Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 2 )
written by Opie on Wednesday 12 December 2012
0 Comments


Assalamualaikum derr di luar sane ! Yey nak smbung fanfic sat..


' Eh , kenapa si Naufal tu pandang aku semacam , ha ? ' omel Aina di dalam hati. Kini , mindanya sudah dipenuhi seribu satu tanda tanya.

' Ah ! Biar sahaja lah dia itu. Bukan aku jatuh cinta pada dia pun. ' Akhirnya , Aina memutuskan untuk tidak menghiraukan reaksi Naufal Aiman padanya tadi.

" Pandai betul engkau menggoda Naufal Aiman tadi , kan ? " Irdina mengusik Nadha yang masih teripu malu.

" Aku kan Nadha Atiqah. Mestilah pandai. Hehehe. " Nadha memuji diri sendiri.

" Eleh , selalunya subject kau kebanyakkannya gred E kan ? " Dayah sengaja menyakitkan hati Nadha ketika itu.

" Aku pandai menggoda lah ! " Nadha mula naik berang apabila diperkatakan sebegitu.

" Janganlah marah , Nadha. Nanti aku panggil Naufal Aiman suruh dia hiburkan kau. Okey ! " Syafiqah yang muncul dari belakang menyampuk.

" Okey ! Aku setuju ! " reaksi muka Nadha sudah bertukar. Gembira yang teramat.

" Eh , Aina. Kenapa engkau termenung ? " baru Irdina perasan yang Aina tidak berkata apa - apa sejak terserempak dengan Naufal Aiman.

" Tak ada apa - apa lah. " Aina tidak mahu rakan - rakannya tahu tentang kejadian menjengkelkan tadi.

Kringgggggggg !!!!!!!!! Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan murid - murid Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3 harus berhimpun di tapak perhimpunan sekolah.

Kelas 4 Science 1 , selepas perhimpunan rasmi sekolah..

Memang beruntung kelas 4 Science 1 kerana mendapat guru kelas yang baik dan penyayang iaitu Puan Izza Marina. Beliau merupakan seorang guru yang digemari ramai dan disayangi oleh murid - murid Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3 terutamanya pada alirang tingkatan 4. Ini kerana Puan Izza Marina ditugaskan mengajar di aliran tingkatan 4.

Aina mengambil keputusan untuk mengambil tempat duduk di barisan ketiga. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Nadha kerana dia lebih rapat dengan Nadha berbanding Dayah , Irdina dan Syafiqah. Irdina dan Syafiqah mengambil tempat duduk di belakang Aina dan Nadha manakala Dayah mengambil tempat duduk di belakang Irdina dan Syafiqah bersama Imani Athirah , rakan yang tidak terlalu rapat dengannya.

" Okey , murid - murid. Jika anda sudah siap kerja yang saya beri , buat kerja sendiri secara senyap. Lebih elok jika mengulang kaji pelajaran. " suara Puan Izza Marina yang lantang jelas didengari oleh murid - murid kelas 4 Science 1. " Baik , puan. " kelas 4 Science 1 memberi respon sambil membuat kerja yang diberikan oleh Puan Izza Marina.

Setelah Aina , Nadha , Dayah , Irdina dan Syafiqah siap kerja yang diberikan oleh Puan Izza Marina..

" Dina , engkau sudah siap kerja ? " Nadha memusingkan badannya untuk bertanya kepada Irdina.

" Sudah. Engkau ? " soalan berbalik soalan.

" Sudah lah. Kalau belum , aku tak tanya. " riak muka Nadha nampak bosan.

" Hehehe. " Irdina hanya ketawa kecil.

" Piqah ? Sudah siap ? " Nadha berpaling ke Syafiqah pula.

" Sudah ! Eh , kita nak buat apa , ya ? " soalan berbalik soalan.

" Borak , jom ! " Irdina memberi cadangan.

" Ehem ehem ! " bunyi seseorang berdehem datang dari belakang. Rupa - rupanya , suara orang berdehem tadi datang dari Dayah.

" Amboi , kau orang nak borak tak ajak pun ! " suara Dayah ada sedikit nada merajuk.

" Alah , kita orang ingat engkau belum siap. Ialah. Sebelum ini engkau lah orang paling lambat siap kerja. " Nadha memerli.

" Soalan tadi kacang sahaja. Aku boleh siapkan dalam tempoh yang sedikit lah ! " Dayah memuji diri sendiri.

" Eleh.. " Irdina menunjukkan riak muka meluat.

" Eh , kenapa dengan Aina , ha ? Dari tadi dia diam sahaja ? " Syafiqah menukar topik.

" Ha'ah. Aku pun pelik. " Nadha setuju dengan soalan Syafiqah tadi.

Aina termenung sendirian. Dia tidak berminat dengan aktiviti yang dilakukan Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah. Dia hanya mahukan ketenangan seketika walaupun orang di belakangnya membuat bising kerana berborak.

Nadha bertindak berani dengan menegur Aina dan mempelawa Aina berborak bersama Syafiqah , Irdina dan Dayah.

" Aina , jom kita borak. Bosan lah. " Nadha mempelawa Aina.

" Tak nak lah. " hanya 3 patah jawapan dari Aina.

" Kenapa ? " Nadha inginkan kepastian.

" Aku bad mood hari ini. Kau orang nak borak , borak lah. Asalkan jangan libatkan nama aku. " Aina memberi alasan.

" Oh , okey. Kita orang tak kacau engkau. " Nadha mengambil keputusan untuk tidak mengganggu Aina kerana dia tahu yang Aina memang pantang dikacau apabila dia sedang bad mood.

Sebenarnya , Aina masih lagi memikirkan tentang kejadian pagi tadi. Sepatutnya , dia tidak perlu melayan pemikirannya tentang Naufal Aiman. Tetapi , pemikiran itu memang tidak boleh dipadam. Erh ! Ini memang merunsingkan Aina ketika ini.

Selepas waktu rehat..

Aina dan rakan - rakannya masuk ke dalam kelas sambil berbual - bual kosong. Namun , antara 5 orang itu , Aina lah yang paling senyap dan tidak banyak cakap. Dia masih memikirkan tentang kejadian pagi tadi.

" Aina , kau sudah okey ? " Nadha cuba beramah mesra dengan Aina walaupun dia tahu yang Aina sedang bad mood.

" Boleh la.." kata Aina acuh tak acuh sambil menyelak buku teks yang berada di atas mejanya.

Apabila dia menyelak muka surat 7 buku teks itu , alangkah terkejutnya Aina apabila terdapat sekeping kertas kecil yang berwarna.



Labels:

Post a Comment