari ini , saya akan bertolak ke Sweeden. Semua itu hancur. Tetapi , tidak bermakna awak harus memberhentikan percintaan awak. Tipah. Saya ialah kawan baik dia. Saya tahu rahsia dia. Dia sukakan awak sejak Darjah 1 lagi. Saya cuma orang ketiga di dalam percintaan kau orang. Dan yang terakhir , kirim salam Nek Biah , Tok Wali dan semua orang.


                                                                                                                                           Yang benar ,


                                                                                                                                            Diyaa


Haziq menamatkan bacaam itu. Dia mengeluh. ' Haih.. Macam mana aku mahu pergi Sweeden ? Pergi Seremban pun tidak lepas. ' keluh Haziq di dalam hati. Tiba - tiba , wajah Diyaa bertukar menjadi wajah Tipah. ' Tipah ? '

Tamat...

Akhirnya.. Diyaa Dalam Hati Masih Ada Taman sudah habis dicatat oleh saya. Panjang x ? Pnat sudah.. :p

Labels:

Post a Comment