Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 11 )
written by Opie on Thursday 14 March 2013
0 Comments


Well , hello ! =D YEAY ! FINALLY ! UPPM 1 DAH HABES ! I am free now ! ( free la sangat ) :p


" Abang , Nysaa tanya ini. Kenapa dengan Aina ? " soalannya masih tidak terbalas.

" Maaflah. Aku tak boleh beritahu. " akhirnya , Naufal Aiman membuat keputusan untuk tidak memberitahu tentang keadaan Aina sekarang lalu terus beredar dari situ.

" Abang Iman , kenapa dengan Aina ? Cakaplah kenapa ? " Nysaa masih mahu jawapan dari mulut mereka berdua.

" Kalau Naufal tak beritahu , aku pun tak boleh beritahu. Okeylah , Nysaa. Aku sudah habis makan. Aku pergi dahulu , ya. " Amboi ! Sombongnya mereka berdua ! Sombong untuk kebaikan juga.

" Oh. Kau orang lari daripada aku ya. Tidak mengapa. Aku akan korek rahsia kau. Kau siaplah Aina. " Nysaa berkata kepada diri sendiri.

Selepas rehat , di dalam kelas 4 Science 1..

" Macam manalah keadaan Aina sekarang. Harap - harap dia berada dalam keadaan yang selamat. " Dayah berharap agar Aina berada di dalam keadaan selamat dan sedar dari koma dalam masa terdekat.

" Amin. " Syafiqah mengaminkan doa.

" Baru sehari Aina tak datang rasa rindu pula. Kalau berbulan - bulan Aina tak datang , lagi double la rindu aku dekat dia. " Irdina mengeluh.

" Ha'ah. Nak tunggu dia sedar dari koma kan lama. Mestilah dia tak datang sekolah lama. " Dayah pula yang mengeluh.

" Nadha , kenapa kau diam dari tadi ? " Syafiqah kerisauan tentang Nadha yang dari tadi diam sahaja. Takut dirasuk kah apakah.

" Aku cuma fikir pasal Aina sahaja. Kenapa ? " air muka muka Nadha seperti orang yang baru lepas menangis.

" Aku ingat kau kena rasuk tadi. Diam semacam sahaja. " mujurlah Nadha tidak diapa - apakan. Kalau tidak , lagi satu masalah yang harus mereka fikirkan.

" Ish kau ini. Merepek sahaja ! " Nadha memarahi Syafiqah.

" Tak perlulah marah sangat. Kita orang pun sedih juga. " Irdina rimas dengan perangai Nadha yang sedih terlalu over.

" Diamlah. " ketika ini , Nadha tidak mahu diganggu. Dia mahu melayan perasaannya sekarang.

Keesokkan harinya , selepas waktu sekolah tamat..

Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah menunggu di perhentian bas. Mereka mahu menunggu sebuah teksi untuk dinaiki ke Hospital Penawar. Mereka sudah memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka akan menziarahi Aina selepas waktu persekolahan tamat.

" Sudah 15 minit kita tunggu , satu teksi pun aku tak nampak. " Dayah mengeluh sambil menjeling ke arah jamnya yang berjenama Ice Watch.

" Sabar la , Aina tak mati pun kalau kita lambat. " Irdina menjawab keluhan Dayah sambil mata memandang ke arah jalanraya.

" Mulut engkau jaga sedikit , ya. Nanti mulut engkau jadi masin macam mana. Hilang aku seorang kawan yang aku sayang. " Dayah mula panas hati.

" Tak sangka yang kawan aku ini lesbian. " Syafiqah bergurau.

" Eh , sorry. Aku cuma sukakan Wan Afiq. Dengar tak ? Wan Afiq ! " Dayah sengaja menguatkan sebutan ' Wan Afiq ' ataupun lebih dikenali sebagai Wan.

" Eii ! Gelinya dengar ! Lebih bagus kalau Naufal Aiman tahu ! " Nadha yang dari tadi mendiamkan diri , tiba - tiba menyampuk.

" Yuks ! Lagi geli ! " Dayah menyampah.

" Naufal Aiman kan okey ? Handsome , tinggi , macho. Pendek kata , semua ciri - ciri lelaki ada pada dia. Oh ! Naufal Aiman ! " Nadha berangan seketika , kononnya Naufal Aiman merupakan kekasihnya.

" Eiiyek ! " Irdina , Syafiqah dan Dayah berkata hampir serentak.

Perbalahan sementara mereka tadi berakhir. Terdapat sebuah teksi berhenti di perhentian bas itu. Tanpa melengahkan masa , mereka terus menaiki teksi itu tanpa sebarang bantahan.

Hospital Penawar , di wad 2-04-1..

Dari luar pintu wad itu , Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah dapat lmeihat tubuh Aina terlantar di atas katil bersaiz single. Sayu mata memandang. Tanpa berlengah , mereka mengetuk pintu wad itu.

Tok ! Tok ! Tok !

" Masuk.. " satu suara perempuan yang kesedihan menyahut.

Mereka berempat terus masuk ke dalam wad itu..

" Oh , Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah. " Puan Hazirah mengecam mereka berempat.

Mereka berempat menyalam tangan Puan Hazirah , tanda hormat kepada orang yang lebih tua daripada mereka.

" Aina apa khabar ? " Nadha bertanya kepada Puan Hazirah sambil melihat Aina yang terbaring kaku di atas katil itu.

" Macam biasalah , Nadha. Masih kaku , tak bergerak. " Puan Hazirah menjawab dengan nada yang kesedihan.

" Tiada perkembangan positif ? " giliran Syafiqah pula yang bertanya.

" Tiada. " Puan Hazirah menjawab sepatah.

" Tetapi kebiasaannya kalau orang koma , mereka boleh mendengar. Betul kan , makcik ? " Irdina mahukan kepastian.

" Doktor pun kata begitu. Tetapi makcik tidak pasti. " Puan Hazirah tidak pasti. Kemungkinan , apa yang Irdina katakan sebentar tadi betul.

Mendengar kenyataan Irdina , Dayah terus menuju ke birai katil dan mula berkata - kata.

" Aina , cepatlah sedar. Kami rindu engkau. Kami mahu engkau bersekolah. Sama - sama belajar , sama - sama menjadi pelajar yang kepoh , sama - sama cari pasal dengan Nysaa. Seriously , aku rindu semua itu. Baru sehari engkau tidak datang ke sekolah , seperti 100 tahun engkau tak datang. Bangunlah , Aina. Aku merayu. " sedar tak sedar , air mata Dayah mula mengalir di pipinya.

Puan Hazirah , Nadha , Irdina dan Syafiqah tersentuh dengan kata - kata Dayah tadi. Mereka turut menangis.

Nadha , Irdina dan Syafiqah memeluk Dayah yang sedang kesedihan. Mereka berlima memang sahabat sejati.

Suasana suram diganggu seketika. Tiba - tiba , ketukan pintu berbunyi.

" Eh , siapa pula itu ? "


Labels:

Post a Comment