Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 17 )
written by Opie on Monday 1 July 2013
0 Comments


Hai ! Yeah !!!! CUTIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII !!!!!!!!!!!!!!!!!!


Dr. Faizah serta jururawat - jururawat yang bertugas segera memeriksa keadaan Aina. Puan Hazirah diminta menunggu diluar seketika. Tatkala itu , hatinya berbunga - bunga keriangan. Alhamdulillah , anaknya akan sedar tidak lama lagi !

Tatkala Puan Hazirah melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang telah tersedia , Nadha , Irdina , Syafiqah , Dayah dan Wan datang melawat.

" Makcik , kenapa makcik tunggu di sini ? " Nadha menyalam tangan Puan Hazirah diikiuti Irdina , Syafiqah dan Dayah.

Puan Hazirah terdiam seketika. Riak mukanya seperti seorang lelaki yang baru sahaja mendapat gelaran bapa. Kemudian , Puan Hazirah berkata.

" Aina.. " kata - katanya tersekat.

" Kenapa dengan Aina , makcik ? " Nadha kerisauan.

" Tadi , setelah makcik selesaikan urusan di kaunter , makcik terus ke wad Aina. Apabila makcik masuk sahaja , jari telunjuk Aina bergerak - gerak. Makcik terus panggil nurse dan doktor. " Puan Hazirah menceritakan keadaan Aina dengan bersungguh - sungguh. Namun , dia terlupa mahu menceritakan kehadiran Naufal.

Nadha , Irdina , Syafiqah , Dayah dan Wan gembira sekali. Mereka hampir - hampir menjerit keriangan.

" Alhamdulillah ! Tidak lama lagi , Aina akan sedar ! " Wan yang paling pertama memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi diikuti Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah.

Selang beberapa minit , Dr. Faizah pun keluar dari wad Aina.

" Doktor , macam mana keadaan anak saya ? Dia okey kah ? " Puan Hazirah terus bertanya kepada Dr. Faizah.

" Alhamdulillah , anak puan dalam keadaan stabil. " Dr. Faizah tersenyum.

" Bila dia boleh sedar ? " Wan bertanya dengan penuh debaran.

" Saya tidak pasti tentang hal itu. Tetapi mungkin dia boleh sedar dalam masa terdekat ini. " Dr. Faizah membalas. Puan Hazirah , Nadha , Irdina , Syafiqah , Dayah dan Wan tersenyum gembira.

" Ishh ! Tak sabar rasanya nak tunggu Aina masuk sekolah nanti ! " Dayah bersuara setelah Dr. Faizah meminta diri.

" Aku pun ! " Irdina bersetuju.

Setelah beberapa minit , Puan Hazirah , Nadha , Irdina , Syafiqah , Dayah dan Wan dibenarkan melawat Aina di dalam wad. Perasaan mereka bertukar sedih pula. Mereka berharap Aina sedar pada masa itu juga. Namun , itu semua hanya mimpi semata - mata.

Mereka memulakan bacaan surah Yaasin. Setelah selesai , Nadha , Irdina , Syafiqah , Dayah dan Wan meminta diri untuk pulang ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul 3 : 30 petang. Bimbang ibu bapa mereka risau kerana tidak pulang lagi. Tetapi sebelum pulang , mereka berlima akan memberi kata - kata semangat buat Aina.

Keesokkan harinya di SMK Pasir Gudang 3 , pukul 7 : 20 minit pagi..

" Fal ! Fal ! Fal ! " Iman berlari sambil mengejar Naufal di hadapan.

" Engkau ini kenapa , Man ? Kena kejar hantu kah ? " Naufal panik melihat keadaan Iman yang kelihatan seperti ternampak lembaga menakutkan sebentar tadi.

Iman tercungap - cungap. Penat kerana berlari tadi.

" Aku ada good news untuk engkau. " Keadaan Iman semakin pulih.

" Good news ? Kenapa ? " Naufal inginkan kepastian.

" Tentang Aina. Tadi , aku ada dengar khabar angin yang mengatakan Aina akan sedar tidak lama lagi. " Iman tersenyum. Puas hati setelah menyampaikan berita yang seronok didengari oleh Naufal.

" Ya kah ? " Naufal tidak percaya.

" Betul lah ! Ingat aku main - mian kah ? " Iman kurang selesa apabila Naufal seperti tidak percaya akan berita yang disampaikan tadi.

" Aku hanya inginkan kepastian. Lagipun , engkau yang kata tadi bahawa berita ini ialah khabar angin. Khabar angin ini ialah sesuata berita yang belum pasti , bukan ? " Naufal seperti tidak gembira dengan khabar angin yang diterimanya. Entahlah , dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia tidak gembira.

" Kalau engkau tidak percaya , tanyalah si Wan Afiq. Aku pun sebenarnya malas nak beritahu engkau tentang hal ini. " Iman marah. Beritanya seperti ditolak keras oleh Naufal.

" Okey. Nanti waktu rehat aku akan tanya dengan dia. " Naufal memberi senyuman palsu kepada Iman.

" Kenapa dengan engkau hari ini , Fal ? Engkau macam nak cari gaduh dengan semua orang sahaja. Kalau engkau ada masalah , ceritalah pada aku. " Iman setia menjadi tempat Naufal meluahkan masalah.

" Aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku jadi seperti ini. Mungkin sebab aku terlalu rindukan Aina. " Masalah yang diluahkan oleh Naufal membuatkan Iman menjadi geli. Rindu pada Aina ? Kenapa dia tidak merindui ibu bapanya yang sedang menunaikan ibadah Haji di tanah suci ?

" Kenapa engkau perlu rindukan Aina ? Bukankah patutnya engkau merindui ibu bapa engkau yang sekarang   sedang menunaikan rukun Islam yang kelima ? " Iman mengerut.

" Rindu ibu bapa itu memanglah rindu. Tetapi sekarang aku merindui Aina. Aku merindui dia selepas aku merindui ibu bapa aku. " Naufal menganggap Aina ialah orang kedua yang dirinduinya selepas ibu bapanya.

" Boleh pula macam itu. " Iman menunjukkan riak muka bosan. Ada - ada sahaja Naufal ini.

" Boleh sahaja. Cinta itu pelik , Man. " Naufal memberi sedikit motivasi tentang cinta kepada Iman. Nak tak nak , Iman terpaksa mendengarnya walaupun telinganya tidak ikhlas mendengar.

Kringggg !!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu untuk murid - murid masuk ke kelas. Naufal dan Iman segera masuk ke kelas mereka.

Waktu rehat , pukul 10 : 20 minit pagi..

Naufal bersama - sama dengan Iman mencari Wan Afiq , pelajar tingkatan 4 dan juga photographer sekolah. Akhirnya , mereka menjumpai Wan di kelasnya iaitu kelas 4 IT 1. Wan mahu menuju ke kantin untuk menikmati sarapan pagi.

" Errr , awak Wan Aifq kah ? " Naufal menegur Wan yang berpakaian kemas dan bersongkok.

" Ya , saya. Awak Naufal Aiman , kan ? Jejaka yang Nadha tergila - gilakan itu. " Wan sempat ketawa kecil. Naufal dan Iman memandang antara satu sama lain. Pelik dengan perangai Wan. Baru sahaja berjumpa sudah ketawa.

" Ermm. Kenapa ya ? Ada apa - apa yang boleh saya bantu ? " Wan meredakan ketawanya. Dia kembali serius.

" Kalau tidak keberatan , boleh saya tanya ? Betulkah Aina Melinda yang sekarang terlantar koma di hospital akan sedarkan diri tidak lama lagi ? " Naufal bertanya dengan riak muka seperti seorang polis. Serius dan tegas.

" Ya , memang betul. Saya baru sahaja melawat Aina petang semalam. Kata doktor , dia akan sedar tidak lama lagi. " Wan bercerita sambil tersenyum mesra.

" Oh , baguslah kalau begitu. " Naufal tersenyum riang.

Mereka berdua terdiam seketika. Selang beberapa minit , Naufal bersuara.

" Errmm , kami beredar dahulu , ya. Thanks for your information. Assalamualaikum. " Naufal dan Iman terus beredar dari situ.

" Waalaikummussalam. " Wan menjawab salam.

' Kenapa mereka berdua nak tahu tentang keadaan Aina ya ? Hmmmm.. Macam ada udang di sebalik batu.. Ah ! Biarlah mereka. Perut aku sudah berbunyi. Lebih baik aku ke kantin. '


Sorry yer kalau ayat episod kali a little bit sakai -______- Mungkin sebab kekeringan idea. Idea hilang tah kemane.. Gi London kot.. Ok , dah start merepek.. -____ Btw , sorry sesangat yer kepade yu ollz yang kononnye bace tuh. Kalau ade typo area , paham paham je la =D

Labels:

Post a Comment