Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 13 )
written by Opie on Monday 25 March 2013
0 Comments


Well hello ! =D HOLIDAY !!!!!! Tpi holiday time nih Ahad jer online.. Esok dah kene wt homework n blaja.. Haihh.. =(



" Apa yang bising - bising itu ? " Puan Dinie bergegas ke kaunter Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah.

" Hei , kenapa kamu semua ini ? Kenapa tubuh kamu disalut tepung ? " soalan bertubi - tubi dikeluarkan dari mulut Puan Dinie.

" Nysaa tumpahkan tepung gandum dekat kami , cikgu ! " Dengan beraninya , Nadha memberitahu insiden itu berlaku.

" Eh , tak cikgu ! Nadha sengaja mereka cerita. Dia yang sengaja tumpahkan dekat badannya selepas itu nak menuduh kami yang tumpahkan. " Nysaa sengaja menipu Puan Dinie kerana dia tidak mahu didenda.

" Eh , engkau ini. Sudahlah tumpahkan tepung dekat kami , tak nak mengaku pula ! " Syafiqah naik berang.

" Bila masa kami tumpahkan ? Nak menuduh kami pula ! " Nysaa mempertahankan dirinya dan rakan - rakannya.

" Eh , budak ini ! " Syafiqah hampir mahu menumbuk Nysaa. Namun , dia telah ditahan oleh Nadha. Nasib baik Nadha berada di situ. Kalau tidak , hampir pernyek muka Nysaa ditumbuk oleh Syafiqah.

" Sudah ! Sudah ! Sekarang saya tidak mahu mendengar sebarang alasan daripada kamu berdua ! Mari  ikut saya ke pejabat ! Yang lain , teruskan membuat kek masing - masing ! " Dengan tegasnya Puan Dinie berkata.

Mereka bertujuh menikuti Puan Dinie dari belakang.

" Kau siap selepas ini ! " Syafiqah berbisik kepada Nysaa.

" Macam aku kisah ! " Nysaa seperti tidak takut dengan situasi yang akan berlaku.

Syafiqah semakin bengang. Selepas ini , dia pasti bahawa Nysaa akan didenda oleh Puan Dinie.

Di dalam pejabat Puan Dinie..

" Kenapa dengan kamu bertujuh ini ? Tidak puas hati antara satu sama lain ? Hah ? Sampai tumpahkan tepung ? " soalan bertubi - tubi ditanya.

" Sebenarnya , Nysaa yang memulakan pertelingkahan ini ! Dengan tiada motif , tiba - tiba dia tumpahkan tepung ke atas kami. " Syafiqah menceritakan insiden yang berlaku.

" Tidak betul itu , cikgu ! Seperti yang saya katakan tadi , mereka sengaja menumpahkan tepung itu ke tubuh mereka selepas itu menuduh kami yang menumpahkannya. " Nysaa tidak mengaku.

" Tidak mungkin cikgu tak nampak insiden tadi. Nysaa memang menumpahkan tepung ke atas kami. " Nadha tidak mahu mengalah dengan permainan kotor Nysaa.

" Sudah ! Oleh sebab kamu berdua telah menimbulkan masalah semasa kelas memasak tadi , kamu berdua didenda mengemas bilik guru. Selagi bilik guru itu bersepah , selagi itu kamu semua tidak diizinkan balik ! " Puan Dinie mengambil keputusan muktamad.

" Tapi , cikgu.. " Nysaa cuba memujuk Puan Dinie. Namun , Puan Dinie pantas berkata.

" Tiada tapi - tapi. Sekarang , pergi kemas ! " Puan Dinie separuh menjerit.

Mereka yang ketakutan dengan ketegasan Puan Dinie terus berlalu dari situ lalu menuju ke bilik guru.

Di bilik guru..

" Ini semua engkau punya pasal , Nysaa ! Kalau tidak , aku sudah belajar membuat kek tadi ! " Syafiqah bersuara.

" Hahahaha. Kesian kau orang. " Nysaa ketawa kecil.

" Ketawa pula ! Aku serius la ! " Syafiqah memarahi Nysaa.

" Aku cuma mahu kau orang semua rasa apa yang aku rasa sebelum ini. Didenda , dijemur di bawah matahari , berlari pusing 1 padang. Baru seronok ! " Nysaa tersenyum sinis.

Sebenarnya , motif Nysaa , Mida dan Ayinn menumpahkan tepung ke atas Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah tadi adalah untuk membuli mereka. Memandangkan Aina sudah terlantar koma di hospital , makin senang la kerja mereka bertiga nanti.

" Sudahlah , kami mahu pulang ! Good bye you all ! Have a nice day with the rubish ! " Nysaa , Mida dan Ayinn menggalas beg mereka lalu keluar dari bilik guru itu.

" Hei , Nysaa ! Tolong kami kemas lah ! " Syafiqah menjerit ke arah Nysaa , Mida dan Ayinn namun jeritannya tidak didengari oleh mereka bertiga.

" Ish ! Aku rasa nak mencarut sahaja ! " Syafiqah bersura dalam nada kemarahan.

" Bawa bersabar , Sha. " Dayah menenangkan Syafiqah yang sedang marah.

" Dia yang tumpahkan tepung ke atas kita , kita pula yang kena denda ! " Syafiqah semakin marah.

" Sya , jangan nak over sangat boleh tak ? Macam lah engkau tak kenal perangai si Nysaa itu. " Irdina rimas dengan perangai Syafiqah yang over itu.

" Tak , aku bengang dengan minah senget itu. " kemarahan Syafiqah masih belum reda.

" Sya , dengar sini. Daripada engkau membuang masa memarahi si Nysaa itu , lebih baik kita mengemas bilik guru ini dengan cepat. " Nadha menasihati Syafiqah.

Akhirnya , Syafiqah akur. Dia harus melaksanakan tugas Puan Dinie. Kalau memarahi si Nysaa itu , tiada faedah yang bakal dia dapat.

Selang beberapa minit..

Naufal Aiman melangkah ke bilik guru. Tatkala dia membuka daun pintu , dia mendapati Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah sedang mengemas bilik guru itu.

" Eh , kau orang. Kenapa kamu semua berada di sini ? " Naufal Aiman bertanya kepada mereka berempat.

" Sepatutnya kami yang tanya engkau , kenapa engkau berada di sini ? " Dayah sedikit keras.

" Dayah , jangan marah Naufal boleh tak ? " Nadha memarahi Dayah.

" Ehem. Ehem. " Irdina berdehem.

" Jangan sibuk dengan urusan Nadha dan Prince Charming dia boleh tak ? " Syafiqah memarahi Dayah dan Irdina.

" Oi ! " Nadha membesarkan matanya ke arah Syafiqah. Syafiqah hanya tersenyum simpul.

" Err , saya ke sini sebab nak hantar buku tulis. " Naufal Aiman menunjukkan buku - buku tulis yang dibawanya.

" Oh , ya ? Sebenarnya kami di sini sebab nak tolong cikgu kemas bilik guru. " Nadha berbohong.

" Eh , bukan kita kena denda dengan Puan Dinie kah ? " Irdina kelihatan blur.

Mendengar Irdina berkata begitu , Nadha terus menekup mulut Irdina.

" Eh , tak la. Irdina bergurau sahaja tadi. " Nadha tersenyum.

" Cakaplah betul - betul ! " Naufal Aiman mula berang dengan perangai mereka berempat. Sekejap kata tolong cikgu , sekejap kata kena denda. Ishh !

" Naufal , macam ini ceritanya. Semasa kelas memasak tadi , Nysaa dan rakan - rakannya telah tumpahkan tepung ke atas kami. Kami kena denda bersihkan bilik guru. Tetapi , Nysaa dan rakan - rakannya sudah balik. Tinggal kami berempat sahaja. " Dayah menerangkan panjang lebar.

" Oh , patutlah kamu semua nampak putih semacam. " Naufal sempat ketawa kecil.

" Dayah , kenapa engkau beritahu Naufal perkara sebenar ? Jatuhlah air muka aku ! " Nadha bertukar menjadi singa , marah dengan tindakan Dayah.

" Eh , nak memikat lelaki biar original la ! " Dayah memberi alasan.

" Ish ! Engkau ini memang nak kena ! " Nadha mengejar Dayah yang sudah lari lintang - pukang di dalam bilik guru itu.

Naufal Aiman mengelamun walaupun suasana persekitarannya bising dengn bunyi jeritan Dayah.

' Aina , rakan - rakan engkau sekarang dibuli oleh Nysaa. Lebih baik engkau sedar dalam masa terdekat , Aina. '

Labels:

Post a Comment