Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 6 )
written by Opie on Monday 24 December 2012
0 Comments


Assalamualaikum ! Ceqq nak smbung fanfic.. Tpi x blaja lagi.. Ah ! Ape ceqq kiro ? Lol :p



Keesokkan harinya , 7 : 15 pagi..

" Wan ! " Aina menjerit dari belakang sambil berlari.

Wan memandang ke belakang dan mendapati Aina sedang mengejarnya.

Apabila Aina sampai di tempat Wan berdiri , dia tercungap - cungap kepenatan.

" Aina , Aina tak apa - apa ke ? " Wan prihatin akan keadaan Aina.

" Aina okey. Cuma Aina penat sahaja kejar Wan tadi. " Aina memberi alasan.

" Sorry , Aina. Wan tak perasan Aina kejar Wan tadi. " Wan meminta maaf.

" Wan tak perlu minta maaf. Aina cuma nak tanya sesuatu. " keadaan Aina bertambah baik dari kepenatan.

" Tanyalah. " Wan menjawab sepatah sambil terseyum.

Sebelum bertanya , Aina mengeluarkan memo itu daripada kocek baju kurung yang dipakainya. Selepas mengeluarkan memo itu , Aina terus menunjukkan memo itu kepada Wan.

" Apa ini ? " Wan tidak pasti objek yang Aina tunjuk itu.

" Ini memo. Aina terjumpa memo ini diatas meja Aina. Aina tak tahu siapa yang beri memo ini kepada Aina. Aina sudah tanya Nadha , Dina , Sha dengan Dayah tetapi mereka kata mereka tak beri memo ini kepada Aina. Mungkin Wan yang beri memo ini kepada Aina. " Aina menjawab panjang lebar.

" Eh , tidak la. Wan tak pernah beri memo ini kepada Aina pun. " Wan menggelengkan kepalanya.

" Cuba tengok dahulu isi kandungannya. Mana tahu Wan yang beri memo ini kepada Aina ? " Aina tidak berpuas hati dengan jawapan Wan tadi.

Wan membaca isi kandungan memo itu. Setelah Wan membaca isi kandungan itu , Wan menggeleng.

" Betul ke Wan tak beri memo ini kepada Aina ? " Aina berkerut.

" Tidak la. " Wan menggelengkan kepalanya.

" Habis itu , siapa yang beri memo ini kepada Aina ? " Aina inginkan kepastian.

" Mungkin Nysa and the geng ? " Wan hanya mengagak.

" Kalau Nysa , kenapa ayat dalam memo itu ceria ? Nysa kan musuh Aina. Tak kan lah dia mahu berbaik dengan Aina ? " Aina tidak berapa setuju dengan jawapan Wan tadi.

" Entahla. Wan pun tak tahu. " Wan mengangkat kedua - dua bahunya tanda yang dia tidak tahu.

Kringgg ! Sedar tak sedar , sudah 15 minit mereka berborak. Loceng sekolah pun sudah berbunyi.

" Wan , Aina beratur dahulu , ya. Jumpa nanti. Bye ! " Aina beredar dari situ.

" Bye ! " Wan menjawab lalu dia menuju ke tapak perhimpunan.

Di dalam kelas..

Suasana di dalam kelas 4 Science 1 riuh rendah kerana tiada guru yang berada di dalam kelas itu. Sudah 15 minit , tiada kelibat guru pun di kelas itu. Mungkin Puan Izza Marina menghadiri mesyuarat tergempar yang membuatkan dia terpaksa meninggalkan kelasnya pagi ini.

" Aina , kenapa dengan memo semalam itu ? " Nadha bersuara.

" Memo yang aku tunjuk itu ? " Aina tidak pasti mana satu memo yang disebut oleh Nadha.

" Ya. " Nadha menjawab sepatah.

" Sebenarnya , aku tipu engkau. 2 hari sebelum ini , ada memo di atas meja aku. Aku tidak tahu siapa yang beri aku memo itu. Sebab itu aku tanya engkau , Dina , Sha , Dayah dan Wan. Tetapi mereka kata mereka tidak beri memo itu kepada aku. " Aina menjelaskan perkara sebenar panjang lebar.

" Tetapi kenapa engkau harus tipu aku ? " Nadha tidak puas hati.

" Aku tidak bersedia lagi. " Aina menundukkan kepalanya. Dia berasa bersalah kerana menipu Nadha.

" Tidak mengapalah. Aku maafkan engkau. " Nadha tersenyum.

" Betul ini ? " Aina nampak riang.

" Betul la. Takkan aku main - main pula. " Nadha memaafkan perbuatan Aina.

" Yey ! Nadha maafkan aku ! Macam inilah kawan baik ! " Aina terus memeluk Nadha.

" Ish ! Aku rimas la ! " Nadha rimas akan perbuatan Aina tadi.

Aina terseyum keriangan. Masalah memo tadi dilupakan sementara.

" Eh ! Aku ada idea macam mana nak selesaikan masalah memo engkau. "  Nadha mempunyai idea baru.

" Macam mana ? " Aina ingin tahu.

Nadha berbisik di telinga Aina. Setelah beberapa minit berbisik , Aina ketawa kecil.

" Okey ! Aku akan ikut idea engkau ! " Aina confident semacam.

Nadha hanya terseyum melihat gelagat Aina.

Setelah Aina mendapat 9 memo dari si misteri..

" Nadha , aku sudah dapat memo yang ke sembilan. " Aina bersuara.

" Kalau macam itu , ikutlah apa yang aku rancangkan 9 hari lepas. Engkau sudah lupakah ? " Nadha menyuruh Aina mengikut rancangan yang ditetapkan.

" Aku bukannya lupa. Cuma tak yakin dengan rancangan engkau. " Aina tidak yakin.

" Buat sahajalah. Esok engkau kena bertindak. " Nadha memaksa Aina.

" Ya , okey. Okey. Aku ikut cara engkau esok. " Aina seperti tidak yakin dengan rancangan Nadha. Entah la. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia seperti ini.

Apa akan terjadi esok ? Tunggu..

Labels:

Post a Comment