Don't cry because it's over, smile because it happened.


HomeAboutFanficOneshots










Rilakkuma ♥

Annyeong ! I'm Opie , the owner of this Rilakkuma ♥ blog. Fell free to read my fanfics and oneshots. Just hover the header and click Fanfics.

WARNING ! COPYCATS ARE NOT ALLOWED.

Korilakkuma ♥



Kiiroitori ♥

© 2013 - Skins by IKA.
Big thanks to

Memo ( Episode 12 )
written by Opie on Saturday 23 March 2013
0 Comments



Helo ! Assalamualaikum ! Ngantuk gile mate.. Tpi snggup bersengkang mate nk smbung fanfic.. Amboi , klau bersengkang mate menghadap buku x nak pulak !



Tatkala 3 ketukan pintu berbunyi , daun pintu terbuka. Apabila daun pintu terbuka , terdapat seorang wanita lengkap memakai seragam jururawat.

" Puan , saya mahu memeriksa keadaan pesakit. Boleh puan dan yang lain keluar sebentar ? " jururawat yang bernama Cik Hanani bercakap dengan sopan santun.

" Baiklah. Kami keluar dahulu. " Puan Hazirah menjawab lalu terus keluar dari wad itu. Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah menyusul.

Di luar wad..

" Lamanya nurse ini check Aina. Aku hampir bejanggut tunggu. " Dayah mengeluh sambil mengerling ke arah jam di tangan kirinya.

" Kalau engkau berjanggut , alamatnya Wan kahwin dengan orang lain la. " Irdina terseyum sinis. Irdina gemar menyakat Dayah. Namun , dalam hati ada taman.

" Amboi , amboi , amboi ! Indah betul bahasa ! " Dayah bercekak pinggang.

" Sudahla. Jangan buat bising di hospital boleh tak ? Rimas aku ! " Syafiqah separuh menjerit.

Tiba - tiba..

" Eh , Wan ! " Dayah memecah keheningan di luar wad itu.

Semua yang berada di luar wad itu terkejut dengan kehadiran Wan secara tiba - tiba.

" Maaf semua , Wan lambat. Tadi Wan harus menolong Puan Izza kemas barang di bilik guru. " Wan kelihatan tercungap - cungap. Mungkin berlari - lari seperti kanak - kanak Ribena sebentar tadi.

" Tak apa , Wan. Kami maaf.. " percakapan Dayah tersekat tatkala Nadha menyampuk.

" Macam mana Wan boleh tahu kami di sini ? Bukan kami tidak beritahu Wan tentang hal ini lagi kah ? Lagi satu , siapa yang beritahu Wan tentang hal Aina ini ? " soalan bertubi - tubi dikeluarkan dari mulut Nadha.

" Sebenarnya , Naufal Aiman yang beritahu Wan tentang hal ini. Dia juga beritahu yang kau orang semua ada di hospital ini. Jadi , Wan cepat - cepat datang ke hospital ini. " Wan menjelaskan panjang lebar.

" Naufal Aiman beritahu ? Aww.. Caring nya dia ! " mulalah perangai gedik Nadha muncul. Dalam keadaan Aina yang kritis , dia sempat menggedik gedik teringatkan Naufal Aiman.

Akhirnya , daun pintu wad Aina terbuka. Jururawat yang merawat Aina tadi sudah selesai tugasnya.

" Saya pergi dahulu , ya. " jururawat itu meminta diri untuk pergi.

" Terima kasih , ya. " Puan Hazirah berterima kasih kepada jurawat itu. Jururawat itu hanya membalas dengan senyuman manis.

" Makcik , boleh Wan melawat Aina ? " sebelum masuk , Wan meminta kebenaran dahulu.

" Silalah. Makcik tak kisah. " Puan Hazirah hanya mampu tersenyum.

" Terima kasih , makcik. " Wan terseyum.

" Sama - sama. "

Keesokkan harinya..

" Nysaa ! Nysaa ! Nysaa ! " Asmida atau lebih digemari dipanggil Mida terjerit - jerit memanggil Nysaa.

Nysaa dan Ayinn yang sedang berborak di suatu sudut terkejut dengan kehadiran Mida.

" Mida , kenapa dengan engkau ini ? Terjerit - jerit macam dikejar hantu sahaja. " Nysaa kerisauan.

" Buat kami terkejut sahaja ! " Ayinn menyampuk.

Sebelum berkata apa - apa , Mida tercungap - cungap. Penat kerana berlari - lari mengejar Nysaa dan Ayinn.

" Engkau okey tak ? " Nysaa mengusap - usap belakang Mida.

" Aku okey sahaja. Sekarang ini , aku nak beritahu kau orang pasal Aina. " keadaan Mida bertambah baik.

" News tentang Aina ?! " Ayinn separuh menjerit.

" Ye la. Ayinn , jangan nak over sangat boleh tak ? " Nysaa rimas dengan perangai terlebih over Ayinn.

" Sebenarnya , Aina berada di hospital ! " Mida membawa berita mengejut.

" What ? Hospital ? " Nysaa terkejut.

Kelas memasak , selepas waktu sekolah..

Kebiasaannya , setiap hari Selasa , selepas waktu persekolahan tamat , Aina , Nadha , Irdina , Syafiqah , Dayah , Nysaa , Ayinn dan Mida akan meghadiri kelas memasak yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dikira kelas memasak ini seperti kelas tambahan. Namun , Nadah , Irdina , Syafiqah dan Dayah terpaksa akur kerana Aina tidak dapat menghadiri kelas memasak itu hari ini. Namun , Nysaa , Ayinn dan Mida gembira tanpa kehadiran Aina pada hari itu.

Kelas itu dipertanggunggjawabkan oleh Puan Dinie Imani , guru besar SMK Pasir Gudang 3. Puan Dinie Imani atau lebih digemari dipanggil Puan Dinie memang pakar dalam segala masakan. Pelajar - pelajar sekolah itu beranggapan bahawa suatu hari nanti Puan Dinie akan menjadi chef terkemuka. Namun , bak kata pepatah Puan Dinie , tiada rezeki.

" Baik , class. Hari ini , kita semua akan membuat sebiji kek. Harap semua pelajar sudah membawa bahan - bahan yang telah saya pesan semalam. " Puan Dinie menerangkan juadah yang akan mereka buat sebentar tadi.

Semua pelajar menyediakan bahan - bahan serta alatan untuk membuat kek itu di atas kaunter masing - masing.

Setelah beberapa minit..

Setelah Puan Dinie memberitahu tentang cara - cara membuat kek , semua pelajar di dalam kelas itu mula membuat kek masing - masing. Namun , Nysaa , Ayinn dan Mida sudah mempunyai rancangan lain untuk mengenakan Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah.

Nysaa meletakkan banyak tepung gandum di dalam sebuah mangkuk. Kemudian , dia dengan senyap datang ke arah kaunter Nadha , Irdina , Syafiqah dan Dayah lalu menumpahkan tepung itu. Habis satu tubuh mereka berempat terkena tepung.

" Nysaa !!!!!!!!!! "


Sorry yer klau ayat sedikit merepek.. Sbb lame dh x smbung.. Bahasa cikai =D

Labels:

Post a Comment