Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 18 )
written by Opie on Friday 4 October 2013
0 Comments



Hai ! =D Yeah ! Sofhea dah freedom dh sekarang. So nak smbung wat fanfic pulak. ;)


Selepas 3 bulan..

3 bulan berlalu dengan begitu pantas. Aina masih belum sedar daripada komanya. Namun , kata doktor , mentalnya semakin stabil dan kemungkinan besar dia akan sedar dalam masa terdekat. Nysaa dan rakan - rakannya juga sudah tidak terlalu kerap membuli Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah. Naufal pula bersedih kerana perkara yang tidak dapat dielakkan.

Selepas waktu persekolahan , di padang sekolah...

" Fal , kenapa semenjak dua menjak ini aku lihat engkau sedih sahaja ? Kenapa ? Tentang Aina kah ? " Iman bertanya kepada rakan karibnya yang berubah sikap semenjak dua menjak ini.

Naufal diam. Tiada respon. Dia hanya mampu mengeluh sambil melihat padang sekolahnya yang lengang.

" Jawab lah. Ada emas kah dalam mulut kau itu ? " Iman cuba membuat lawak , namun lawaknya tidak berkesan pada Naufal.

" Man , aku harus pindah. " Naufal meluahkan masalahnya kepada Iman.

" Engkau buat lawak eh ? " Iman menyedapkan hatinya.

" Tak. " Naufal menjawab sepatah dengan nada yang sedih. Sangat sedih.

Mulut Iman terlopong. Berpindah ? Oh tidak ! Dia tidak mahu hilang satu - satunya rakan karib yang dia amat sayangi.

" T.. t.. tapi kenapa ? " Iman seperti tidak percaya kenyataan yang diberikan Naufal kepadanya. Adakah ini realiti atau hanya mimpi ? Dia menampar - nampar pipinya.

" Ayah aku. Ayah aku kena transfer ke KL. Aku tak mahu tinggalkan Pasir Gudang. Terlalu banyak kenangan aku di sini. " Air mata jantan Naufal hampir menitis. Namun , dia menahan air matanya. Baginya , lelaki yang menangis dianggap lemah dan tidak mempunyai sifat kejantanan yang kuat.

" Kenapa engkau tak halang ayah engkau ? " Iman seperti tidak mahu melepaskan Naufal pergi.

" Kalau aku halang , ayah aku nak buat apa di pejabatnya di sini ? Tempatnya akan diganti oleh orang lain. Dia akan dinaikkan pangkat di KL nanti. " Akhirnya , air matanya menitis jua. Namun , cepat - cepat dikesatnya air mata tersebut.

" Bila engkau mahu pindah ke sana ? " Iman menanyakan soalan kepada Naufal.

" Minggu hadapan. Barang - barang pun sudah dikemas. Hari Jumaat minggu ini , hari terakhir aku bersekolah di sini. Aku akan mengambil SPM di sekolah baharu aku. Tak dapatlah aku rasa susasana SPM di sekolah ini. Sayang sungguh. " Naufal menjelaskan panjang lebar.

" Kenapa tak mahu pindah selepas SPM sahaja ? Itu lebih bagus. " Giliran Iman pula yang menangis.

" Pada mulanya , aku pun fikir begitu juga, Tapi selepas aku bertanya kepada ayah aku , dia tidak mampu berbuat apa - apa melainkan terpaksa mengikut arahan majikannya. " Air mata Naufal semakin deras. Inilah kali pertama dia menangis sebegitu deras selama 17 tahun hidup di dunia ini.

Iman tidak mampu berbuat apa - apa. Dia senyap.

" Iman , janganlah sedih. Aku pasti engkau masih ada ramai lagi kawan di sini. Jangan lah harap aku seorang sahaja rakan karib engkau. " Naufal memujuk Iman yang kesedihan.

Iman masih senyap. Lalu , Naufal memeluk Iman sambil menepuk - nepuk belakangnya. Tidak ubah seperti si ibu memujuk anak.

" Janganlah menangis. Buruk tahu tak ? " Naufal mahu meredakan kesedihan Iman. Jika Iman sedih , dia pasti lebih sedih.

" Hah ! Aku lupa pula. Kalau aku pindah , engkau boleh dekat - dekatkan diri engkau dengan Nadha. Mesti dia suka punya ! " Naufal tersenyum pahit.

" Eh , ya tak ya kan. Bagus juga engkau pindah. " Iman ketawa.

" Kurang ajar , engkau ! " Bagi Naufal , ini mungkin kali yang terakhir dia bergurau dengan Iman. Selepas ini , Insyallah , mereka tidak akan berjumpa lagi.

Seminggu selepas itu..

Hari Isnin. Hari pertama selepas Naufal berpindah. Rasa kekosongan berada di hati Iman. Naufal sahajalah rakan yang paling baik dan paling awesome pernah dijumpainya. Susah juga menjadi anak pegawai polis ini. Dinaikkan pangkat sahaja , pasti akan dipindahkan di pejabat lain.

Iman mengerling jam tangan di tangan kirinya. Pukul 7 : 15 minit pagi. 15 minit lagi , perhimpuan rasmi akan bermula. Kebiasaannya , dia dan Naufal akan meronda sekeliling sekolah untuk memastikan tiada murid berada di bangunan sekolah sewaktu perhimpunan rasmi dijalankan. Nampaknya , hari ini dia terpaksa bertugas seorang diri.

Tiba - tiba , Nadha berjalan menghampirinya. Kehadiran Nadha membuatkan hati Iman yang sedih berbunga - bunag keriangan.

" Hai , Abang Iman ! " Gaya Nadha tidak ubah seperti watak Seol Han - na dalam drama bersiri Korea To The Beautiful You.

" Hai , Nadha. " Iman menjawab dengan penuh rasa kemachoan dalam dirinya.

" Mana Abang Naufal ya ? Nadha tidak nampak dia hari ini pun. " Nadha sengaja membuat muka comel.

Riak muka Iman berubah sekelip mata. Dia yang tadi ceria dengan kehadiran Nadha berubah menjadi riak muka yang sugul.

" Kenapa ni ? " Nadha kelihatan pelik dengan riak muka Iman yang tiba - tiba sahaja berubah.

" Naufal.. Naufal.. " Iman tergagap - gagap.

" Kenapa dengan dia ? ! " Nadha yang tadi membuat suara yang comel mula meninggikan suara.

" Naufal sudah pindah. " Iman menjawab dengan berat hati.

" Abang Iman main - main eh ? Nadha tidak suka orang yang suka main - main dengan Nadha ! " Nadha meningatkan Iman.

" Betul lah ! " Tidak percaya pula si Nadha ini.

" Apa ? ! Bila dia pindah ? " Nadha berasa sedih kerana prince charming nya berpindah tanpa pengetahuan orang lain.

" Baru sahaja semalam. Dia pindah ke KL. Ikut ayahnya yang telah ditranferkan ke sana. " Iman menjawab lemah.

" NO WAY ! " Nadha separuh menjerit. Dia terus berlari meninggalkan Iman yang sedang bersedih.

Kringggggggggg !!!! Tibalah masa untuk Iman menjalankan tugas seorang diri buat pertama kalinya.

Setelah tamat waktu persekolahan...

Sudah menjadi kebiasaan bagi Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah untuk melawat Aina setiap hari selepas tamat waktu persekolahan. Tetapi , Nadha kelihatan sedih pada hari itu. Sepatutnya dia berasa gembira kerana dia akan melawat rakan karibnya di hospital.

" Nadha , engkau ini kenapa ? Pelik sahaja aku lihat hari ini. " Dayah pelik dengan perangai Nadha.

" Entah. Pagi tadi baik sahaja mood engkau. " Syafiqah menyokong pendapat Dayah.

" Tiada apa - apa lah. " Nadha mengelak. Sebenarnya , dia malas dan masih bersedih kerana Naufal telah pun berpindah. Dia juga takut rakan - rakannya mentertawakan dirinya.

" Adoyai , engkau ini. Cakap sahaja lah. Kita kan BFF. " Irdina tiba - tiba menyampuk.

" Naufal , dia sudah pun berpindah ke KL. Sebab itu aku sedih. " Akhirnya , Nadha terpaksa mengalah.

" Hah ? Sudah pindah ? Biar betik engkau ini ? " Dayah seperti tidak percaya dengan kenyataan Nadha.

" Tidak mungkin lah aku mahu tipu engkau orang semua tentang jejaka yang aku suka ? Lagi - lagi jika dia berpindah. " Nadha rimas pula dengan rakan - rakannya yang selalu tidak percaya dengan kenyataannya.

" Hahahahaha , kesian engkau ! " Irdiana ketawa besar.

" Engkau ini kenapa mahu cari pasal dengan aku ? ! " Nadha yang tadinya duduk , bangkit memarahi Irdina. Orang sedang bersedih , dia senang - senang sahaja ketawa besar.

" Engkau orang ini. Janganlah bergaduh ! Engkau pun satu , Irdina. Orang sedang bersedih , engkau ketawakan si Nadha ini kenapa ? Engkau pun tahu kan si Nadha ini sensitif orangnya. " Syafiqah meredakan pergaduhan mereka berdua.

" Si Dina yang cari pasal. " Nadha duduk semula di atas kerusi yang telah disediakan di perhantian bas itu.

" Relaks lah ! Engkau ini , bergurau sedikit pun tidak boleh. " Naik menyampah Irdina dengan perangai Nadha yang terlalu sensitif ini. Macam kanak - kanak Ribena pula.

Nadha hanya membalas dengan jelingan tajam kepada Irdina. Dayah mengurut - urut belakang Nadha supaya bertenang manakala Syafiqah menasihati Irdina. Namun , nasihat Syafiqah ibarat mencurahkan air ke daun keladi.

Pertengakaran kecil antara Irdina dan Nadha berakhir dengan sebuah kenderaan awam yang amat dinantikan oleh mereka. Sebuah teksi berhenti di hadapan perhentian bas tersebut. Tanpa melengahkan masa , mereka pun menaiki teksi tersebut.

Sementara itu , di Hospital Penawar..

Puan Hazirah tidur di sisi Aina. Walaupun dia tidur dalam keadaan yang tidak selesa , dia sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya yang terlantar koma.

Tiba - tiba , mata Aina bergerak - gerak. Jarinya pun turut serta bergerak - gerak. Kepalanya tergeleng - geleng.

" Naufal... Naufal... " Aina menyebut nama Naufal. Namun , panggilannya tidak langsung mengejutkan Puan Hazirah dari tidurnya.

" Naufal.. Naufal... " Panggilannya yang kedua berjaya mengejutkan Puan Hazirah.

" Eh , Aina ? Aina sudah sedar ? " Puan Hazirah seperti tidak percaya yang anaknya sudah membuka mata semula setelah 3 bulan anaknya tidur tidak sedarkan diri.

Puan Hazirah cepat - cepat menekan punat berwarna merah untuk memanggil doktor dan misi - misi yang bertugas.

' Alhamdulillah , anak aku sudah sedar ! ' Bisik hati kecilnya.


Alhamdulillah , selepas beberapa bulan x update fanfic , inilah hasilnya. Sorry kalau ada typo error n kalau ayat berbunga - bunga sikit. Dah terlau biase buat karangan , ayat karangan pun dah dicmpur adukkan dalam karya hari ini. Hope you all will like and love my new episode here.

Labels:

Post a Comment