Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 14 )
written by Opie on Wednesday 27 March 2013
0 Comments


Heyooo ! Aku nk smbung fanfic secepat mungkin sbb malam nih aku dah kene wat homeworkk.. Hmm.. Hidup ini sangat menderita =(



Keesokkan harinya , Dataran Perhimpunan , jam 7 : 15 pagi..

" Macam mana kau orang semua ? Seronok berpesta dengan habuk semalam ? " Nysaa menegur Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah.

" Seronok juga la sebab ada Naufal Aiman ! " Nadha sengaja mahu menyakitkan hati Nysaa. Dia tahu bahawa Nysaa meminati Naufal Aiman sejak tingkatan 1 lagi.

Muka Nysaa naik merah. Dia marah kerana plan untuk membuli mereka berempat berkecai kerana kehadiran Naufal Aiman. Nysaa tahu bahawa mereka berempat pasti gembira dengan kehadiran Naufal Aiman. Jadi , memang pastilah mereka berempat gembira dan rasa marah tidak mencengkam perasaan.

" Kenapa ? Marah kah ? " Dayah menyampuk.

Nysaa masih terdiam. Naik risau Mida dan Ayinn melihat keadaan rakannya yang hampir mahu bertukar menjadi Incredible Hulk.

" Janganlah marah , Nysaa. " Irdina bersuara.

" Kau orang berempat memang sengaja nak sakitkan hati kami , ya ? "  Nysaa naik berang.

" Ha'ah ! " Syafiqah membalas sepatah.

" Kau orang akan menyesal hari ini ! Lihatlah ! " Nysaa memberi amaran lalu beredar dari situ.

" Eleh , cemburu lah itu. " Syafiqah memerli Nysaa. Namun , Nysaa tidak mengendahkannya. Hari ini , dia akan merancang plan baharu yang akan membuat mereka berempat menyesal.

Di suatu sudut..

" Apa plan lain yang boleh kita rancang , ha ? " Ayinn bersuara.

" Kau ini. Cakap sahaja. Fikirlah dahulu ! " Mida memarahi Ayinn.

" Okey. I'm sorry. " Ayinn meminta maaf.

Setelah beberapa minit mereka bertiga mendiamkan diri , tiba - tiba , dengan penuh keyakinannya Nysaa memetik jari lalu bersuara.

" Hah ! Aku ada idea ! " riak muka Nysaa seperti terjumpa harta karun di depan matanya. Matanya terbuntang luas ! Riak mukanya sangat menakutkan.

" Apa dia ? " Ayinn berminat dengan idea yang akan dibentangkan oleh Nysaa sebentar lagi.

" Mari sini , aku bisik. " Nysaa terus mendekati telinga Mida dan Ayinn untuk memberitahu tentang plan untuk mengenakan Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah.

Setelah beberapa minit berbisik , akhirnya Mida bersuara.

" Good idea , Nysaa. I love the idea ! " Mida berbahasa Inggeris. Konon pandai la tu.

" Aku pun suka idea engkau ! " Ayinn menyokong Mida yang menyukai idea Nysaa.

" So , kau orang semua sudah bersetuju ? " dengan nada yang gedik , Nysaa berkata.

" Sudah ! " Ayinn dan Mida menjawab sepatah.

" Okey , kita akan mulakan tugasan kita tengah hari ini. " Nysaa berkata sambil tersenyum.

Sebelum balik , pukul 1 petang..

" Saya harap , kerja rumah yang telah saya bekalkan kepada kamu semua dapat disiapkan. Esok , saya akan check seorang demi seorang. Faham ? " kedengaran suara Puan Izza Marina di dalam kelas 4 Science 1.

" Faham , cikgu ! " suara malas murid - murid kelas 4 Science 1 kedengaran. Mana taknya , masing - masing sudah terbayangkan PSP ataupun katil di rumah.

" Terima kasih , Puan Izza. " Ashraf , ketua kelas 4 Science 1 bersuara dengan kuat.

" Terima kasih , Puan Izza. " murid - murid kelas itu menyahut kata - kata Ashraf sebentar tadi.

" Err , cikgu ! " tiba - tiba , Nysaa menuju ke arah Puan Izza Marina.

" Ya , Nysaa. Ada apa - apa masalah yang boleh saya bantu ? " Puan Izza Marina bertanya dengan nada lembut dan sopan santun.

" Boleh tak saya tolong cikgu bawa beg cikgu ini ke dalam kereta cikgu ? " Nysaa membawa beg berisi komputer riba milik Puan Izza Marina.

" Errr. Boleh. Nah , ambil kunci kereta cikgu. " Puan Izza Marina acuh tak acuh. Dia seperti tidak mempercayai dengan sikap Nysaa.

Semasa Nysaa hendak melangkah keluar dari kelas , tiba - tiba , dia meragam.

" Aduh ! Sakitnya perut saya ! Err , cikgu. Saya hendak ke tandas. Boleh tak jika cikgu suruh Nadha yang hantarkan beg cikgu ini ? Saya sudah tidak tahan ini. " Nysaa menyebut nama Nadha yang membuatkan Nadha terkejut.

Puan Izza Marina hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat Nysaa berkelakuan sebegitu.

" Nadha , mari tolong cikgu hantarkan beg ini ke kereta cikgu , ya. " Puan Izza Marina menyuruh Nadha membawa begnya ke dalam kereta.

" Baik , cikgu. " nak tak nak , Nadha terpaksa menolong guru kelasnya itu. Ini semua gara - gara Nysaa.

Ketika di tempat parkir kereta..

Nadha mendekati kereta berjenama Proton Exora berwarna merah milik Puan Izza Marina.

" Ish , Nysaa ini. Kenapa aku juga yang kena hantar beg ini ? Macam tiada orang lain pula. " Nadha mengeluh sambil mengesat peluh di dahinya.

Nadha terus menekan punat yang terdapat di kunci kereta Proton Exora itu. Lantas , dia meletakkan beg itu di sebelah tempat duduk pemandu.

" Phew , habis juga kerja aku. "

Nadha terus mengunci kereta Proton Exora itu. Lalu , dia menuju ke pejabat untuk memulangkan kembali kunci kereta milik Puan Izza Marina.

Tatkala Nadha sudah hilang dari pandangan , Nysaa , Ayinn dan Mida terus keluar dari tempat persembunyian mereka.

" Sekarang , aku mahu kau orang semua pancitkan tayar kereta ini. Jangan sampai seorang pun nampak apa yang kita buat ini. " Nysaa mengarahkan Ayinn dan Mida.

" Okey ! " Ayinn dan Mida menjawab sepatah lalu terus melaksanakan tugas mereka.

' Tak sia - sia aku berlakon sakit perut tadi. ' kata Nysaa di dalam hati sambil giat memancitkan tayar kereta Puan Izza Marina.

Semasa balik..

Puan Izza Marina menuju ke arah kereta miliknya. Dia berjalan sambil menyanyi lagu Siti Nurhaliza yang berjudul Cindai.

Tatkala dia tiba di keretanya , alangkah terkejutnya dia apabila melihat keempat - empat tayarnya telah pancit.

" Nadha ! "


Labels:

Post a Comment