Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Diyaa Dalam Hati Masih Ada Taman ( Part 6 )
written by Opie on Friday 16 December 2011
0 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger ! Sye nk smbung Fanfic ! Jangan Kacau ! Ngeee ! =D


Pukul 9 : 45 pagi..

" Assalamualaikum.. Nek Biah.. " terdengar satu suara perempuan memberi salam. " Waalaikummussalam.. Hai.. Siapa pula yang datang ini ? Tidak akan Mak Nab mahu mengambil baju itu ? Sedangkan dia baru menghantarnya semalam. " Nek Biah menjawab salam sambil membebel. Ketika membuka pintu , " Eh.. Puan ini siapa ? Nak tempah baju ke ? " tanya Nek Biah apabila mendapati seorang perempuan bertudung hitam muncul di hadapan rumahnya. " Ehh.. Tidak la.. Saya Azlina. Jururawat di SK Bandar Seri Putra. " jawab Pn. Azlina. " Ehh.. Puan.. Silalah masuk... " belum sempat Nek Biah mempelawa Pn. Azlina , Pn. Azlina mencelah. " Ehh.. Usah susah - susah. Saya datang sini sebab nak cakap sesuatu dengan nek. " Pn. Azlina berterus terang. " Kalau nak cakap sesuatu pun naik la rumah dahulu. Waktu begini memang panas. " Nek Biah tetap dengan pelawaannya. " Err.. Baiklah.. " Pn. Azlina tidak mahu mengecilkan hati Nek Biah. Oleh itu , dia menerima pelawaan itu.

" Baiklah , apa hajat cik mahu datang ke sini ? Mahu membincangkan apa ? " tanya Nek Biah penuh sopan. Tanpa membuang masa , Pn. Azlina pun memulakan cerita. " Astagfirullahalzim ! Puan , kenapa boleh terjadi macam itu ? " Nek Biah terkejut. Gelisah dan risau teramat sangat muncul di dalam hati. " Pelajar - pelajar yang lalu - lalang di situ kata Diyaa marah kepada Haziq kerana Haziq menegur Diyaa tidak memakai tudung. Diyaa mula naik angin dan menolak Haziq dengan kuat. " terus terang Pn. Azlina menjawab. " Macam mana keadaan Haziq sekarang ? " Nek Biah bertambah risau. Perasaannya risau bercampur marah. Marah membuak - buak kepada Diyaa. " Haziq tidak apa - apa. Tadi , saya menghantar Haziq ke hospital. Doktor kata tulang punggung Haziq hampir retak. Haziq masih boleh berjalan. " jawab Pn. Azlina. Nek Biah lega sedikit. Tetapi masih risau jika tulang Haziq retak. Teruk nanti Nek Biah mahu bekerja membayar kos hospital. " Haziq di mana sekarang ? " tanya Nek Biah. " Dia di bilik kesihatan. Dia kata punggung dia masih sakit. Saya bagi dia rehat di bilik kesihatan sahaja. Jika dihantar pulang , Haziq ketinggalan pelajaran. Maklumlah , UPSR lagi 5 bulan. " jawab Pn. Azlina panjang lebar. " Oh. Jaga dia baik - baik. " hanya itu sahaja pesanan Nek Biah mengakhirkan perbualan mereka. " Nek , saya pergi dahulu. Assalamualaikum " ucapan selamat tinggal disebut oleh Pn. Azlina. " Waalaikummussalam " sepatah Nek Biah menjawab. Kereta Viva berwarna hitam berlalu dari situ. Nek Biah hanya memerhatikan kereta itu dengan hati yang resah.


Pukul 1: 55 petang..

" Assalamualaikum.. Nek.. " kedengaran 1 suara budak lelaki yang cukup Nek Biah kenali. " Waalaikummussalam.. Haziq.. Tunggu ye ! " sahut Nek Biah kelam kabut. Bimbang cucunya di apa - apakan. Selepas membuka pintu , Nek Biah terus memeluk Haziq dengan erat. " Haziq ! Kenapa Diyaa buat macam ini cu ? " tanya Nek Biah sambil menangis di dalam pelukan itu. " Buat apa Nek ? " tanya Haziq terpinga - pinga. " Diyaa buat Haziq sampai terjatuh ya ? Selepas itu Diyaa buat Haziq sampai Haziq punya tulang punggung hampir retak ya ? " tangisan Nek Biah semakin lebat. " Ia.. Ia betul. Tetapi Haziq tidak apa - apa , cuma sakit sedikit. " Haziq menjawab dengan tenang. " Haziq. Dengar sini. Jika Haziq patah tulang tadi , mana Nek nak cari duit ? Mana Nek nak cari kerja ? Nek sudah tua cu.. " kata Nek Biah sambil mengusap - usap rambut Haziq. " Mari cu , kita masuk. Diyaa mana ? " pelawa Nek Biah sambil menyanyakan soal Diyaa. " Dia kata dia ada hal. " jawab Haziq ringkas. " Ialah. Mari masuk cu. " Nek Biah berhenti menangis.

Pukul 3 : 00 petang..

" Diyaa , lambat balik ! " Nek Biah bercekak pinggang apabila melihat Diyaa baru balik. Entah ke mana Nek Biah pun tidak tahu. " Saya ada hal. " tiga patah sahaja jawapan Diyaa. " Hal apa ? Dengan siapa ? Di mana ? " berbuih - buih solan dikeluarkan dari mulut Nek Biah. " Ada la hal berkaitan sekolah. Dengan Tipah. Di kolam Block A. " jawapan yang ditunggu - tunggu Nek Biah sudah dikeluarkan dari mulut Diyaa sendiri. " Hal apa yang penting sangat ini ? Sekarang sudah pukul berapa ? Tadi habis sekolah pukul berapa ? 2 jam persekolan habis baru balik ? " Nek Biah separuh menjerit. Haziq yang berada dalam bilik cuma mendiamkan diri dan curi - curi dengar. " Saya ada kerja sekolah yang saya tidak tahu ! Itu sahaja ! " kini , Diyaa pandai melawan kata - kata Nek Biah. " Pandai melawan sekarang. Apa kamu buat dengan Haziq tadi ? " Nek Biah tukar topik. " Saya tolak dia. Kenapa ? " jawapan yang selamba. " Kamu tolak dia sampai tulang dia hampir retak ? Kamu tahu tak ? Kalau tulang punggung retak , kita tak boleh jalan ? Kalau Haziq tidak boleh jalan , siapa mahu bayar duit hospital ? Nek tidak kerja , cu. Yang selama ini menolong cuma orang kampung sahaja ! " Nek Biah membebel. " Saya tak kisah. " itu sahaja jawapan yang diberi Diyaa. Selama perbualan ini , Nek Biah tidak perasan sesuatu. " Kenapa kamu tidak pakai tudung ? Jawab ! " Nek Biah menjerit terbatuk - batuk. " Saya rimas. Lagipun , sekarang kan musim panas. " jawapan yang tiada perasaan bersalah. " Sudahla , Nek. Saya penat. Nek mahu kopi ? " Diyaa malas mahu melayan kerenah Nek Biah. Mengakhirkan perbualan adalah lebih selamat. " Tidak mahu. Nek sudah minum tadi. " itu sahaja jawapan Nek Biah. " Jangan jual mahal , Nek. Mungkin esok atau lusa tiada kopi lagi. Baru Nek menangis. " Diyaa menyindir. " Hmm.. Baiklah. " Nek Biah mengakhirkan perbualan antara mereka dengan menerima pelawaan Diyaa.

Sebaik Diyaa meletakkan gula di dalam kopi yang pahit itu ,  Diyaa membaca sesuatu. Seperti mantera. Selepas pembacaan itu berakhir , Diyaa mengacau kopi itu. " Engkau suka marah aku ? Ingat aku ini apa ? Rasakan " Diyaa melepas geram dengan bercakap seorang diri. Di ruang tamu , Diyaa memberi Nek Biah kopi yang telah dia buat. " Nek , ini kopinya. " Diyaa memberi kopi itu dengan senyuman sinis. " Terima kasih. " ucapan terima kasih yang agak tidak manis. Seperti dipaksa perasaan. " Diyaa masuk bilik dahulu. " Diyaa terus beredar. Meninggalkan Nek Biah seorang diri. Sebaik pintu ditutup , terdengar suara wanita tua menjerit . " Nek ! Kenapa ini ? " Haziq menjerit apabila melihat Nek Biah terbatuk - batuk. Kahak Nek Biah sudah dipenuhi darah.


Bersambung..

Labels:

Post a Comment