Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 5 )
written by Opie on Sunday 23 December 2012
0 Comments


Assalamualaikum , hallo ! =D Ekceli aku malas nak sambung la tpi disebabkan tnet macam nak mintak kaki , so , kene sambung la walaupun boring..



Aina membaca tulisan yang tertulis di atas memo itu ;

Hai , have a nice day. =)

" Aina , kau kata mahu buang memo itu. " Nadha berkerut.

" Ada lagi terselit dekat buku aku ini. " Aina berbohong.

" Boleh aku tengok ? " sekali lagi , Nadha mahu melihat isi memo itu.

" Err.. Tengok la. " kali ini , Aina membenarkan Nadha melihat memo itu. Mungkin dengan cara itu , Nadha boleh mengaku bahawa dia yang memberi memo itu kepadanya.

Aina menghulur memo itu kepada Nadha. Tatkala Nadha membaca memo itu , Nadha mengeluh.

" Haihh. Alangkah seronoknya apabila Naufal Aiman beri memo seperti ini kepada aku. " Nadha syok sendiri.

" Ei ! Gelinya aku dengar ! " Dayah menyampuk.

" Eh , datang tiba - tiba dari belakang nak menyampuk pula. Pergi main jauh - jauh sana ! Jangan kacau aku dengan Aina nak berborak. " Nadha berleter panjang.

" Ala , aku mahu join sekali pun tak boleh. " Dayah membuat mimik muka merajuk lalu beredar dari situ.

" Sibuk sahaja. " Nadha berkata sendirian.

" Kenapa engkau halau Dayah tadi ? Biarlah dia mahu bergosip di sini. Kesian dia. " Aina tidak berapa setuju dengan sikap Nadha yang menghalau Dayah tadi.

" Ala.. Biarlah dia layan Dina dengan Sha. Aku mahu berborak dengan kau sahaja. Engkau sahaja , ya. " Nadha menekankan perkataan ' engkau sahaja '.

Aina terdiam. Tidak bermakna dia sudah mengalah di dalam perang mulut sementara tadi bersama Nadha. Tetapi , dia masih buntu. Siapa sebenarnya yang memberi dia memo ini ?

" Nadha , aku mahu tanya sesuatu boleh ? " Aina acuh tak acuh.

" Tanyalah. " Nadha terseyum.

" Engkau ke yang memberi memo ini ? " Aina menunjukkan memo itu kepada Nadha.

" Memo ini ? " Nadha memandang memo itu.

" Yalah. " Aina mengangguk.

" Tidak la ! Buat apa aku beri memo ini kepada engkau ? Kalau aku , aku beri memo ini kepada Naufal Aiman. Lagi sweet. " Nadha terseyum seketika apabila dia menyebut nama Naufal Aiman.

" Oh.. Okey. Aku just tanya sahaja. Sebabnya engkau kan selalu cakap benda - benda positif dekat aku macam dalam memo ini. " Aina terseyum pahit.

' Habis tu , siapa yang beri aku memo ini ? Aku mesti tanya Dayah , Dina dengan Sha. ' omel Aina di dalam hati.

Pukul 11 : 45 pagi..

Seperti biasa , Puan Izza Marina yang tersangat baik itu memberi peluang kepada kelas 4 Science 1 untuk membuat kerja sendiri kerana Puan Izza terpaksa menghadiri mesyuarat di pejabat sekolah. Tetapi , sebelum membuat kerja sendiri , Puan Izza Marina memberi sedikit kerja sekolah yang harus disiapkan sebelum membuat kerja sendiri.

Setelah Aina menyiapkan kerja yang diberi oleh Puan Izza Marina , Aina mengambil keputusan untuk bertanya tentang memo itu kepada Dayah , Irdina dan Syafiqah.

" Sha , engkau sudah siap kerja sekolah ? " sebelum bertanya tentang memo itu , Aina mahu memastikan yang rakannya sudah menyiapkan kerja sekolah itu. Jika rakannya belum menyiapkan kerja sekolah itu , mungkin dia akan mengganggu rakannya mennyiapkan kerja sekolah.

" Sudah. Kenapa ? " soalan berbalik soalan.

" Aku nak tanya engkau sedikit. " Aina memulakan topik.

" Tanyalah. Aku on sahaja. " Syafiqah tersenyum gembira.

Aina mengeluarkan memo itu daripada kocek baju kurungnya.

" Engkau ke yang beri aku memo ini ? " Aina menunjukkan memo itu kepada Syafiqah.

Syafiqah membaca tulisan di atas memo itu. Setelah beberapa minit membaca memo itu , Syafiqah bersuara.

" Tidak la. " Syafiqah menjawab pendek.

" Tidak , eh ? Ala.. Cuba engkau tanya Dina. Mana tahu dia yang memberi memo ini kepada aku. " Aina tidak puas hati.

Syafiqah mengangguk. Dia menunjukkan memo itu kepada Dina Mereka berbual sementara. Setelah beberapa minit , Syafiqah bersuara.

" Dina kata dia tidak beri memo ini kepada engkau. Cuba engkau tanya Dayah. " Dina juga tidak memberi memo itu kepadanya. Haih.. Siapa pula yang memberi memo ini kepada aku ?

Aina berjalan ke tempat duduk Dayah. Walaupun tempat duduk Dayah cuma di belakang tempat duduk Irdina dan Syafiqah , namun dia tidak mahu membisingkan lagi suasana kelas.

" Dayah , boleh aku tanya sedikit ? " Aina acuh tak acuh.

" Tanyalah. Aku tak busy ini. " Dayah terseyum.

" Engkau kah yang memberi memo ini kepada aku ? " Aina menunjukkan memo itu kepada Dayah.

Dayah membaca isi kandungan memo itu. Setelah beberapa minit membaca , Dayah bersuara.

" Err. Tidak lah. " Dayah menggelengkan kepalanya.

" Oh okey. " Aina terseyum.

' Habis itu , kalau bukan Nadha , Dina , Sha dengan Dayah , siapa lagi ? Mesti Wan ! Esok , aku tanya dia ! ' omel Aina di dalam hati.


Labels:

Post a Comment