Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 15 )
written by Opie on Friday 3 May 2013
0 Comments



Heyyo ! Lamenye x smbung fanfic ! Bz dengan Pra UPPM 2.. Hmmmm..



Keesokkan harinya di bilik guru..

" Nadha , saya mahu tanya awak sesuatu. " Puan Izza Marina bersuara.

" Tanya apa , cikgu ? " Nadha inginkan kepastian.

" Awak kah yang menyebabkan tayar kereta saya pancit ? " Puan Izza Marina bertanya dengan mimik muka yang marah.

" Eh , mana ada , cikgu ! " Nadha terkejut apabila dia dituduh sebegitu.

" Tapi kenapa tayar kereta saya pancit ? Sebelum saya datang kesekolah , tayar kereta saya masih elok sahaja. " Puan Izza Marina sedikit keras.

" Cikgu , saya berani bersumpah ! Saya tidak buat perkara itu ! " Nadha membantah.

" Sudahlah , Nadha. Saya tidak mahu dengar sebarang alasan daripada kamu. Sebagai denda , kamu harus membersihkan kawasan padang sekolah selepas waktu balik. Faham ? " Puan Izza Marina mendenda Nadha. Ini semua gara - dara Nysaa.

" Tapi , cikgu.. " belum sempat Nadha mahu menghabiskan ayatnya , Puan Izza Marina memotong.

" Tiada tapi - tapi. Kamu buat sahaja arahan yang saya amanahkan. Faham ? " Puan Izza Marina separuh menjerit.

" Faham , cikgu. " Nadha menundukkan kepalanya lalu berjalan keluar dari bilik guru itu. Kakinya terasa lemah.

' Ini semua gara - gara si Nysaa itu. Kau tak kenal siapa aku lagi. Ingatlah , Nysaa. Suatu hari nanti , aku akan kerjakan engkau ! ' Nadha mengomel di dalam hati. Perangai Nysaa memang sudah melampau. Dia harus memberi pengajaran yang setimpal pada Nysaa.

Di dalam kelas..

" Nadha , apa yang Puan Izza cakap dengan engkau tadi ? " Dayah ingin tahu.

" Kena marah. " Nadha menjawab ringkas.

" Kena marah ? Kenapa ? " Irdina tiba - tiba menyampuk.

" Aku kena tuduh pancitkan tayar kereta Puan Izza. " Nadha mengeluh.

" Hah ? " mata Dayah terbuntang luas.

" Tak perlu nak terkejut sangat lah ! " Nadha menjeling.

" Biar betik ? Habis itu , apa denda yang dikenakan ? " Irdina terkejut sedikit. Biasalah , budak - budak sekolah menengah memang nakal.

" Aku kena bersihkan kawasan padang. Sudahlah padang itu penuh dengan sampah sarap , cuaca pula panas terik. Haish ! Ini semua Nysaa punya pasal. " Nadha menyalahkan Nysaa.

" Baru aku ingat , Nysaa yang suruh engkau hantar beg Puan Izza ke keretanya. Ini mesti muslihat Nysaa. " riak muka Irdina seperti seorang detektif yang handal menyelesaikan kes - kes yang rumit.

" Hei , engkau orang cerita pasal apa ? " Syafiqah tiba - tiba menyampuk perbualan mereka.

" Sya , janganlah bising sangat. Nadha tengah panas hati ini. " Dayah yang dari tadi terdiam bersuara.

" Ha ? Panas hati ? Kenapa engkau panas hati ? Si Nysaa itu kacau engkau kah ? " soalan bertubi - tubi dikeluarkan dari mulut Syafiqah.

" Yalah , siapa lagi. Aku pun tak tahu apa salah aku pada dia. Sekarang ini , aku kena tuduh pancitkan tayar kereta Puan Izza. Dan sebagai denda , aku kena bersihkan kawasan padang yang kotor itu ditambah lagi dengan cuaca yang sangat terik ! " Nadha berkata dengan perasaan yang sangat marah.

" Aku rasa , dia marah sebab engkau rampas Naufal Aiman dari dia agaknya. " Dayah mengeluarkan kata - kata pedas.

" Hei , sorry. Dia yang rampas Naufal dari aku ! Nak salahkan aku pula. " Nadha semakin bengang.

" Sudahlah ! Jangan lah gaduh ! Kalau engkau orang bergaduh sekalipun , masalah ini tidak akan selesai. " Irdina memarahi Dayah dan Nadha.

Mereka semua terdiam seketika. Selepas beberapa saat , Dayah bersuara.

" Apabila engkau cakap macam itu , aku rindu Aina pula. " air mata Dayah hampir menitik.

" Betul cakap Dayah. Aku rindu Aina sangat - sangat ! " Syafiqah bersuara.

" Aku pun rindu Aina. " Irdina mengeluh.

Cuma Nadha sahaja yang tidak meluahkan apa - apa. Perasaan Nadha kini marah bercampur sedih dan rindu.

Pukul 1 : 50 petang..

" Engkau orang , boleh temankan aku bersihkan kawasan padang selepas ini ? " Nadha bersuara sambil memasukkan buku - buku miliknya ke dalam beg.

" Aku boleh sahaja. " Syafiqah tersenyum.

" Aku malas lah.  Tapi , demi Nadha , aku sanggup buat apa sahaja. " Dayah bersuara.

" Jiwangnya ayat ! " Irdina meluat apabila mendengar Dayah berkata seperti itu.

" Biarlah ! Apa masalah engkau ? " Dayah tidak puas hati.

" Sudahlah ! Jangan bergaduh ! " Syafiqah sedikit tegas.

" Engkau orang semua setuju untuk temankan aku ? " Nadha masih tertanya - tanya.

" Ya , aku setuju. " Irdina bersuara sedikit kasar.

Di padang sekolah..

" Panasnya cuaca hari ini ! " Dayah mengeluh.

" Banyaknya sampah ! " giliran Irdina pula mengeluh.

" Semua itu tak penting. Apa yang penting , kita harus bersihkan kawasan padang ini dengan cepat. Nanti aku tertinggal van pula. " Nadha tidak ambil peduli dengan keluhan Irdina dan Dayh tadi.

Syafiqah terdiam seketika. Dia memerhati segenap pelusuk padang sekolah itu. Dia terdengar suara beberapa orang ketawa tetapi tidak diketahui mana orangnya itu.

Tiba - tiba , Syafiqah mendapati beberapa orang pelajar perempuan sedang merokok di bawah sebatang pokok.

" Hei ! " Syafiqah tiba - tiba menjerit.

Budak perempuan yang dimaksudkan Syafiqah tadi terkejut dan terus lari. Puntung rokok ditinggalkan sahaja di situ.

Nadha , Irdina dan Dayah yang dari tadi berborak terjekut akan pekikan suara Syafiqah.

" Sya , kenapa kau nih ? " Dayah bertanya kepada Nadha dengan sedikit nada marah. Mana tidaknya , tiba - tiba sahaja menjerit tidak tentu pasal. Terkejut orang dibuatnya.

" Ada 3 budak perempuan merokok tadi. Dia orang sudah lari. Kita kena beritahu Puan Dinie ! "

" Eh , jom pergi tengok bawah pokok tuh ! " Nadha terus berlari ke arah pokok tadi.

Apabila mereka berempat tiba di situ , Dayah terus memegang puntung rokok itu. Tangannya sedikit gatal pada ketika itu.

Tiba - tiba..

" Hoi ! Kau orang merokok , ya ?! " Amirul , ketua pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3 menjerit ke arah Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah.



p/s : Sorry yer ayat yang blocquote terakhir tu sedikit pfft -_____- x tau la nape tpi mungkin dah lame aq postponed episode nih , tulah yang mcm tergese - gese nk wat.. Tkut orng marah.. Puihh , mcm ade orng nk bace.. -___-

Labels:

Post a Comment