Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Lonely
written by Opie on Tuesday 29 May 2012
0 Comments


Assalmualaikum korang korang ! Untuk menghilangkan rse boring yng amat , Sofhea nk smbung oneshot.. Yeahh.. Oneshot.. Mcam fanfic tpi 1 episod jerr... Ok.. Tnpe kite buat kerepek agi , jum start..



Jam 6 pagi di Penjara Pudu..
Banduan lelaki itu menjengah ke luar tingkap. Dia memikirkan tentang nasibnya. Dia akan berada di dalam bilik yang gelap dan menyeksakan selepas ini iaitu di bilik gantung. Jadi , inilah kali terakhir dia melihat dunia. Tiba - tiba , seorang lelaki yang segak dan bergaya dengan baju polisnya datang membuka kunci sel banduan itu. Banduan itu hanya menyerah. Dia tidak mampu berbuat apa - apa. Lelaki itu menyarungkan kain hitam yang agak tebal di atas kepala banduan itu.

Bilik gantung Penjara Pudu..
Kepala banduan itu digantungkan di sebuah tali yang berbentuk bujur itu. " Abdul Majid B. Muhammad , aku jatuhkan hukuman gantung sampai mati hari ini akibat membunuh Johan B. Razak , 21 tahun di rumah mangsa. " kata seorang lelaki lengkap bersut hitam. Di dalam kain tebal itu , Majid menangis. Dia tidak menyangka ajalnya berada di tali gantung. Tiba - tiba , pintu yang dipijak Majid terbuka. Majid mati akibat tali lehernya terputus.

10 tahun kemudian..
Nasha berjalan di kaki lima sebuah kedai seberneka. Sambil dia berjalan , dia terkenang akan peristiwa yang berlaku 10 tahun lepas. Ayahnya mati di tali gantung ketika dia berusia 7 tahun. Emaknya pula telah dicampakkan di dalam neraka dunia iaitu di penjara akibat mengedar dadah 5 tahun lalu. Adiknya pula , Nana dan Natasya telah dihantar ke keluarga yang lebih berada. Apa yang lebih malang , keluarga itu tidak mahu menerima Nasha kerana dia sudah besar. Sedih. Perut dia kini sedang menyanyi. Dia lapar. Tiba - tiba , ada seseorang menyergah dari belakang. " Nasha ! Kau pergi mana ? Aku cari kau dekat belakang , tiada pun ? " kata suara itu. " Ala , aku jalan - jalan sahaja. Engkau dapat makanan tak ? " tanya Nasha. "  Misi Mat sememangnya berjaya ! " kata lelaki yang lebih dikenali sebagai Mat dengan bangga. " Eleh , engkau dapat apa ? " tanya Nasha tidak puas hati. " Aku dapat roti satu buku " kata Mat. " Hek eleh , itu sahaja yang engkau boleh dapat ? Jangan bangga sangat ! " kata Nasha. " Eh , sekurang - kurangnya , aku dapat. Daripada engkau , langsung tak ! Nak masuk kedai pun takut ! " kata Mat dengan angkuh. " Sudah lah , aku malas mahu layan engkau. Bak sini ! " kata Nasha sambil merampas roti itu dari tangan Mat. Mat tersenyum angkuh.

Sementara itu..
" Aku benci engkau ! Pergi dari sini ! Jantan tak guna ! " jerit Aini sambil mencampak sesuatu ke arah suaminya. " Diam !!!! " jerit suami Aini. " Engkau pergi ! Aku benci engkau ! Jangan sesekali engkau pijak rumah ini lagi ! Pergi ! " jerit Aini. " Okay , aku pergi.  Aku pun tidak inginlah nak pijak rumah perempuan murahan macam engkau ! " kata suami Aini sambil menarik bagasinya. " Pergi !!! " jerit Aini lagi. Perasaan marahnya membuak - buak. Jantan tidak guna !

Pukul 11 malam..
' Sampai bila aku mahu tidur di kaki lima ini ? ' omel Nasha di dalam hati. Dia terpaksa akur akan hidupnya kini. Tidur di kaki lima , makan makanan yang dicuri , peminta sedekah ! Oh ! Dia tidak sanggup ! Akibat terlalu penat , dia pun melelapkan mata tanpa menhiraukan angin bayu malam itu yang sejuk.

Seminggu berlalu..
Kini , Siti Aini Bt. Kamaruddin dan Indra B. Zulkiply disahkan bukan suami isteri lagi. Bagi mereka berdua , hidup tanpa pasangan adalah lebih baik daripada mempunyai pasangan sehidup semati. Buat sakit hati sahaja. Dan mulai hari itu juga , mereka ke haluan masing - masing. Indra ke Jepun manakala Aini hanya duduk di rumah. Dia sunyi. Tiada tempat dia mahu bermanja. Tiba - tiba , terlintas di dalam kepala Aini mahu membuat kempen mencari anak angkat. Ya ! Anak angkat ! Anak juga. Dia sudah tekad. Esok juga dia mahu melancarkan program itu.

2 minggu selepas itu..
Nasha sedang memakan roti yang dicurinya di kedai serbeneka. Tiba - tiba , Mat memanggil Nasha dengan cemas. " Nasha , Nasha !! " jerit Mat. Nasha tersedak. Hmapir kehilangan nyawa. Nasib baik ada air mineral di sisinya. " Engkau ini ! Buat aku hampir hilang nyawa tahu ~! " marah Nasha. " Sorry , geng. Tadi aku pergi  shopping complex. Tiba - tiba , aku ternampak ' Pencarian Anak Angkat Bagi Siti Aini Bt. Kamaruddin ' . Aku rasa ini peluang terbaik buat engkau ! " kata Mat. Nasha terkejut. " Biar betik ! Ohh ! Terima kasih , friend ! Kau memaang kawan baik aku ! Sekarang juga aku pergi ! " kata Nasha. Mat hanya menangguk. Dia melihat gelagat Nasha yang over exited itu.

3 petang..
Nasha mengemaskan pakaian yang dipakainya itu. Rambutnya yang panjang dan tidak terurus itu juga dirapikan. Dia tidak mahu kelihatan selekeh di hadapan ' ibu angkat ' nya itu. Dia meluru ke arah kempen itu yang berada di  food court shopping complex itu.

Beberapa minit kemudian..
" Sila perkenalkan tentang diri awak. " kata Aini. " Nama saya Nasha Nabilah Bt. Abdul Majid. Umur saya 17 tahun. Ya , tahun ini saya akan menghadapi SPM tetapi sejak saya kecil , saya tidak bersekolah kerana keluarga saya tidak mampu untuk sekolahkan saya. Saya mempunyai 3 adik - beradik termasuk saya. Saya ialah yang sulung. Adik saya bernama Nana Najieha dan Natasya Nadiah. Mereka adalah pasangan kembar yang baru berumur 7 tahun. Mereka tidak tinggal bersama saya sebaliknya tinggal bersama keluarga yang berada. Ayah saya sudah mati di tali gantung 10 tahun yang lalu. Ibu saya pula telah meringkuk di dalam penjara 5 tahun lalu. Kini , saya tinggal bersendirian. Saya tidur di kaki lima kedai , makan makanan yang dicuri dan suka menimbulkan masalah. Saya harap Pn. Aini dapat mengambil saya sebagai anak angkat Pn. Aini. " Nasha memperkenalkan dirinya dengan panjang lebar. Tanpa menyedari , air mati mula mengalir deras di pipi putih Nasha. Aini bersimpati akan kehidupan Nasha itu. Tanpa usul periksa , dia terus mengambil Nasha sebagai anak angkatnya.

Malam itu..
Nasha terpegun akan kecantikan dan keteguhan banglo Aini. Dia tidak sangka bahawa hidupnya berubah dalam masa sehari sahaja. Tidak percaya langsung ! " Nasha , selepas ini , Nasha jangan panggil mama Pn. Aini ya. Panggil sahaja mama. Sekarang , Nasha sudah jadi anak angkat mama. " kata Aini. " Baik , mama " jawab Nasha.

Bilik Nasha..
' Woww ! ' jerit Nasha di dalam hati. Walaupun bilik tidurnya hanya sederhana besar , tetapi ia cukup wonderful bagi Nasha. Warna bilik tidurnya ialah merah + hitam. Bilik ini lengkap dengan penghawa dingin , televisyen dan PS2. Terdapat juga balkoni yang agak kecil di luar bilik tidur Nasha. Walaupun kecil , dia boleh melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam. " Nasha , harap kamu suka dengan bilik tidur kamu yang tidak seberapa ini. " kata Aini. " Ma , ini bilik yang paling wonderful buat Nasha. Nasha tidak sangka dari tidur dekat kaki lima kedai boleh tidur dekat bilik yang selesa ini ! " jawab Nasha exited tak terkata. Aini hanya tersenyum. " Kalau Nasha mahu apa - apa , panggil mama sahaja. " kata Aini. " Baik , mama " jawab Nasha. Aini menutup pintu bilik tidur Nasha. Nasha bersorak keriangan. " Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy !!!!!!!!!!!!! "

Seminggu berlalu...
" Nasha , kamu tidak mahu bersekolahkah ? " tanya Aini ketika Nasha sedang menonton televisyen di ruang tamu. " Mama , sekarang ini bulan Oktober. Tidak lama lagi sudah akhir tahun. Buang masa sahaja. Baik Nasha sekolah tahun hadapan sahaja. " Nasha memberi alasan. Sebenarnya , dia malas mahu belajar. " Kalau macam itu , tahun hadapan Nasha masuk Tingkatan 6 sahajalah. " kata Aini. " Ma , Nasha tidak mahu sekolahh menengah lagi. Nasha mahu masuk kolej. " kata Nasha. " Ok , kalau macam itu , mama akan daftarkan Nasha masuk UiTM. Mahu ? " tanya Aini. " Boleh juga. " kata Nasha.

6 bulan berlalu..
Sudah genap 6 bulan Nasha menjadi anak angkat Aini. Selama 6 bulan inilah hati Aini dan Nasha berbunga keriangan. Sejak Nasha melanjutkan pelajarannya di UiTM , dia telah mendapat ramai kawan. Tidak seperti dahulu. Hanya Mat sahaja yang boleh dipercayai. Sekarang ini pun Nasha sudah rindu akan Mat. Di UiTM ini juga , dia telah mendapat boyfriend nya yang agak kacak bernama Syafik Ilham. Sudah hampir 2 bulan mereka bersama. Namun , tidak merancang untuk kahwin. Sehinggalah satu hari.. " Nasha , sudikah awak jadi bidadari hidup saya ? " kata Syafik. " Syafik ! Are you kidding ? Kita masih kecil lagilah untuk bernikah. " Nasha menolak. " Tetapi saya tahu , kita sudah cukup umur untuk mendirikan rumah tangga. " kata Syafik lagi. " Bukan saya tidak mahu.. Tapi mama saya.. " belum sempat Nasha menghabiskan ayatnya , Syafik memotong. " Kita kahwin lari ? Malam ini awak packing barang. Saya tunggu. " kata Syafik. Nasha berfikir sejenak. Betul juga kata Syafik itu. " Okay , baby. I promise. " kata Nasha. Syafik tersenyum.

Di rumah Aini..
Nasha cepat - cepat mengemas pakaiannya. Takut - takut ibu angkatnya menyedari bahawa dia akan keluar dari rumah itu. Tanpa disedari , Aini berlalu di hadapan bilik Nasha. Dia pelik. " Nasha , kenapa kamu packing barang ini ? " tanya Aini. Nasha mengezip bagasinya. " I'm sorry , ma. I have to go now. Thank you because take cara of me. I love you , ma " kata Nasha lalu pergi meninggalkan biliknya. " Nak , kamu mahu pergi mana ? Balik nak ! " jerit Aini. Nasha hanya berjalan menuruni anak tangga rumah banglo itu. Dia buat - buat tidak dengar. " Nasha ! " jerit Aini mengejar anak angkatnya. " Ma ! Don't touch me ! " kata Nasha apabila mendapati ibu angkatnya memeluk kaki Nasha. " Apa salah mama ? " Aini menangis. " Mama tak salah ! " kata Nasha sambil menyepak ibu angkatnya tanpa belas kasihan. " Nasha ! Balik ! " jerit Aini. Nasha hanya berjalan meninggalkan perkarangan rumah ibu angkatnya itu. Dia menuju ke arah Syafik Ilham. " Nasha ! Balik ! "

2 Tahun berlalu..
Nasha berjalan - jalan di belakang kedai. Lorong itu sunyi. Tidak seperti dahulu. Ada sahaja bunyi bising. Mungkin mereka sudah maju. " Nasha... " sergah seseorang. Nasha berpaling. Alangkah terkejutnya Nasha apabila mendapati itu ialah Aini , ibu angkatnya. " Ma ! " jerit Nasha lalu berlari ke arah ibu angkatnya. Dia memeluk Aini seerat - eratnya. Lama sudah tidak berjumpa. " Nasha , Nasha pergi mana ? " tanya Aini sebaik peluk dileraikan. " Nasha pergi Thailand. Menetap di situ. " jawab Nasha. " Nasha , kamu kahwin lari ? " tanya Aini. " Ya , ma. Sorry. " kata Nasha tunduk. " Mana suami kamu ? " tanya Aini. " Nasha tidak tahu. Nasha sudah cerai dengan dia. " jawab Nasha. " Kenapa pula ? " tanya Aini. " Dia tidak suka Nasha sebab Nasha tidak boleh mengandung. " jawab Nasha. " Tidak mengapa , Nasha. Jom balik rumah. " kata Aini. Nasha hanya mengangguk. " Ya Allah , terima kasih kerana bagiku kebahagiaan " kata Aini di dalam hati.


Tamat...

Labels:

Post a Comment