Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Diyaa Dalam Hati Masih Ada Taman ( Part 4 )
written by Opie on Monday 12 December 2011
0 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger ! Lme sudah Sofhea x smbung Fanfic kan ? ( Bru luse post.. ngeeee ) Okay.. Tnpe membuangkan mse kite , jom kite start !



Haziq hanya melihat Diyaa berjalan dalam keadaan sedih. Dia marah pada diri dia. Kenapa dia beritahu kelakuan Diyaa itu kepada Cikgu Zakiah ? Kenapa dia beritahu kelakuan Diyaa itu kepada Nek Biah ? Muka Haziq sekarang dipenuhi seribu tanda tanya.

Diyaa yang berada di dalam bilik cuma menangis di birai katilnya. Dia sedih. Selama 12 tahun dia hidup tidak pernah Nek Biah memarahi dirinya sebegini. Hanya marah yang tiada perasaan sahaja. " Ibu , mana ibu ? Ayah , mana ayah ? Diyaa tidak sanggup hidup macam ini. Tanpa kasih sayang ibu dan ayah. " Airmata Diyaa makin menghujani pipi Diyaa. Lebat. Derita yang memenatkan itu membuatkan Diyaa tertidur.

Keesokan harinya..

" Diyaa. Bangun. Sudah pukul 6 : 00. Mari solat " kata Nek Biah lembut. Seakan - akan melupakan kejadian semalam. Tiada jawapan. Diyaa yang berada di dalam biliknya sedang solat Subuh bersendirian. Selama ini mereka bertiga selalu solat berjemaah. Tetapi kali ini , ialah solat bersendirian pertama yang Diyaa lakukan. " Diyaa , jom la. Nek tidak mahu pikirkan lagi kejadian semalam. " kata Nek Biah lembut. Diyaa seperti tidak dengar apa - apa. Khusyuk menunaikan solat. Diyaa pernah belajar bahawa orang yang tidak menunaikan solat dengan khusyuk telah digelar orang yang menudustakan Islam. Sebagai orang Islam , Diyaa tidak mahu digelar sebegitu. " Tidak apalah. Pasti Diyaa sedang solat bersendirian. " kata Nek Biah dalam hati. Lalu meninggalkan Diyaa di dalam bilik. " Nek , Diyaa mana ? " Haziq muncul secara tiba - tiba. " Mungkin sedang solat bersendirian. " kata Nek Biah. " Oh. " sepatah sahaja Haziq berkata. Di dalam hati Haziq berkata. " Maafkan aku. "

Di sekolah..

Diyaa menjadi pendiam. Apabila geng ' Kongsi Gelap ' sekolah mendekatinya , Diyaa cuma mengugut mereka. Dan sejak pada hari itu juga , Remy hanya berkepit bersama Khusyairi. Ada orang kata Khusyairi itu BOYFRIEND Remy ( Gay ) . Ada orang pula kata Khusyairi itu BODYGUARD Remy selepas ditampar Diyaa. Itu semua hanya Remy dan ALLAH sahaja yang tahu. Jika ditanya , Remy mengamuk. Bukannya mereka tidak tahu perangai ketua ' Kongsi Gelap ' sekolah itu. Diyaa hanya fokus kepada pelajaran. Di tahu bahawa UPSR akan jatuh 5 bulan lagi. Dan Diyaa sudah tidak rapat dengan Tipah. Tipah sudah lama mengenali Diyaa. Sejak umur mereka 5 tahun lagi. Diyaa ini ialah orang yang kuat rasa sedih dan ada sifat kejantanan yang kuat. Jika Tipah mengganggu Diyaa , mungkin Tipah diterajang oleh Diyaa. Mereka masing - masing diam. Cuma buka mulut jika tidak faham keterangan guru di kelas. Dan sejak kejadian itu juga , Diyaa tidak rapat dengan Haziq. Cinta Diyaa terhadap Haziq cuma tinggal sisa - sisa. Rasa meluat telah timbul. Kalau berjumpa Hziq atau terserempak di sekolah , Diyaa cuma beri Salam. Tidak mahu bercakap apa - apa.

7 : 30 malam..

Pada hari ini , Khamis malam Jumaat , pukul 8 : 00 malam , Diyaa akan belajar silat bersama Tok Wali di hadapan rumah Tok Wali. Bukan Diyaa seorang sahaja , tetapi bersama rakan - rakan sekampung. Haziq tidak mahu belajar silat. Dahulu , orang kampung selalu mengejek Haziq Pondan. Tetapi , sejak mereka tahu bahawa Haziq melibatkan diri di dalam ' Geng Kongsi Gelap ' sekolahnya , orang kampung diam. " Diyaa. Mari makan. Hari ini Nek masak lauk kegemaran Diyaa. Asam Pedas Ikan Pari. " Diyaa cuma mendiamkan diri. Selalunya , sebelum belajar silat , Diyaa akan makan. Tetapi hari ini , Diyaa tidak ada selera. " Tidak mahu la ,  Nek. Diyaa tidak lapar. " itu sahaja alasan yang diberi Diyaa kepada Nek Biah. " Jangan la macam itu. Kita lupakan sahaja perkara yang lepas. " kata Nel Biah lembut. " Diyaa kata tak mahu , tak mahu la ! " Diyaa mengeras lalu mengambil begnya. Diyaa terus keluar dari rumah Nek Biah. Mahu ke rumah Tok Wali. Diyaa tahu bahawa dia keluar awal dan waktu solat Maghrib. Tetapi , selepas sahaja azan , Diyaa terus solat. Tidak mahu melengahkan masa.

" Hai. Apa la salah aku sampai budak itu tak mahu makan. Dia keluar waktu Maghrib. Aku takut jadi apa - apa dekat budak itu. " kata Nek Biah di dalam hati risau.

" Hmm.. Boring pulak keluar rumah awal - awal ! " kata Diyaa sambil melibas kayu keatas tanah. Tiba - tiba , ada 1 angin datang dari arah bertentangan. " Apa itu ? " Tiba - tiba , Diyaa meraung. Laungan itu bukan suara Diyaa tetapi suara orang lain.

Bersambung..

Labels:

Post a Comment