Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 9 )
written by Opie on Saturday 9 February 2013
0 Comments


Hei , hello ! Lame gile x smbung fanfic ! Rase rindu pulak.. Mase kt skola ade wt jalan cite fanfic nih smpai habes sbb mase tuh boring dengar cekgu mmbebel lol :p Without wasting any time , aku kne smbung fanfic in sbelom kol 12 malam.. =D


" Ya Allah ! Betul ke ? Sekarang Aina berada di hospital mana ? " Puan Hazirah seperti tidak percaya.

" Dia berada di Hospital Penawar. " jawab Naufal Aiman. Suaranya seperti sedang melanda kerisauan terlampau.

" Baiklah. Makcik akan datang ke hospital itu sekarang juga. " Puan Hazirah terus menekan punat merah yang berada di papan kekunci telefon bimbitnya. Dia mahu segera datang ke hospital untuk melihat keadaan anaknya yang baru ditimpa kemalangan.

Sebaik perbualan antara Naufal Aiman dan Puan Hazirah berakhir , Siti betanya.

" Macam mana reaksi ibu dia ? " soalan mudah pun mahu tanya. Apalah Siti ini.

" Ibunya terkejut sahaja. " begitulah perangai Naufal Aiman. Sombong yang teramat. Jika orang yang tidak dikenalinya bertanya kepadanya , dia akan jawab sepatah sahaja. Jawab benda yang penting dan dia tidak mahu membazir air liur untuk bercakap. Agaknya ada emas di dalam air liurnya.

" Er , kakak. Kakak baliklah dahulu. Terima kasih sebab tolong saya hantar kawan saya ini ke hospital. " Naufal Aiman yang tidak mengetahui nama sebenar Siti memanggil Siti dengan gelaran kakak.

" Panggil Kak Siti sahaja. Jika ada apa - apa masalah , tolong contact kakak ya. " Siti memberi sekeping kad kecil yang tertera nombor telefonnya.

" Baiklah. Sekali lagi , terima kasih ya. Jumpa lagi. " Naufal Aimam memberi seyuman kepada Siti.

" Sama - sama. Kakak balik dahulu ya. Assalamualaikum. " Siti menuju ke arah pintu keluar lalu terus pulang ke rumah.

" Waalaikumussalam. "

Beberapa minit kemudian..

Puan Hazirah berlari menuju ke arah Naufal Aiman.

" Mana Aina ? Mana dia ? " Puan Hazirah bertanya tentang Aina.

" Err. Sabar , makcik. Sabar. Aina selamat. " Naufal Aiman mahu menyedapkan hati Puan Hazirah.

" Huh.. Alhamdulillah. Akhirnya , Aina selamat. " Puan Hazirah menarik nafas lega.

Tatkala itu , Dr. Faizah lalu dihadapan mereka berdua.

" Ini ibu kepada Aina Melinda , ya ? " Dr. Faizah inginkan kepastian.

" Ya , saya. Macam mana keadaan anak saya ? Dia okey kah ? " Puan Hazirah kerisauan walaupun mendapat tahu yang Aina selamat.

" Biar saya ceritakan di dalam pejabat saya. " Dr. Faizah malas untuk bercerita di lobi hospital itu kerana di situ ialah tempat awam. Biarlah beliau bercerita tentang Aina di dalam tempat yang private.

Di dalam pejabat Dr. Faizah..

" Puan Hazirah , keadaan Aina Melinda kritikal saat ini. Tetapi , tidak mengapa. Dia masih selamat. Cuma , dia koma. " Dr. Faizah memberitahu berita baik dan berita buruk tentang Aina.

" Koma ? " Puan Hazirah terkejut.

" Dia koma kerana kepalannya terkena hentakan yang kuat dan kemungkinan besar dia akan hilang ingatan semasa dia sedar. " satu lagi berita buruk yang disampaikan oleh Dr. Faizah.

" Bila dia boleh sedar ? " Naufal Aiman menyampuk.

" Itu saya tidak pasti. Yang pasti dia akan sedar dalam masa berbulan - bulan. Mungkin 1 bulan , 2 bulan atau 3 bulan. " Dr. Faizah menerangkan tentang keadaan Aina sekali lagi.

" Ya Allah. Lamanya ! " Puan Hazirah terkejut. Air matanya mula membasahi pipinya.

" Sabar ya , puan. Mungkin dia akan sedar dalam masa 3 bulan. Lebih baik puan mengajak orang yang Aina Melinda rapat ke wadnya. Mungkin dengan cara ini , Aina Melinda akan sedar dalam masa terdekat ? "

" Tidak mengapa. Saya kenal orang yang rapat dengan Aina. Saya akan mengajak mereka melawat ke wad Aina. " bersungguh - sungguh Naufal Aiman berkata demi kebaikan Aina.

" Bilakah kami boleh melawat Aina ? " Puan Hazirah tidak sabar - sabar untuk melawat Aina.

" Hari ini , puan tidak boleh melawatnya kerana dia masih di dalam keadaan kritikal. Mungkin lusa , puan boleh melawatnya. " keterangan Dr. Faizah membuatkan air mata Puan Hazirah semakin lebat.

" Baiklah , doktor. " Itu sahaja kata - kata yang mampu dikeluarkan oleh Puan Hazirah.

" Saya beredar dahulu , ya. " Dr. Faizah meninggalkan mereka berdua di dalam bilik berhawa dingin itu.

" Sabar ya , makcik. Ini ujian dari Allah. " Naufal Aiman menenangkan Puan Hazirah. Namun , air matanya semakin lebat. Puan Hazirah hanya mendiamkan diri. Siapa mahu melihat anak cedera sehingga koma ? Sepatutunya dia tidak mengizinkan Aina untuk pergi ke Bukit Layang - Layang pada waktu hujan. Dia menyalahkan dirinya.

" Sepatutnya makcik tak benarkan dia pergi ke sana pada waktu hujan ! " Puan Hazirah separuh menjerit. Dia seperti sudah berputus asa.

" Makcik , jangan salahkan diri sendiri. Makcik harus tabah. Jangan mudah mengalah. " Naufal Aiman menasihati Puan Hazirah. Sepatutnya , orang dewasa yang menasihati anak kecil. Ini , anak kecil pula yang menasihati orang dewasa. Dunia sudah terbalik.

Puan Hazirah terdiam. Namun , kesedihannya tidak dapat didiamkan.

Keesokkan harinya di SMK Pasir Gudang 3..

" Ish. Mana Aina ini ? Tak datang kah ? Selalunya kalau dia tak datang sekolah dia akan memberitahu kita. Tapi , kenapa dia tak beritahu ? " Nadha mengeluh.

" Sabarlah. Macam lah kau tak kenal kawan kau tuh. Dia kan suka datang lambat. " Syafiqah menyedapkan hati Nadha.

" Hello ! Kawan aku kawan kau juga okey ! " Nadha tidak senang dengan perkataan ' kawan kau '. Macam bermusuhan pula.

" Wei , itu Naufal Aiman ! " Irdina separuh menjerit. Tujuaannya untuk memberitahu Nadha.

" Hah ? Mana ? Mana ? " Nadha teruja.

" Amboi. Dengar nama Naufal Aiman jer terus lupakan kawan yang tak datang. " Syafiqah memerli Nadha.

" Ish ! Diamlah ! " Nadha memerhatikan Naufal Aiman yang menuju ke arah mereka berempat.

" Nadha , get ready ! " Dayah memerli Nadha sambil ketawa kecil.

" I'm always ready ! " Nadha terseyum sendirian.

Tatkala Naufal Aiman menghampiri mereka berempat , Nadha mengucapkan hai kepada Naufal Aiman.

" Hai ! " Nadha senyum sampai ke telinga , gembira kerana jejaka yang disukainya berada di hadapannya.

" Hai. " Naufal Aiman membalas tak ikhlas. Tujuannya bukan untuk bermesra dnegan Nadha , tetapi mahu memberitahu tentang keadaan Aina di hospital.

" Kenapa kau datang ke sini ? " Irdina bertanya tentang tujuan Naufal Aiman bertemu dengan mereka berempat.

" Nak tanya khabar pasal Nadha kah ? " Syafiqah tersenyum simpul.

" Huh ? " Naufal Aiman tidak mengerti.

Nadha yang terkejut akan kenyataan Syafiqah terus menekup mulut Syafiqah. Syafiqah meronta - ronta untuk dilepaskan.

" Tiada apa - apalah , Naufal. Syafiqah ini gurau sahaja. "  Nadha tidak mahu rahsianya terbongkar di hadapan Naufal Aiman.

" Sebenarnya , saya ada berita buruk untuk beritahu kamu semua. " Naufal Aiman menerangkan tujuannya.

" Berita buruk ? " mereka berempat terkejut.

" Ya. Aina dimasukkan ke hospital. " Naufal Aiman memberitahu mereka berempat tentang Aina. Sebab itulah Aina tidak datang ke sekolah pada hari ini.

" Hah ?! " mereka berkata hampir serentak.


Labels:

Post a Comment