Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 1 )
written by Opie on Friday 30 November 2012
0 Comments


Assalamualaikum.. Bagi meredakan kemarahan membara , baik sambung fanfic..



Suasana pada pukul 7 : 00 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3 memang riuh rendah ditambah pula pada awal tahun begini. Maklumlah , masing - masing sudah lama tidak berjumpa rakan yang telah  sebulan lebih tidak berjumpa. Ada yang memeluk rakan dan bersalaman. Ada juga yang bergurau dengan menumbuk secara lembut.

Lain pula cerita Aina Melinda , Nadha Atiqah , Irdina Kaisara , Nurul Syafiqah dan Dayah Afrina. Mereka sudah bertemu dan melepak puas - puas semasa cuti sekolah. Hampir setiap hari juga. Jadi , perasaan rindu itu tiada kerana sudah kerap kali mereka berjumpa.

" Wei , aku rindu Wan lah ! Hah , mana dia ? " Dayah sebagai orang pertama yang memulakan perbualan antara mereka berkata dengan nada gedik.

" Tak habis - habis lah kau nih. Hari ini kan hari pertama sekolah. So , dia kan kena ambil gambar. Kata pun photographer sekolah. Macam tak tahu pula. " Irdina menjawab kata - kata Dayah dengan nada rimas.

" Alah , itu pun nak marah. " Dayah membuat mimik muka merajuk.

" Siapa marah ? Aku cuma beri nasihat sahaja. " Irdina menindas kata - kata Dayah tadi.

" Nasihat macam itu ke ? Tiada rupa nasihat pun ? " kata Dayah dengan nada yang gedik terlebih.

" Ishh ! Aku rimas lah kau orang asyik gaduh sahaja. Satu hari tak gaduh tak boleh ke ? " Aina rimas dengan perbalahan sementara antara Dayah dan Irdina.

" Si Irdina ini ajak gaduh ! " Dayah masih tidak puas hati.

" Ishh budak ini. " Irdina nampak geram.

" Sudahlah ! " Aina naik menyampah apabila mendengar mereka asyik bertekak sahaja. Dari mula - mula berjumpa sampai ke tingkatan empat ini asyik bergaduh sahaja.

" Eh , jom lah beratur. Buat apa kita berdiri sahaja di sini " Syafiqah menyampuk.

" Alah , nantilah. Ada seseorang sedang lalu.. " Nadha berkata seperti berada di syurga.

" Siapa ? Siapa ? Wan kah ? " Dayah nampak berminat dengan kata- kata Nadha tadi.

" Tak lah.. " sekali lagi , suara ' heaven ' Nadha terkeluar.

Dari jauh , 2 orang jejaka yang tinggi lampai , tidak bersongkok dan berjawatan pengawas sedang berjalan sambil berborak. Naufal Aiman dan Iman Akmal.

" Seseorang ? Itu 2 orang ? " Dayah menggaru kepala yang tidak gatal.

" Aku suka salah seorang daripada mereka. " suara ' heaven ' Nadha terkeluar sekali lagi.

" Hmm.. Naufal Aiman lah tuh.. " Dayah menunjukkan mimik muka bosan.

Nadha hanya mendiamkan diri sambil melihat ketampanan Naufal Aiman , jejaki yang disukainya sejak tingkatan 1 lagi.

" Apabila angel kesayangan Nadha lalu di hadapannya. " Aina menyampuk sambil ketawa kecil.

" Jangan lah cakap kuat - kuat. Malu aku. " pipi Nadha mula berona kemerah - merahan.

" Cewah ! Malu konon ! " Syafiqah menyampuk sambil ketawa.

" Hahaha ! Nadha malu ! " Irdina menyampuk sambil ketawa terbahak - bahak.

" Aishh ! Bising la kau orang ini. " Nadha naik bengang diperkatakan sebegitu oleh rakan - rakannya.

Aina , Dayah , Irdina dan Syafiqah mula diam. Tetapi mereka mengejek - ejek Nadha dari belakang.

Pada masa itu juga , Naufal Aiman dan Iman Akmal berjalan di hadapan mereka. Kaku Nadha di buatnya.

" Hai. " Naufal Aiman beramah mesra dengan mereka berlima. Wah ! Kembang Nadha dibuatnya.

" Hai.. " Nadha membalas dengan nada gedik. Naufal Aiman hanya tersenyum melihat gelagat Nadha.

Namun , Naufal Aiman memandang Aina sambil tersenyum. Geli Aina dibuatnya. Maklumlah , Aina alergi lelaki ataupun membenci lelaki.

Setelah beberapa minit , Naufal Aiman dan rakannya , Iman Akmal beredar dari situ. Tetapi , seribu tanda tanya berada di dalam minda Aina. Kenapa Naufal Aiman memandangnya sambil terseyum ? Adakah Naufal  Aiman telah jatuh cinta dengannya ? Ah ! Tak mungkin !

p/s : Ayat merepek meraban .. Tapi merepek itu forever awesome :p

Labels:

Post a Comment